Friday, 23 January 2015

BOIKOT KEDAI MAMAK



OLEH:  SAIMON S JUMADI 



SANDAKAN : Kegagalan pihak Kementerian Perdagangan  Dalam Negeri ,Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memantau restoran-restoran mamak (India) bagi mengawal kenaikan harga makanan dan minuman  yang dijual di restoran restoran berkenaan telah menyusahkan pelanggan lain yang  menjadi pelanggan tetap.


Dakwaan beberapa pelanggan tetap mendakwa bahawa tindakan beberapa restoran milik mamak (India) menaikkan harga makanan dan minuman  sebanyak 90 peratus sejak beberapa hari ini amat mengecewakan pelanggan di sekitar daerah Sandakan.

“Bayangkan harga roti canai kosong kini dijual RM1.80 sen, canai telor RM2.50, mee goreng sea food RM8.00, nasi bryani RM14.00 tea tarik RM2.00, kopi O dan tea O segelas RM2.00, minuman sejuk kopi O dan milo O ping segelas harganya mencecah RM4.50.

“Sementara nasi campur sepinggan hanya tiga lauk RM7.00, murtabak daging RM10.00 dan murtabak ikan sardin RM7.00. Pendek kata, semua makanan dan minuman yang  dijual  di resoran-restoran mamak telah dinaikkan sebanyak 90 peratus daripada harga asal,” jelas pelanggan  kepada media.

“Bila ditanya mereka kenapa semua mahal, jawab mereka aiyoyooo ini semua GST punya pasal, kami mana mahu  rugi, kami mesti mahu untung  dalam 80 peratus” kata Mamak itu.


Menurut mamak berkenaan, mereka menaikkan harga secara mendadak hanya untuk pelanggan kaya, manakala bagi orang yang tidak berkemampuan dipersilakan berkunjung ke restoran cina yang murah-murah.

No comments:

Post a Comment