Friday, 30 January 2015

KISAH MAYAT GADIS BERHANTU HILANG - BAHAGIAN 1

Oleh : Mas Ayu

Mayat...hanya sekadar gambar hiasan

“Anak-anak, kenapa berjalan malam-malam begini? pergi pulang cepat sebelum jam 8, pakcik mau tutup pintu ni, biar pakcik tengok kamu dari sini ya,” tegur seorang Imam Masjid kampung kepada sekumpulan kanak-kanak bersama beberapa orang remaja disitu.


“Eh Ling, kenapa pakcik tu suruh kita pulang sebelum jam 8 ya?” tanya Long kepada kakaknya sambil mengawasi anak saudaranya lalu di jambatan dalam keadaan gelap.

“Oh ya, baru saya ingat, mula jam 8, mayat gadis berbungkus kain kafan akan kelihatannn…,errr…di sini,”jawab Ling kepada adiknya. Sambil memandang satu sama lain, mereka bertempiaran lari pulang ke rumah meskipun jambatan yang dilalui tak ubah seperti gigi rompong kanak-kanak yang suka makan gula-gula. 

Kisah benar ini berlaku setahun yang lalu di Pantai Timur Sabah, di sebuah perkampungan kononnya diwartakan kerajaan namun hakikatnya ‘taman stinggarden’ demi menumpangkan para pengundi tegar BN buat sementara waktu sehingga menunggu waktu dihalau.

Adapun, penduduknya hampir 90 peratus adalah warganegara bertaraf kelas warga ’marhein’. 

Masih segar dalam ingatan dalam segenap setiap minda penduduk kampung berkenaan cara dan keadaan Siti (bukan nama sebenar) meninggal dunia. Hampir seluruh penduduk kampung tidak berupaya menerima hakikat yang Siti bunuh diri dalam rumah sendiri.

Semasa mayat Siti dimandikan pun, kelihatan banyak benda-benda mistik dan pelik berlaku. Badan arwah begitu keras sewaktu dimandikan seolah-olah tidak ingin dimandikan. Muka arwah yang seolah-olah penuh dendam dan ngeri menyebabkan sanak saudara yang memandikan berasa seram sejuk dan tidak sedap hati, ada sahaja ‘angin-angin’ kecil lalu sepantas kilat sama ada dari telinga mereka, hadapan mata secara separa sedar dan dari jendela. 

Terdahulu pada malam sebelum dimandikan, ibu-ibu dan para remaja yang membantu di dapur turut terasa gangguan berkenaan. Tengkuk mereka asyik seram sejuk. Salah seorang kanak-kanak di situ memberitahu bahawa kak Siti sedang bermain anak patung dengannya. Bacaan yaasin dan lain-lain terpaksa diperhebatkan lagi demi mengurangkan suasana seram di rumah itu.

Sesudah arwah siti dimandikan, ia dikafankn dengan elok walaupun gangguan berkenaan tetap menyerang.

Apabila para pengali kubur memaklumkan bahawa lubang kubur siap digali, maka berangkatlah mereka yang ada dirumah untuk mengusung mayat arwah Siti.

“Aduhh..beratnya. Pakcik, kita terpaksa tambah orang usung mayat ni,” pinta salah seorang anak muda yang turut serta mengusung mayat berkenaan. 

Maka bertambahlah tukang usung mayat daripada empat orang kepada lapan orang. 

Sepanjang dari rumah hingga ke laluan jambatan kampung berkenaan, para pengusung mayat kelihatannya kesakitan menahan keberatan mayat berkenaan walaupun perjalanan baru berjarak 50 meter. 

Masing-masing memarahi dan berkelahi antara satu sama lain kerana dituduh menggoyangkan keranda mayat Siti yang mereka usung. Sedangkan tiada sesiapa pun berani dan sengaja menggoyangkan keranda mayat Siti.

Tiba di meter ke 90, tiba-tiba sahaja keranda mayat Siti bergoncang dan berhayun dengan kuat sehingga mereka tidak mampu menahan kekuatan kejadian aneh berkenaan.

Memandangkan hampir kesemua pengusung hampir hilang tenaga untuk menahan kekuatan hayunan keranda berkenaan, keranda mayat Siti terhumban jatuh ke bawah jambatan tenggelam dalam air pasang paya bakau.


Para pengusung, para Ustaz dan Imam serta orang ramai menjadi panik dan tiba-tiba…

Saksikan sambungan Kisah Mayat Gadis Berhantu Hilang dalam bahagian kedua akan datang

(Makluman: nama arwah, keluarga, jiran dan tempat terpaksa dirahsiakn demi menjaga kerahsiaan dan aib arwah dan keluarga arwah. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman di syurga kelak...amin. Al fatihah untuk arwah)

No comments:

Post a Comment