Tuesday 20 January 2015

SAMSUDIN BAGI BANTUAN MANGSA-MANGSA KEBAKARAN KG GAS


OLEH: SHAIMON S JUMADI




SEKONG : Penduduk Kampung Gas yang telah ditimpa musibah  seperti kebakaran baru-baru ini mereka tidak terpinggir lantas mendapat  pelbagai bantuan yang disalurkan oleh kerajaan BN.


Ini memang sudah menjadi tanggungjawab kepada Kerajaan dan Wakil Rakyat yang telah dipilih oleh rakyat semasa pilihanraya umum (PRU 13) lalu  terus memainkan peranan dalam memberi bantuan kepada setiap penduduk dalam pelbagai aspek terutama sekali mereka yang ditimpa musibbah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya berkata demikian dalam ucapannya di majlis Penyampaian  sumbangan  daripada Pusat Zakat Sabah-Sandakan kepada para mangsa kebakaran Kampung Gas kelmarin.



Katanya lagi dengan adanya bantuan tersebut yang disalurkan oleh Pusat Zakat Sabah-Sandakan akan meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh para mangsa terbabit,


Beliau yang juga Ketua Bahgian UMNO Batu Sapi sentiasa menitikberatkan dalam menjaga kebajikan penduduk-penduduk  di kawasan Batu Sapi 'tanpa mengira  ideologi fahaman  politik'.

No comments:

Post a Comment