Saturday 17 January 2015

PENGGALIAN TANAH PUNCA BANJIR LUMPUR PERUMAHAN TAMAN MAWAR



OLEH: SHAIMON S JUMADI


LUMPUR....tertinggal selepas setiap kali hujan lebat dan banjir 

SANDAKAN : Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong berkata tapak penggalian tanah yang berhampiran dengan jalan pintas antara Taman Sibuga dan Taman Mawar menimbulkan pelbagai masalah hakisan tanah.


Disebabkan hakisan tanah parit dan longkang sehingga tersumbat, banjir lumpur mengalir ke jalan raya dan rumah teres setingkat yang berdekatan. Apabila hujan lebat, menyebabkan penduduk tempatan menghadapi masalah banjir kilat.
Wong  menerima aduan daripada penduduk setempat lalu bergegas pergi untuk meninjau kel okasi man-mana kawasan banjir berlaku bersama-sama Pegawai Khasnya Amsi Liew dan mendapati sendiri bahawa masalah itu memang serius  dan perlu diatasi segera untuk mengelakkan perkara buruk bakal berlaku.

Dalam pada itu, beliau kemudian  telah menghubungi Jabatan Alam Sekitar mengenai masalah tersebut.

Menurut aduan penduduk  yang terlibat, sebelum projek penggalian tanah tersebut bermula dan sebelum parit di tepi jalan raya tersumbat, kawasan tersebut tiada masalah banjir lumpur walaupun hujan lebat.

Penduduk mengadu bahawa, sejak projek penggalian tanah bermula, pasir dan habuk berterbangan di kawasan perumahan semasa di siang hari, sehingga menutup tingkap dan pintu pun masih tidak berguna dan menyebabkan penduduk tidak dapat memasak.  

Kini musim hujan, parit yang tersumbat menyebabkan air dan lumpur mengalir ke arah rumah dari seberang jalan, membanjiri rumah dan meninggalkan lumpur di kawasan rumah selepas banjir surut; teruk menjejaskan kebersihan kawasan sekitar.

Wong mengambil berat terhadap masalah tersebut, dan menyeru pihak projek penggalian tanah mengambil tindakan untuk memastikan kelancaran sistem perparitan dan mengelakkan masalah lumpur membanjiri rumah berulang.


Wong berkata, projek penggalian tanah untuk pembangunan adalah baik, tetapi semasa menjalankan projek, pihak berkenaan seharusnya menjaga kebersihan dan alam sekitar kawasan perumahan berdekatan; jangan hanya mengutamakan kepentingan diri sahaja. 

No comments:

Post a Comment