Tuesday, 20 December 2011

RAKYAT HARUS SEDAR SITUASI PATI GENTING



PARTI Maju Sabah (SAPP) N.26 Kuala Penyu giat menambah ahli dan cawangan baru. Pada petang ahad, Mison Kimliah mengetuai 50 orang ahli memohon menubuhkan cawangan baru iaitu Kg. Menumpang.

Pengerusi CLC N.26 Kuala Penyu, Jamain Sarudin menerima permohonan mereka di dalam satu majlis penerangan SAPP di Kg. Rimbaan, Kuala Penyu.

Menurut Mison Kimliah, beliau sebelum ini menyertai politik hanya sekadar suka-suka dan tidak pernah serius. Tetapi setelah mendengar berita dan juga perjuangan SAPP, beliau menjadi sangat tertarik hati dan menyimpan hasrat menyertai parti itu suatu hari nanti, dan hasrat tersebut dizahirkan dengan penyertaan beliau bersama 50 orang lagi ahli-ahli dari Kg. Menumpang.

Beliau berkata SAPP adalah pilihan tepat bagi rakyat Sabah.

Sementara itu, Jamain Sarudin yang juga Setiausaha Penganjur Pusat berkata, rakyat harus memikirkan masa depan generasi akan datang. Pemimpin BN terutama UMNO hanya mementingkan kepentingan peribadi dan kedudukan mereka di dalam kerajaan untuk menjamin kocek mereka penuh, sedangkan rakyat menghadapi ancaman menjadi pelarian di negeri sendiri suatu masa kelak.

Beliau juga menyeru agar penduduk tempatan terus meningkatkan kesedaran terhadap ujudnya golongan PTI yang sudah menjadi pengundi berdaftar dan jumlah mereka semakin meningkat tahun demi tahun. Sekiranya ini tidak dibendung, maka masa depan generasi akan datang menjadi gelap.

Beliau berkata sudah tiba masanya rakyat menyokong parti tempatan, kerana hanya parti tempatan lebih mengerti keadaan rakyat. Beliau menyelar sikap pemimpin BN yang berdolak dalik dalam isu RCI yang tak kunjung menemui keputusannya sehingga ke hari ini, meskipun mempunyai peluang untuk berbuat demikian.

Jamain berkata, salah satu cara menyokong usaha ini adalah dengan tidak menumpang kenderaan “pirate” PATI serta membeli barangan jualan PATI sekalipun mereka mempunyai kad pengenalan. Kanak-kanak pun kenal mana satu PATI dan mana satu orang tempatan, dari bahasa mereka sendiri. Maka kesedaran ini perlu ada bagi setiap rakyat tempatan. Dengan membeli barangan jualan mereka, maka kita seolah-olah merestui kehadiran mereka.

Menyentuh perkembangan parti, beliau berkata parti giat menjalankan usaha menambah ahli dan memberi penerangan kepada kumpulan-kumpulan penduduk di Lumadan dan Kuala Penyu.

Pada masa sekarang, cawangan di kawasan Lumadan telah menerima permohonan tambahan cawangan baharu sebanyak 13 buah cawangan dalam tempoh satu bulan. Meskipun ada di kalangan mereka yang menjadi ahli secara senyap-senyap kerana takut bantuan di potong oleh pihak yang berkenaan, namun mereka berdiri teguh dengan perjuangan SAPP.

Turut hadir di majlis tersebut Jualin Obol, Naib Pengerusi CLC Kuala Penyu.

48 comments:

  1. Pasti setiap parti tengah mencari ahli2 baru. Setiap parti harus sentiasa mengutamakan rakyat. harap tu RCI diluluskan.

    ReplyDelete
  2. harap PSC akan memberikan cadangan2 yang bernas dalam penambahbaikan dalam PRU13.

