Sunday 21 August 2011

PKR GESA 'SULTAN ZAKARIA’ MOHON MAAF



Oleh: HAFIZ JAMAIL

TINDAKAN Adun Gum Gum, ’Sultan’ Zakaria Edris mengkebumikan jenazah ibu saudaranya, Hajjah Maskunah Binti Pangiran Badarun di hadapan kiblat Masjid Darul Aman, Kampung Gum-Gum, Batu 16, Sandakan tahun lalu adalah dosa besar dan menggesa beliau meminta maaf secara terbuka di dalam akhbar tempatan dan di masjid berkenaan pada sembahyang hari raya Adil Fitri tahun ini.

Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah, Citra Masadi, berkata demikian setelah melawat masjid berkenaan baru-baru ini bagi mengesahkan dakwaan ahli jemaah dan Tim Pemantau AMK PKR Sabah bahawa kubur berkenaan telah dipindahkan.

”Walaupun kubur ibu saudaranya telah dipindahkan baru-baru ini, namun Zakaria tetap berdosa kepada Jemaah Masjid ini termasuk saya yang pernah bersembahyang di masjid ini tanpa mengetahui bahawa terdapat kuburan di hadapan kiblat masjid tersebut,” ujar Citra yang turut menyokong tindakan mantan Ketua Penerangan AMK PKR Sabah, Zainuddin Hassan membuat bantahan rasmi yang disiarkan di Sabahkini.net melalui artikel bertajuk 'Sultan' Zakaria Sesatkan Umat Islam Gum-Gum?

PINDAH.....Tiada lagi kuburan di kawasan yang ditunjukkan anak panah.

Sehubungan itu, sebagai Umat Islam, Citra mendesak Zakaria memohon maaf secara terbuka di akhbar tempatan dan di masjid berkenaan sempena sembahyang Aidil Fitri tahun ini; serta mengadakan kenduri kifarat untuk menebus kesilapan beliau mengkebumikan jenazah ibu saudaranya sehingga umat Islam menanggung dosa ketika sembahyang di masjid berkenaan mengikut fatwa yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa mendirikan sembahyang di masjid yang ada kubur (di dalam atau persekitarannya) adalah HARAM.

Memandang masjid adalah Rumah Allah, maka kata Citra, sebarang tindakan atau amalan yang dilakukan di masjid berkenaan hendaklah mengikut syariat dan undang-undang Islam; tanpa membeza martabat antara Adun atau rakyat jelata; hatta ’Sultan’ sekalipun.

”Oleh kerana amalan ini adalah amalan Orang Yahudi, maka Zakaria sewajarnya membetulkan aqidahnya dan mengucap dua kalimah syahadah di hadapan saksi yang sah kerana dikhuatiri beliau kufur kepada Allah,” ujar Citra yang menggesa agar Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) tidak gentar menguatkuasakan undang-undang bagi mengelakkan kejadian yang serupa berlaku lagi di Sabah.

Setelah bertahun lamanya, Umat Islam menanggung dosa kerana sembahyang mereka tidak sah, maka dosanya tidak dapat diampunkan Allah melainkan memohon maaf secara terbuka daripada umat Islam yang dizaliminya selama ini.

1 comment:

  1. alhamdulillah apa yang kami utarakan untuk memperbetulkan keadaan menjadi kenyataan. semoga perkara seperti ini tidak berlaku lagi...bahana pemimpin akhir zaman yang selalu celaru

    ReplyDelete