MARAH…Hj
Ikram menjelaskan kepada Sabahkini.Net mengenai masa yang diperuntukan terlalu
singkat dan tidak berbaloi dengan harga sewaan RM2,000.
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
USAHA Majlis Perbandaran
Sandakan (MPS) mewujudkan Bazaar Ramadan pada saban tahun merupakan satu usaha
yang baik dan harus disokong oleh semua pihak terutama sekali para penjaja
mahupun peniaga-peniaga setempat di daerah Sandakan.
Ini jelas kerana kewujudan
bazaar tersebut memberi peluang kepada masyarakat untuk berniaga di sepanjang
bulan Ramadan selama 30 hari bagi menjana ekonomi agar dapat menyambut aidil
fitri dengan sempurna.
Bazaar ini juga memberikan
tarikan kepada para pelancong luar yang berkunjung ke Sandakan untuk menikmati
juadah ala masakan Melayu-Malaysia yang sememangnya menjadi kegemaran mereka.
"Jangan hisap darah
kami di bulan yang mulia ini. Fleksibellah sikit. Kamipun mahu untung. Jika
tidak buat apa berniaga?," ujar salah seorang peniaga yang hanya mahu
dikenali sebagai Ismail yang mengejutkan wartawan ketika mula meninjau sekitar
Bazaar Ramadan.
Menurut Ismail lagi, sikap
'menindas' dan 'menjajah' MPS sudah sebati dengan jiwa Presiden dan semua
pegawai MPS sehingga tidak pernah memikirkan kesengsaraan para peniaga yang
bukan sahaja membayar sewa yang mahal tetapi terus dikongkong dengan pelbagai
peraturan Ala-Zionis.
Kata Ismail, sebanyak 200
gerai disediakan oleh MPS untuk para penjaja setempat mengambil bahagian
berjaja selama sebulan. Gerai di hadapan Milimewa dibuka bermula jam 2.00
petang hingga jam 7.00 malam melibatkan seramai 160 orang penjaja, namun 40 gerai
lagi masih kosong.
Seorang lagi penjaja, Abdul
Razak Amat yang menjual Murtabak Jawa turut menjelaskan mengenai kedudukan
gerai-gerai yang terdapat di situ.
Katanya, gerai di barisan
hadapan sekali lebih kurang 80 lot gerai telah dikenakan tender di antara
RM1,500 hingga RM2,000 sebulan MPS dan selebihnya 120 gerai yang lainnya
dikenakan bayaran sewaan RM85.00 sebulan melalui cabutan undi.
KECEWA…Razak
yang menjual Murtabak Jawa turut kecewa dengan senario di Bazar Ramadan.
Sementara seorang penjaja
yang dikenali Haji Mohd Ikram Hj Kalbin yang berniaga di lot barisan hadapan
menjelaskan bayaran sewaan sebanyak RM2,000 memang agak berat tetapi demi
mencuba nasib, mereka terpaksa menanggung kerugian kerana mungkin sudah menjadi
dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) dan MPS untuk menekan dan menindas rakyat.
“Cuma yang kami kurang puas
hati kerana MPS hanya memberi masa kami berniaga selama lima jam iaitu daripada
jam 2.00 petang hingga jam 7.00 malam," ujarnya yang mendesak agar tempoh
masa berniaga dilanjutkan sehingga jam 12 malam.
Kata Haji Mohd Ikram, masa
sesingkat itu tidak berbaloi dengan harga sewaan sebanyak RM2,000 sebulan menyebabkan
mereka kerugian besar disebabkan jualan mereka tidak habis.
"Hakikatnya jam 7 malam
barulah pelancung luar baru hendak datang membeli juadah untuk makan malam.
Ketika itu kami terpaksa tutup bagi mengelak dihalau MPS. Jika tidak barang
kami akan dirampas," ujar Haji Mohamad Ikram lagi dengan nada kesal.
Manakala seorang pengunjung
yang sempat ditemuramah tetapi enggan digambar, Asmat meminta pihak Suruhanjaya
Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) agar turun padang untuk menyiasat kes sewaan
gerai Bazaar Ramadan yang membebankan para peniaga.
pada masa bulan ramadan inilah MPS seharusnya membantu para peniaga menambahkan pendapatan mereka, jadi kadar sewa haruslah berpatutan. dgn bebankan peniaga.
ReplyDeleteMPS harus bertimbang rasa, aduan para peniaga bazar mencerminkan imej MPS.
DeleteTiap kali bulan ramadan mesti ada saja aduan seperti ni, macam bulan ramadan tahun lalu juga. harap pihak yang berkenaan janganlah ambil kesempatan terhadap rakyat.
ReplyDeleteRM2000 sewa? Mahal juga. Ada untung jugakah peniaga macam ini. Bolehlah mungkin harga pun dinaikkan juga.
ReplyDeleteMungkin MPS ada sebab kenapa harga sewa ini mahal. Tapi patut letak harga yang logik jugalah. tidakkan tapak kecil tapi sewa RM2000.
ReplyDeleteMahalnya, MPS sepatutnya mengkaji sebaik mungkin adakah sewa yang dikenakan berpatutan atau tidak.
ReplyDelete