KOTA KINABALU : Pasukan Liga
Perdana Inggeris Queens Park Rangers (QPR) mengalahkan pasukan pilihan Sabah
5-0 dalam perlawanan persahabatan di hadapan kira-kira 20,000 penonton di
Stadium Likas di sini Selasa malam.
Gol pertama QPR diperoleh
menerusi Bobby Zamora pada minit ke-7 setelah menolak masuk bola dari jarak
dekat selepas percubaan Wright Philip ditampan oleh penjaga gol Sabah.
Walaupun QPR melakukan
beberapa lagi percubaan, keputusan itu kekal sehingga separuh masa pertama.
Pilihan Sabah turut
melakukan beberapa serangan yang diketuai Titus Jhon, Londow Bonai dan
Octavianus Maniani tetapi gagal menghasilkan gol.
Dalam separuh masa kedua,
QPR berpesta gol pada minit ke-63 menerusi pemain gantian Heider Helguson, Jay
Bothroyd (minit ke-69) dan dua gol hasil jaringan Djibril Cisse (minit ke-73)
dan minit ke-81).
Pengurus QPR, Mark Hughes
menyifatkan perlawanan ini adalah baik dan memenuhi persiapan pasukannya untuk
memulakan kempen liga bermula Ogos ini.
Di tanya sama ada pemain
baru mereka Park Ji Sung akan dijadikan ketua pasukan skuadnya, beliau berkata
ia belum diputuskan, tetapi merasakan menjadikan Park sebagai ketua pasukan
untuk jelajah Asia sesuai untuk pemintanya di Asia.
QPR yang sedang dalam jelajah
Asia akan menentang Kelantan di Stadium Shah Alam pada 20 Julai ini sebelum
bertemu Persebaya Surabaya di Indonesia pada 23 Julai. (Bernama)
No comments:
Post a Comment