AMANAT…. Kelihatan para peserta berkhatan mendengar amanat daripada pihak pelaksana program, Suraimie Magi.
Oleh: MEDIA UMNO TENOM
SETIAUSAHA Bahagian UMNO Tenom, Haji Dzulkifli Empin merasmikan majlis berkhatan beramai ramai di Masjid Ar Rahman, Tenom pada sabtu sebagai mewakili Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi yang tidak dapat menghadirkan diri kerana menghadiri Persidangan Umno di Ibu Negara.
Dalam pada itu, Haji Dzulkifli dalam ucapan ringkasnya menyifatkan kejayaan Biro Agama selaku pelaksana menganjurkan program Majlis Berkhatan beramai-ramai anjuran UMNO Bahagian Tenom sesuatu yang amat membanggakan dan mengharapkan agar dijadikan sebagai program tahunan Biro itu.
Turut hadir di majlis itu, Penasihat Biro Agama Umno Dato’ Mamit Sulaiman; Exco Pergerakan Pemuda Umno Pusat Jamawi Jaafar; Pengerusi Tetap Umno Tenom Hassan Basri Haji Mohd Kassim dan para pemimpin Agama dan para ibubapa.
Terdahulu, Pengerusi pelaksana program tersebut, Suraimie Magi berterima kasih kepada beberapa pemimpin di Tenom dan jabatan-jabatan kerajaan, khususnya petugas Hospital Tenom kerana turut terlibat secara langsung menjayakan program berkhatan secara beramai-ramai.
Katanya, program tersebut rasanya tidak lengkap jika tidak ada tulang belakang membantunya, terutama Adun Kemabong Datuk Rubin Balang dan Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi yang bertungkus-lumus membantu sehinggalah program tersebut berjaya dengan lebih sempurna.
Tegasnya, program tersebut yang sertai seramai 103 kanak-kanak yang bersedia untuk berkhatan secara beramai-ramai akan dijadikan sebagai suatu acara tahunan dan sebahagian daripada aktiviti Umno di sepanjang tahun.
Beliau menambah, sebelum itu pun berbagai aktiviti telah dijalankan seperti gotong royong membersih surau dan Masjid selain beramah mesra dengan saudara-saudara baru, termasuklah program juara rakyat bulan ibadah dan bulan Ramadhan.
Suraimie berkata, dengan adanya program tersebut akan memudahkan lagi pihak biro itu untuk mendekati rakyat dan menyelami kemahuan mereka kerana selain itu biro itu akan dapat menerangkan rakyat bahawa Umno bukan sahaja berpolitik, tetapi juga membantu kepada kepada semua golongan terutamanya kepada saudara-saudara baru.
No comments:
Post a Comment