Oleh : IDA LIM
KUALA LUMPUR : Debat antara
Lim Guan Eng dan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang ditunggu-tunggu orang ramai
pada hari Ahad tengah hari ini, tidak akan disiarkan secara langsung, kata
pengelola acara, Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) hari ini.
Debat selama dua jam antara
Setiausaha Agung DAP dan Presiden MCA itu akan disiarkan di ASTRO AEC dan ASTRO
Awani pada jam 11 malam, dengan bahasa Mandarin dan terjemahan Bahasa Malaysia.
Bagaimanapun, menurut Naib
Presiden ASLI, Ng Yeen Seen menafikan wujudnya penapisan, dan berkata siaran
ini diubah ke waktu tersebut kerana lebih ramai orang boleh mengikuti
perdebatan itu di sebelah malam, dengan menambah bahawa hari Ahad ialah 'hari
keluarga' dan ramai keluarga beriadah ketika debat itu berlangsung.
"Pihak kami akan
muatnaik setiap bahagian perdebatan dalam masa 10-15 minit di Youtube,"
katanya lagi.
No comments:
Post a Comment