Saudara Pengarang,
SYABAS kepada Sabahkini.Net kerana portal ini bukanlah portal sembarangan. Sabahkini telah terbukti berpegang kepada motonya sehingga pendedahan berani tentang banyak isu yang diabaikan media cetak menjadikan Sabahkini.net sebagai saluran untuk mendapatkan kebenaran.
Melalui Sabahkini.Net juga telah memberikan keadilan kepada TYT untuk mengembalikan maruahnya yang dicalar oleh parti pembangkang, hanya disebabkan pakaian kuning yang digunakan TYT. Betapa kuatnya pengaruh Sabahkini.Net?
Begitu juga dengan kes bunuh seorang wanita yang ada dikaitkan dengan seorang Inspektor di Keningau. Kini polis itu ditukar bertugas dan dalam perhatian sambil menunggu dihadapkan ke mahkamah.
Bukan soal itu sahaja, baik dari soal politik, sosio ekonomi, kisah penyelewengan penjawat kerajaan banyak didedahkan oleh Sabahkini.Net. Terbaru mengenai MP Kinabatangan yang menolak RCI yang menjadi kemarahan rakyat Sabah, begitu juga dengan kenyataan Ketua Menteri yang sinis terhadap pembangkang yang menggunakan isu pendatang haram dan RCI sebagai agenda politik kepada pembangkang. Komen-komen rakyat begitu bertubi-tubi.
Dalam pada itu kita juga didedahkan dengan senario yang berlaku dalam tender projek kerajaan melalui artikel ‘community drumming’ projek atas angin. Melalui komen-komen yang diberikan oleh pembaca, kita didedahkan bahawa bukan sahaja KPDNKK yang mengamalkan imbuhan untuk mendapatkan projek tersebut, tetapi tender-tender bekalan makanan di sekolah-sekolah. Mungkinkah kebanyakan kementerian, sama ada negeri mahupun persekutuan telah lama membuat amalan jijik ini?
Silakan beri pendedahan demi pendedahan kerana kita tahu rasuah sangat jijik. Kita tahu banyak isu-isu di luar sana yang tidak berani didedahkan oleh media cetak kerana takut lesen ditarik atau takut diambil tindakan. Sikap berani Sabahkini.Net sememangnya sangat terpuji.
Namun dalam pada itu, kita mengharapkan Sabahkini.Net tidak menjadi alat untuk menjatuhkan maruah insan atau pihak-pihak berkaitan tanpa bukti. Setakat ini bahan Sabahkini.Net begitu menarik dan mengajar kita tentang sesuatu yang baru termasuklah kes-kes yang memalukan dengan pendedahan yang dilakukan oleh krew Sabahkini.Net. Syabas!
Sabahkini.Net telah memberikan kita bahan bacaan yang terserah bagi pembaca untuk menilainya. Bagi saya Sabahkini.Net layak diberikan anugerah. Teruskan bekerja kepada kebenaran.
Salam Hormat,
PEMBACA SETIA
No comments:
Post a Comment