Tuesday 20 January 2015

LANGSUNG: Putrajaya tangguh kenaikan tarif elektrik, PLKN dalam semakan Belanjawan 2015




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyampaikan mesej khas mengenai perkembangan semasa dan kedudukan kewangan negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa di Putrajaya, hari ini. 

Penangguhan kenaikan tarif elektrik yang dijadualkan tahun ini dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah aspek terpenting bajet yang disemak semula Putrajaya yang akan membawa cahaya kepada pengguna di Malaysia.


Kenaikan harga gas yang dijadualkan bagi sektor industri juga ditangguhkan, umum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini semasa semakan Belanjawan 2015.

Penangguhan PLKN selama setahun akan menjimatkan RM400 juta memandangkan kerajaan cuba untuk mengurangkan perbelanjaan dan merangsang pelaburan serta penggunaan.

Secara keseluruhannya, perbelanjaan mengurus kerajaan dijangka berkurangan sebanyak RM5.5 bilion melalui penilaian semula keutamaan perbelanjaan, kata Najib.

Perbelanjaan bagi pembangunan dikekalkan pada RM48.5 bilion, sebagaimana bajet asal yang dibentangkan pada Oktober tahun lepas.

Najib berkata, langkah itu termasuk projek mesra rakyat seperti perumahan awam, tebatan banjir, bekalan air, elektrik dan infrastruktur pengangkutan awam seperti Lebuh Raya Pan-Borneo.

Semakan ini ekoran kejatuhan harga minyak yang kini berada pada paras AS$50 setong.

Belanjawan 2015, apabila dibentangkan pada bulan Oktober tahun lepas, mempunyai unjuran perbelanjaan RM273.9 bilion dalam perbelanjaan dan RM235.2 bilion pendapatan. Ia disandarkan kepada harga minyak kira-kira AS$100 setong.

Kemerosotan harga itu menjejaskan nilai ringgit dengan ketara memandangkan Malaysia adalah pengeksport minyak yang dilihat oleh ahli ekonomi sebagai keperluan bagi Putrajaya untuk menyemak semula bajet.

Najib mengumumkan semakan berikut pada sesi khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini:

10.47am: Langkah-langkah lain termasuk:

- Semakan levi pekerja asing.

- Menawarkan visa kemasukan percuma kepada pengunjung, termasuk dari China.

- Keutamaan dalam tender projek kepada kontraktor tempatan yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

- Kontraktor tempatan diberi tugas membaik pulih menjalankan kerja di kawasan dilanda banjir. (Kontraktor dalam kategori G1, G2 dan G3).

- Lebih banyak promosi barangan buatan Malaysia.

- Memanjangkan tempoh jualan mega di seluruh negara.

- Menggalakkan pelancongan domestik dengan penerbangan domestik melalui harga yang kompetitif.

10.39am: Semakan angka pertumbuhan untuk ekonomi Malaysia pada 2015 adalah antara 4.5% hingga 5.5%. Di bawah bajet asal, ia adalah 5% hingga 6%.

Antara perbelanjaan yang akan dipotong adalah Program Latihan Khidmat Negara, yang akan menjimatkan kerajaan sebanyak RM400 juta.

10:26am: Belanjawan disemak semula bagi tujuan mengurangkan defisit fiskal KDNK kepada 3.2% bagi tahun 2015. Kita perlu menerima hakikat kita tidak boleh mencapai sasaran asal sebanyak 3% di bawah bajet asal, kata Najib.

Tanpa kajian semula, defisit akan mencecah 3.9%.

10:19am: Apabila bajet dibentangkan pada Oktober lalu, pertumbuhan ekonomi dunia diunjurkan pada 3.4% -3.9% oleh Tabung Kewangan Antarabangsa. Ini kini disemak semula kepada 3% -3.8%.

Najib menegaskan harga minyak dunia bukan sesuatu yang boleh dikawal Malaysia. Sehingga semalam, 19 Januari 2015, Najib berkata, harga adalah pada paras AS$48 setong.

Bank Dunia berkata harga minyak yang lebih rendah boleh memberi kesan positif kepada pertumbuhan ekonomi global. Ini akan memberi kesan positif kepada Malaysia sebagai pengeksport minyak.


10.09am: Dalam ucapan pembukaan, Najib berkata, "Kita bukan dalam krisis, kita mengambil langkah-langkah pencegahan berikutan perubahan dalam landskap luar ekonomi global yang bukan dalam kawalan kita."  (The Malaysian Insider)

No comments:

Post a Comment