BENDERA.....
Ketua Cabang PKR Tuaran, Haji Ansari (berkopiah) sedang menyerahkan bandera PKR
kepada Derasin Shim (Tengah).
Oleh : KREW SABAHKINI.NET
TUARAN : Bekas Setiausaha
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tuaran, Derasin Shim yang juga Ketua Cawangan
parti tersebut Kampung Nongkolud, Tuaran
bersama dengan ahli-ahli cawangannya, telah meninggalkan UMNO dan
mengisytiharkan penyertaan mereka dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Derasin yang juga pernah
menjadi Setiausaha Biro Penerangan UMNO
Tuaran menyerahkan borang penyertaan PKR kepada Ketua Cabangnya di Tuaran, Haji
Ansari Abdullah semasa Majlis Penyertaan yang diadakan di kediaman Derasin di
Kampung Nongkolud, Tuaran baru-baru ini.
"Tindakan ini kami lakukan
kerana yakin Pakatan Rakyat (PR) yang didokong oleh PKR akan membawa perubahan
terhadap senario politik negara dan kami yakin PR akan mendapat sokongan rakyat
pelbagai kaum di negara ini," kata Derasin.
Beliau yang pernah menjadi
Jurukira Kewangan UMNO Bahagian Tuaran dengan titisan air matanya merasa yakin
akan lebih ramai lagi ahli-ahli UMNO di kampungnya yang akan meninggalkan parti
yang telah disertainya selama 21 tahun. Tindakan itu diambil kata Derasin kerana
mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan UMNO di Tuaran.
"Saya percaya
penghijrahan ini akan menyemarakkan lagi semangat waja petugas-petugas PKR ke arah
menjadikan harapan rakyat mendapatkan kerajaan baharu selepas Pilihanraya Umum
Ke 13 tidak lama lagi. Setelah menyedari pimpinan UMNO gagal memberikan perkhidmatan
terbaik kepada rakyat, maka kami tiada pilihan selain meninggalkan parti itu
untuk menyertai PKR," kata Dreasin lagi.
Sejurus meletakan jawatannya
sebagai Ketua Cawangan Kampung Nongkolud Tuaran, Derasin besama ahli-ahlinya
serta keluarga menyerahkan borang penyertaan menjadi ahli PKR Cabang Tuaran
kepada Haji Ansari sambil disaksikan oleh Bekas Setiausaha Sulit Menteri
Kerajaan Tempaan dan Perumahan Negeri, Mohd Fairuz Bandar dan Bekas Ahli
Jawatankuasa UMNO Bahagian Tuaran, Haji Amin Ibrahim.
Sementara itu Ketua Cabang
PKR Tuaran, Haji Ansari Abdullah dalam ucapanya berkata, fenomena penghijrahan
ahli-ahli dan penyokong UMNO ini menjadi suatu petanda yang baik bahawa rakyat
akan memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) menjelang Pilihan raya Umum
ke 13 (PRU KE 13) tidak lama lagi.
"Pada kebelakangan ini
ramai di kalangan penyokong UMNO di Tuaran yang telah menyertai PKR dari
pelbagai peringkat termasuk mereka yang pernah berkhidmat dengan pemimpin
kerajaan dan memegang jawatan penting dalam politik.
"Ketika pimpinan UMNO
bahagian membuat pelbagai program untuk memberi keyakinan kepada rakyat, lain
pula terjadi kepada ahli-ahlinya yang keluar meninggalkan UMNO termasuklah
Bekas Setiausaha Sulit Menteri Kerajaan Tempatan Sabah yang juga Bekas Ketua
Cawangan UMNO Nulu Tuaran, Mohd Fairuz Bandar dan Bekas Ahli Jawatankuasa UMNO
Bahagian Tuaran, Haji Amin Ibrahim," kata Haji Ansari.
Terdahulu dari ini Bekas
Naib Ketua Parti Bersatu Sabah (PBS) Kawasan Sulaman, Dominic Ombilod Onul dan
Ketua Pergerakan Pemuda PBS Sulaman, Ahling Kabaron telah mengisytiharkan
penyertaan dalam PKR semasa Majlis Rapat Rakyat di Tenghilan yang dihadiri oleh
Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Haji Ansari juga turut
mengingatkan semua petugas PKR di Tuaran agar memperkemaskan jentera parti di
semua peringkat dan melipatgandakan gerak kerja bagi menjamin kemenangan
Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU ke 13 tidak lama lagi.
itu pilihan mereka nak sertai PKR. ini dah lumrah dalam politik.
ReplyDeleteDatuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, tindakan pemimpin meninggalkan parti menjadi lumrah bagi sesebuah parti politik seperti Umno.
ReplyDeleteSertai PKR? Terpulang tidak ada halangan rasanya.
ReplyDeleteMungkin yang masuk PKR cuma 10-50 orang tapi perlu diingat yang keluar PKR pula rasanya lebih dari itu menyertai STAR dan parti lain lagi.
ReplyDeleteBetul. Bilangan pun tidak diberitahu mungkin cuma beberapa orang saja.
DeleteKita tunggu result PRU13
ReplyDelete