    ReplyDelete
  3. semua ketua kampung dan JKKK harus memastikan tiada PATI hadir dan menetap di kampung mereka...ini adlaah antara cara untuk memulaukan kehadiran PATI di sabah selain daripada tidak berurus niaga dengan mereka..

    ReplyDelete
  4. VK Liew mengatakan bahawa kerajaan hanya akan membuat keputusan sama untuk menubuhkan RCI pada tahun depan selepas PSC menyerahkan laporan penuh mereka.

    ReplyDelete
  5. kita tengok jika SAPP menang pada PRU akan datang atau tidak...

    ReplyDelete
  6. baru2 ini JK mengumumkan pakatan borneo bersatu...adakah SAPP akan menyertai Pakatan ini?

    ReplyDelete
  7. semoga perjuangan ini akan diteruskan oleh para pemimpin Sabah tidak
    kira pihak kerajaan ataupun pembangkang walaupun selepas PRU-13 nanti

    ReplyDelete
  8. setiap tahun masalah PATI semakin menjadi-jadi...harap kerajaan pusat benar2 memberi perhatian serius terhadap masalah ini yang dihadapi oleh Sabah

    ReplyDelete
  9. Semoga masalah ini akan diselesaikan dengan segera kerana ia menyebabkan terlalu banyak masalah kepada Sabah

    ReplyDelete
  10. Kerajaan seharusnya dapat merombak kembali Dasar Maritim dan Undang-Undang Imigresen serta mengetatkan kawalan keselamatan perairan negara bagi menjamin sempadan negara ini tidak mudah dibolosi dan dicabuli PATI.

    ReplyDelete
  11. rakyat telah berkali-kali menggesa Kerajaan Persekutuan untuk memberikan perhatian serius ke atas isu ini kerana ianya semakin meruncing.

    ReplyDelete
  12. "...Salah satu cara menyokong usaha ini adalah dengan tidak menumpang kenderaan “pirate” PATI serta membeli barangan jualan PATI sekalipun mereka mempunyai kad pengenalan....Dengan membeli barangan jualan mereka, maka kita seolah-olah merestui kehadiran mereka."

    Saya sangat bersetuju dengan kenyataan ini.

    ReplyDelete
  13. Daripada asyik berharap kerajaan menyelesaikan masalah pati, rakyat harus tahu bahawa rakyat juga ada peranan sendiri dalam menanggani isu pati.

    ReplyDelete
  14. RCI sememangnya cara yang terbaik dalam memerangi isu pati ini. Namun s/ada kerajaan akan tubuhkannya atau tidak semuanya terpulang kepada kerajaan.

    ReplyDelete
  15. Saya cuma harap apapun keputusan yang dibuat nanti pastikan telah mengambil kira kehendak rakyat.

    ReplyDelete
  16. Semoga perkara ini mendapat perhatian sewajarnya.

    ReplyDelete
  17. Masalah PATI di Sabah adalah sangat serius, tindakan yang sewajarnya perlu diambil supaya masalah iini boleh dikurangkan.

    ReplyDelete
  18. Semoga kerajaan dan pemimpin Sabah akan memberi perhatian serius dalam pembasmian PATI.

    ReplyDelete
  19. saya rasa ramai yang 'merestui' kehadiran warga asing/PATI ni. sekarang ada yang jual CD cetak rompak, rokok-rakyat Sabah beli sebab lagi murah. di KK ada pasar Filipin-ramai yang suka datang ke sana dan memang tempat ni sudah jadi daya tarikan di KK.

    ReplyDelete
  20. kadang2 sifat belas kasihan ni pun salah satu sebab kenapa PATI ni makin bertambah ramai. sebenarnya bukan juga semua PATI ni jahat dan ada juga yang berkahwin dengan penduduk tempatan Sabah sendiri.

    ReplyDelete
  21. isu PATI bukanlah isu baru lagi di Sabah, ia dah lama dan makin membimbangkan. byk masalah timbul disebabkan mereka. isu ini harus diselesaikan.

