Sunday 1 July 2012

'KENAPA TEMPAT NIAGA MELAYU DIKAMBING HITAM?'




HASRAT kerajaan merobohkan bangunan Bukit Bintang Plaza (BB Plaza) bagi memberi laluan kepada projek keretapi MRT amat dikesali kerana ia akan menjejaskan orang Melayu yang menguasai 60 peratus perniagaan di tempat itu.

Menurut Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP), perobohan BB Plaza juga tidak patut dibuat kerana aset UDA Holding - yang ditubuhkan bagi membantu usahawan Bumiputera - itu berada di tempat strategik dan menjadi tumpuan pelancong.

"DPPWP melihat dengan perobohan bangunan BB Plaza ini, bagaikan menabur pasir ke dalam periuk nasi para peniaga Melayu/Bumiputera di sini.

"Bagaimanakah nasib para peniaga ini nanti?" soal ketua penerangannya Kamaruzaman Mohamad.

Dalam kenyataannya hari ini, Kamaruzaman berkata, walaupun terdapat cadangan membangunkan semula bangunan 33 tahun itu, mungkin peniaga Melayu terlibat tidak mampu menampung kos sewa yang mahal.

Beliau juga mengaitkan perobohan BB Plaza itu dengan kehilangan dua aset yang dianggap paling bernilai iaitu Plaza Warisan dan UO Superstore yang memberikan keuntungan kepada usahawan Melayu dan Uda sendiri.

"DPPWP difahamkan bahawa laluan pembinaan stesen MRT yang asal tidak melibatkan bangunan BB Plaza. Hanya apabila tidak mampu membayar pampasan, maka aset orang Melayu ini dikambing hitamkan," katanya.

Justeru, kata Kamaruzaman, pihaknya mendesak kerajaan menarik balik cadangan merobohkan bangunan BB Plaza itu demi kelangsungan perniagaan pengusaha Melayu di Kuala Lumpur.

"Kita tidak menolak sebarang usaha untuk membangunkan dan memajukan bandar Kuala Lumpur ini tetapi janganlah sehingga menindas sesetengah pihak terutama peniaga-peniaga bumiputera yang masih memerlukan bantuan untuk terus bersaing dengan peniaga-peniaga lain," katanya.

10 comments:

  1. Hope that the government will give explanation regarding their decision to raze down Bukit Bintang Plaza to give way to the MRT projects.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. I'm sure the majority of businessmen who have shops in BB Plaza will want to know the reason, this will affect their livelihood.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. nasib peniaga harus dibela.. jgn biarkan mereka terkapai-kapai apabila BB dirobohkan.

    ReplyDelete
  4. bantahan untuk merobohkan BB Plaza perlu dipertimbangkan dan kepentingan peniaga perlu diambilkira.

    ReplyDelete
  5. Kementerian Kewangan telah memanggil MRT Corp dan beberapa pihak yang berkenaan untuk mengahadiri mesyuarat tergempar berkenaan perkara ni.

    ReplyDelete
  6. Kerajaan perlu buat perancangan sebaik mungkin. Kesilapan kerajaan boleh beuatkan rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan.

    ReplyDelete
  7. Perkara ini perlulah diselesaikan dengan perbincang yang memberikan persetujuan kedua-dua pihak.

    ReplyDelete
  8. Pembangunan dan perancangan pembanguan adalah perlu untuk memajukan lagi kawasan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gimik pembangkang saja ni, bukan melayu saja diminta pindah semua yang ada disitu diminta pindah.

      Delete
  9. "..terutama peniaga-peniaga bumiputera yang masih memerlukan bantuan untuk terus bersaing..

    nampak sangat yang peniaga2 bumiputera tidak mampu berdikari sebagaimana peniaga2 bukan bumiputera yang lain.. patut la sentiasa kebelakang..

    ReplyDelete