Sunday, 18 January 2015

TUNGGU ADA ORANG MATI TERTIMBUS TANAH BARU MPS AMBIL TINDAKAN?


OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN : Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong menyoal kerajaan Negeri BN dan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)  berhubung dengan masalah rumah-rumah teres berhampiran dengan bukit di Fasa 2 Taman Indah Jaya KM 7.9 yang mengalami ancaman tanah sekali lagi pada musim hujan ini.


Adakah kerajaan dan MPS mahu menunggu sehingga ada orang mati (mampus)  tertimbus tanah baru ambil tindakan drastik terhadap masalah itu? inikah dasar kerajaan BN atau dasar MPS?

Menurut beliau, penghuni rumah teres di kawasan tersebut mengalami ancaman tanah runtuh selama 4 tahun, tetapi kerajaan negeri BN dan MPS masih tidak mengambil sebarang tindakan. 



Katanya, penghuni-penghuni Taman Indah Jaya yang mengalami ancaman nyawa dan harta-benda, pernah menghantar surat kepada Perdana Menteri dan Ketua Menteri, dan surat berkenaan ditandatangani bersama, tetapi kini ancaman yang dihadapi bertambah serius.

Wong berkata, terdapat wakil rakyat yang tinggal di kawasan perumahan tersebut, tetapi mengapa wakil rakyat tersebut hanya duduk diam sahaja terhadap masalah berkenaan sepanjang beberapa tahun ini?

Beliau mengingatkan bahawa, rumah teres yang mengalami ancaman tanah runtuh adalah projek perumahan yang dibangunkan oleh MPS dan pihak swasta. 

Oleh itu, kerajaan BN dan MPS bertanggungjawab terhadap masalah tersebut; terutamanya projek pembangunan tersebut telah mendapat kebenaran daripada pihak MPS namun mereka tidak boleh bersikap acuh tak acuh.

Selain itu, Wong juga mengkritik Jabatan Pengairan dan Saliran serta MPS tidak prihatin terhadap masalah sistem perparitan di Sandakan, menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini sering berlakunya banjir.

Katanya, pegawai di kedua-dua jabatan ini patut jelas apa sebabnya kawasan-kawasan di Sandakan mengalami banjir,  namun tiada langkah-langkah pencegahan yang diambil pada peringkat awal sehingga mengakibatkan banjir kilat yang serius berlaku pada hari Rabu lalu.

Beliau berkata, pihak MPS gagal mentadbir kakitangan-kakitangan yang bertugas sehinggakan aduan rakyat selama bertahun-tahun tidak dihiraukan  malah bertambah serius.

Wong juga mengutuk keras wakil rakyat BN yang tiada membantu rakyat menangani masalah banjir malah tidak melaksanakan kewajipan mereka yang diamanahkan oleh rakyat.


Kata Wong lagi punca banjir kilat berlaku di Sandakan yang melanda di beberapa tempat adalah punca  kejahilan, kelalaian dan tidak bertanggungjawab  sama sekali  para pegawai  sama ada pihak MPS, JKR dan Jabatan Perparitan dan Saliran dalam melakasanakan kerja-kerja pembersihan saliran longkang dan parit; apabila hujan turun maka tak sampai satu jam kawasan rendah dengan mudahnya dilandar banjir kilat.

No comments:

Post a Comment