    ReplyDelete
  22. selagi PATI wujud, selagi itulah masalah2 di Sabah takkan selesai, PATI adalah sumber utama masalah2 di Sabah. selesai masalah PATI, masalah2 lain di Sabah pasti boleh selesai.

    ReplyDelete
  23. sekarang ini semua parti pun berusaha untuk mendapatkan sokongan rakyat.

    ReplyDelete
  24. rakyat pandai-pandailah memilih parti mana yang mereka rasakan terbaik.

    ReplyDelete
  25. masalah Pati di sabah sangat menakutkan..sebagai rakyat sabah.. saya harap masalah ini dapat diselesaikan dengan segera..

    ReplyDelete
  26. Harap Rci dapat ditubuhkan..Mana tau masalah dapat diselesaikan dengan segera..

    ReplyDelete
  27. The government is not to be blamed wholly for the PTIs in sabah. The people who are involved in helping the PTIs obtain IC should also be blamed. The choose money over sabah. What a shame!

    ReplyDelete
  28. I really hope that the gov will implement the set of rci in sabah to investigate on this matter. It is through investigation that a proper solution could be find.

    ReplyDelete
  29. Gov decision on whether to set up rci will effect the people's decision to vote for a specific party.

    ReplyDelete
  30. Bukan saja rakyat, malah semua pemimpin tidak kira kerajaan mahupun pembangkang harus akui bahawa PATI adalah masalah terbesar di negeri ini.

    ReplyDelete
  31. sebagai parti tempatan yang mana presidennya pernah menduduki kerusi ketua menteri Sabah, apa masalah di negeri ini yang berjaya diselesaikan oleh parti itu??

    ReplyDelete
  32. jika sapp berjaya menubuhkan kerajaan baru di negeri ini, apa jaminan bahawa parti yang sudah pernah diberikan peluang itu mampu menyelesaikan semua masalah2 yang dihadapi rakyat Sabah??

    ReplyDelete
  33. This is so called a history of mankind in Sabah.

    ReplyDelete
  34. Masalah PTI semakin teruk di Sabah.

    ReplyDelete
  35. I think Sabah is one of the worst illegals coming down state.

    ReplyDelete
  36. Illegals issue should be done long ago.

    ReplyDelete
  37. This problem should be addressed asap.

    ReplyDelete
  38. SAPP semakin menumpukan kawasan pendalaman untuk dikuasai. Apa pun kita tunggu setakat mana kebolehan SAPP nanti.

    ReplyDelete
  39. kerajaan memahami masalah PATI semakin serius tetapi masih tiada tindakan diambil.

    ReplyDelete
  40. Adakah penyokong SAPP akan melompat ke SAPP? Susah diramal tetapi bukan tiada kemungkinan.

    ReplyDelete
  41. "Mereka" sanggup buat apa-apa untuk mengukuhkan kuasa. Rakyta yang sering menjadi barang pengorbanan.

    ReplyDelete
  42. RCi harus ditubuhkan untuk mencari punca masalah.

    ReplyDelete
  43. Adakah rakyat masih percayakan YTL dan SAPP?

    ReplyDelete
  44. Ini bukan isu baru lagi, tetapi sehingga kini tiada tindakan yang wajar diambil untuk menanggani masalah PATI yang makin genting ini.

    ReplyDelete
  45. Sabah is deposit to BN, no surprise to see so many PATI here for projek ic as told.

    ReplyDelete
  46. If really SAPP sincere to help the people, strike more for the people, why not support SAPP?

    ReplyDelete
  47. Kenapa golongan ini diberi hak dan identiti untuk mengundi? Siapakah mereka sebenarnya di Malaysia?

    ReplyDelete
  48. Rakyat memang sedar, cuma kerajaan yang tidak sedar. Apa yang rakyat boleh buat? Buat lah penilaian dan undi lah dengan lebih berhati-hati.

    ReplyDelete