Sunday 14 August 2011

SIAPA BINA BANGUNAN UMNO SEMPORNA?



Oleh : CITRA MASADI

MINGGU lalu ketika saya ke Semporna bersama Tim Pemantau AMK PKR, saya didatangi beberapa orang informer yang memaklumkan kepada saya bahawa Bangunan Pejabat UMNO Semporna yang terletak berhadapan KFC, dibina dan dihadiahkan oleh pemilik sebenar Ternama Tabah Sdn.Bhd, Albert Chan Sew Leang yang mendapat kontrak ratusan juta ringgit daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Menurut maklumat yang diterima Bangunan UMNO Semporna adalah ‘Mercutanda Rasuah’ terunggul di Semporna yang telah dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini, tetapi memandangkan Menteri KKLW, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilindungi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, maka beliau selamat buat sementara waktu.

Albert Chan Sew Leang merupakan tokoh penting di zaman Parti Bersatu Sabah (PBS) dan pernah menjadi proksi Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan rakan kongsi adiknya, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Kini, Albert Chan merupakan salah satu kroni dan proksi Shafie dalam kegiatan Penggubahan Wang Haram melalui projek pembangunan termasuk NKRA yang disalurkan melalui Ternama Tabah Sdn. Bhd dan beberapa syarikat dormant lain.

Albert Chan bukan sahaja bijak memburu projek, malah bijak melarikan cukai kerana semua syarikatnya mencatatkan kerugian sekalipun mendapat keuntungan beratus juta ringgit setahun.

Sewajarnya SPRM membuka kertas siasatan kerana UMNO Semporna tidak mempunyai wang untuk membina bangunan sendiri melainkan secara ‘Project Swap’ sebagaimana dipraktikkan Shafie selama ini.

Jika Ahli UMNO Semporna masih tidak sedar dengan jenayah kolar putih yang dilakukan Shafie, mereka akan terus ditindas sekurang-kurangnya dalam tempoh lima tahun akan datang; sebelum ada pihak yang berani menentang Shafie dalam pilihanraya umum kelak.

Andai Sindrom Bog Bog, sebagaimana yang dilaporkan Sabahkini.net masih kental dan bersemadi dengan jatidiri masyarakat Semporna, maka Semporna akan terketinggalan 30 tahun di belakang Lahad Datu dan menjadi Bandar Pengemis Pertama di Dunia!

1 comment: