Sabahkinitv Production

Loading...

Sunday, December 2, 2012

BEKAS TENTERA MENDERITA TUNGGU JANJI V.K.LIEW






Saudara Pengarang.

SAYA Abdul Latif Bin Datu Bajan memohon jasa baik Sabahkini.net untuk mengutarakan akan janji Datuk V.K Liew selaku Ahli Parlimen P.186 Sandakan yang belum ditunaikan.

Datuk V.K Liew pada tahun lalu telah datang menemui saya di kediaman saya No. Rumah 76, Jambatan 5, Kg. Berhala Darat, Jalan Sim-Sim, Sandakan dan turut menguar-uarkan di Sabahkini.net akan janjinya ingin menyumbang sepasang kaki palsu sebagai kemudahan pergerakan saya.

Penderitaan saya yang juga bekas Komando Angkatan Tentera Malaysia di zaman darurat dahulu turut diterbitkan di dalam rancangan Khabar Salam 1 Malaysia RTM 1 bagi Parlimen P.186 Sandakan.

Namun janji  Datuk V.K. Liew adalah ibarat fatamorgana (Mirage), menjadi santapan halwa telinga sahaja. Sehingga ke hari ini bantuan sepasang kaki palsu ini belum saya terima.

Masa ini saya telah hampir sebulan terlantar di hospital kerana kencing manis. Sebagai seorang insan yang pernah berkhidmat mempertahankan kedaulatan Negara tercinta, janji manis ini amat mendukacitakan dan melukakan perasaan saya.

Jangan berjanji jika tidak dapat kotakan janji tersebut dan sudah hampir setahun bantuan ini belum dapat ditunaikan. Adakah perlu kaki palsu ini ditempah dari luar Negara hingga mengambil masa setahun untuk menunaikan janji tersebut?

Saya menimbulkan perkara ini agar konsep ‘JANJI DITEPATI’ sebagaimana yang dilaungkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia sepatutnya turut diamalkan oleh Datuk V.K. Liew selaku Ahli Parlimen BN di Sandakan dan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Salam hormat,

DATU ABDUL LATIF BIN DATU BAJAN
Insan malang, Kampung Sim-Sim, Berhala Darat, Sandakan.

(NOTA: Surat terbuka ini adalah tulisan dan kiriman Abdul Latif Bajan dan tiada kena mengena dengan Sabahkini.Net  yang hanya membantu menyiarkan sahaja)

1 comment:

  1. benarkah beliau ini seorang VETERAN ATM??????SABAHKINI sepatutnya siasat dahulu adakah benar beliau ini seorang VETERAN ATM...tahukah SABAHKINI beliau ini telah AWOL....dalam kata lain LARI DARI TUGAS...sekarang muncul dan kata kan ATM tidak membela nasibnya...kikikikiki...lawakkkk....

    ReplyDelete