Thursday 29 January 2015

JAKIM & JHEAINS PERLU SIASAT DAKWAAN OLD TOWN JUAL TAUFU BABI


OLEH: SHAIMON S JUMADI



SANDAKAN :  Kebimbangan dalam kalangan Masyarakat Islam di daerah ini terhadap perilaku pihak restoran Old Town White Cafe House yang didakwa menjual makanan haram iaitu Taufu Pork (Taufu Babi) telah dirasai.


Selama ini, para pekerja yang terdiri daripada kalangan Muslim coba bersekongkol untuk menyumbunyikan  sesuatu daripada pengetahuan orang-orang Islam yang restoran itu terbabit menjual taufu babi sehingga tidak disedari ramai 80 peratus pelanggan Islam sudah termakan taufu babi itu.

Jika benar dakwaan seperti yang tercatat dalam resit pembayaran pesanan taufu babi itu, maka perkara ini tidak boleh dibiarkan  begitu saja.

Pihak Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) digesa supaya bertindak segera menyiasat dakwaan itu; jika benar mereka boleh diambil tindakan undang-undang.


Agak ditakuti sekiranya orang-orang JAKIM dan JHEAINS  sendiri yang minat pergi ke restoran itu turut terlibat sama makan taufu babi seperti orang-orang Islam yang lain sudah ketelanjuran termakan benda haram itu.

5 comments:

  1. DIKHUATIRI ORANG JAKIM DAN JHEAINS SENDIRI TERMAKAN BABI DI RESTORAN OLD TOWN WHITE COFFEE HOUSE KERANA MINAT BERKUNJUNG KE RESTORAN BERKENAAN

    ReplyDelete
  2. DIKHUATIRI ORANG JAKIM DAN JHEAINS SENDIRI TERMAKAN BABI DI RESTORAN OLD TOWN WHITE COFFEE HOUSE KERANA MINAT BERKUNJUNG KE RESTORAN BERKENAAN

    ReplyDelete
  3. 1. Masakan Cina selalunya ada daging babi. Tidak mengherankan dan tidak ganjil kerana memang orang Cina suka makan babi. Ianya bukan satu kesalahan. Jadi, orang Melayu/Islam kenalah ambil maklum dalam hal ini dan jangan salahkan restoran Cina jika ada hidangan yang mengandungi bahan dari daging babi.

    2. Cuba anda google, "chinese dumpling" dan anda akan dapati resepi untuk hidangan ini pasti mengandungi babi. Lihat resit di atas, ada 'fried dumpling'. Sepatutnya, orang Melayu/Islam lebih peka tentang bahan yang terkandung dalam menyediakan masakan Cina.

    3. Sekarang cuba anda taip "P-O-R-K" pada keyboard. Perhatikan kedudukan huruf "R". Menurut pengusaha restoran, ejaan sebenar ialah "POK", tapi staf telah silap menaipnya sebagai "PORK"

    4. Apa-apapun, staf di OTWC tahu bagaimana mengeja "PORK" dengan betul. Jadi, dia tidak boleh disalahkan kerana dia tahu dan sedar apa itu PORK. Fikir-fikirkan lah ...

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. nak selesaikan mslh bukan dengan cara mhina mana2 pihak... do the best thing for the ummah bukan dengan cara suka suki taip ikut sedap mulut....

    ReplyDelete