Saturday, 17 January 2015

PUSAT ZAKAT SABAH HULUR BANTUAN MANGSA KEBAKARAN DI KAMPUNG PITURU KINARUT


SIARAN MEDIA
YB DATUK HAJAH ROSNAH ABUL RASHID SHIRLIN TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA AHLI PARLIMEN PAPAR




GEMBIRA...Rosnah (tengah) bersama para penerima bantuan serta pegawai pegawai dari Pusat Zakat Sabah dan Pusat Khidmat Parlimen Papar selepas majlis penyerahan bantuan tersebut

Seramai 23 orang ketua keluarga yang terlibat dalam kebakaran rumah di Kampung Pituru Kinarut pada awal bulan November tahun lepas menerima sumbangan dari Pusat Zakat Sabah. Majlis penyerahan sumbangan tersebut dilakukan oleh Timbalan Menteri Kerjaraya Datuk Hajah Rosnah Abdul Rashid Shirlin dalam satu majlis ringkas di Pejabat Perhubungan Ahli Parlimen Papar baru baru ini.


Dalam kejadian tersebut, sebanyak 15 buah rumah di kampung Pituru  Kinarut musnah sama sekali dalam semasa kejadian yang melibatkan seramai 186 orang mangsa dari 23 orang ketua keluarga.

Berucap di majlis tersebut Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar berharap bantuan tersebut dapat meringankan beban oleh ahli keluarga yang terlibat untuk meneruskan kehidupan mereka seharian.

Katanya, sebelum ini pun pihak Pusat Khidmat Parlimen Papar, Wakil Rakyat Kawang Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar serta Pejabat Kebajikan Daerah Papar telah menghulurkan bantuan yang sewajarnya dan berharap bantuan yang disalurkan oleh Pusat Zakat Sabah  itu dapat membantu meringankan beban keluarga yang terlibat terutamanya untuk keperluan awal anak-anak mereka kembali ke sekolah.

No comments:

Post a Comment