Thursday 5 July 2012

TIADA SIARAN LANGSUNG DEBAT SOI LEK-GUAN ENG




Oleh : IDA LIM

KUALA LUMPUR : Debat antara Lim Guan Eng dan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang ditunggu-tunggu orang ramai pada hari Ahad tengah hari ini, tidak akan disiarkan secara langsung, kata pengelola acara, Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) hari ini.

Debat selama dua jam antara Setiausaha Agung DAP dan Presiden MCA itu akan disiarkan di ASTRO AEC dan ASTRO Awani pada jam 11 malam, dengan bahasa Mandarin dan terjemahan Bahasa Malaysia.

Bagaimanapun, menurut Naib Presiden ASLI, Ng Yeen Seen menafikan wujudnya penapisan, dan berkata siaran ini diubah ke waktu tersebut kerana lebih ramai orang boleh mengikuti perdebatan itu di sebelah malam, dengan menambah bahawa hari Ahad ialah 'hari keluarga' dan ramai keluarga beriadah ketika debat itu berlangsung.

"Pihak kami akan muatnaik setiap bahagian perdebatan dalam masa 10-15 minit di Youtube," katanya lagi.


No comments:

Post a Comment