Saturday 17 January 2015

MPS GAGAL SELENGGARAKAN LONGKANG TERSUMBAT PUNCA BANJIR KILAT



OLEH: SHAIMON  S JUMADI



GUM-GUM : Hujan lebat turun tanpa henti dua hari berturut-turut sejak kelmarin lagi  hingga ke hari ini di kebanyakkan tempat telah dilanda banjir kilat dan telah  menenggelami berapa premis  deretan kedai dan  juga jalan raya.


Antaranya jalan yang turut dilanda banjir kilat adalah jalan batu 16 Jalan Labuk, pekan BDC , Bandar Litat termasuk kawasan Batu Sapi.

Dalam tinjauan wartawan Sabahkini.net ke Jalan Batu 16 mendapati, permukaan jalanraya telah dipenuhi oleh air dan ini menyebabkan kesesakan lalu lintas  di sepanjang jalan tersebut.

Punca banjir sebenarnya adalah sikap tidak bertanggungjawab pihak berkuasa tempatan dalam menyenggelarakan hakisan dan longgokan sampah sarap yang ada di perut parit mahupun longkang.

Mereka sudah tahu bahawa sekarang adalah musim tengkujuh  yang berpanjangan hingga bulan Februari, tetapi  saliran parit dan longkang-longkang yang telah  tersumbat tidak mahu dibesihkan diawal-awal lagi untuk mengelakkan berlakunya banjir.

Di Pekan BDC pada jam 6.00 pagi telah dinaiki air banjir kilat sedalam 2 meter; hampir menenggelami deretan premis kedai. 


Ianya berpunca  daripada longkang-longkang yang tersumbat tidak dibersihkan  maka, bila hujan tanpa henti lantas tempat-tempat yang terletak di kawasan rendah memang mudah dilanda banjir.    

No comments:

Post a Comment