Saturday 27 August 2011

RAYA KETIGA RUMAH TERBUKA JANANG GAYUH



TERBUKA….Lajim dan isteri mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada seluruh muslimin muslimat di negara ini dan menjemput hadir ke majlis rumah terbuka mereka pada hari raya ketiga.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

TIMBALAN Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin akan mengadakan rumah terbuka pada Hari Raya Ketiga di kediaman rasmi beliau di kampung Kaundu Kebatu, Beaufort.

Rumah Terbuka itu adalah dari jam 10.00 pagi sehingga jam 2.00 petang bagi memberikan peluang kepada orang ramai serta para pemimpin berkumpul dan bermaaf-maafan disamping menikmati juadah yang disediakan dan berhibur dengan beberapa artis jemputan yang turut memeriahkan sambutan kali ini.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort ketika ditemui media selepas mengadakan rakaman ucapan Hari Raya Aidil Fitri di RTM Kota Kinabalu di sini, bersama isteri Datin Seri Panglima Hajah Normilah Siong turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hariraya aidil fitri kepada seluruh muslim muslimat di Malaysia khususnya rakyat di kawasan yang beliau wakili iaitu di Parlimen Beaufort.

Beliau turut berharap agar rakyat dari pelbagai kaum di negeri ini menggunakan majlis rumah terbuka Aidilfitri untuk mengeratkan hubungan silatulrahim dalam semangat 1 Malaysia

“Konsep rumah terbuka yang kita amalkan semasa musim musim perayaan terbesar di Negara ini sebenarnya telah meletakkan asas yang terbaik bagi kita menjalin hubungan muhibah tanpa mengira kaum dan agama yang perlu kita pertahankan,” katanya.

Sambil mengalu-alukan kehadiran orang ramai, para pemimpin tempatan ke majlis rumah terbuka beliau tahun ini, Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort meminta mereka yang memandu untuk balik ke kampung halaman masing masing agar berhati hati dan berhemah semasa memandu bagi mempastikan mereka selamat sampai ke destinasi masing-masing

No comments:

Post a Comment