Friday 30 January 2015

BREAKING NEWS : BATU BERSUMPAH DIPINDAH TEMPAT!


Oleh : Krew Sabahkini.net



Kota Kinabalu : Satu sidang akhbar berkenaan pemindahan Batu Bersumpah Keningau telah diadakan pagi tadi di Kompleks Muzium Sabah yang dirasmikan oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup merangkap Ahli Parlimen P182 Pensiangan.


Terdahulu, Batu Bersumpah Keningau telah menjadi isu hangat dalam kalangan penduduk setempat mahupun beberapa menteri kabinet. 

Perkataan ‘Kerajaan Malaysia Jamin’ telah pun didakwa dipadam dari permukaan Batu Bersumpah berkenaan sehingga membawa kepada ketidakpuashatian dalam kalangan penduduk kerana ianya merupakan simbol kepada perpaduan, kebebasan dan keamanan dalam negeri Sabah sejak menyertai Malaysia pada 16 September 1963.

Terkini, Batu Bersumpah Keningau bakal dipindahkan dari Pejabat Daerah Keningau ke tapak lain yang lebih sesuai.

Untuk berita selanjutnya berkenaan pemindahan Batu Bersumpah akan disusli selepas ini

No comments:

Post a Comment