Oleh : MD IZWAN
KUALA LUMPUR :
Ketidaktentuan, bukan perubahan politik akan memberikan impak yang lebih besar
kepada pasaran saham selepas pilihan raya umum ke-13, kata para penganalisis.
Fellow Kanan Institut Kajian
Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI), Dr Michael Lim Mah Hui memberi amaran
bahawa persekitaran yang huru-hara, pertikaian sensitif dan sentimen negatif
akan mempunyai lebih banyak kesan serius berbanding dengan prospek Pakatan
Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya.
“Saya tidak bersetuju
pasaran saham merudum jika berlaku perubahan kuasa atau keputusan pilihan raya
tidak memihak kepada kerajaan sedia ada.
“Kalau kerajaan baru lebih
bersih, ia lebih baik untuk pasaran saham. Isu utama ialah mengelak
ketidakpastian (uncertainty),” katanya kepada The Malaysian Insider.
Minggu lepas, Nomura Equity
Research berkata ketidaktentuan pilihan raya umum akan datang akan mempengaruhi
pasaran ekuiti Malaysia pada separuh kedua tahun hadapan.
Sebaliknya, Lim menekankan
bahawa pelabur lebih cenderung untuk menjadi takut dengan ketidakpastian
seperti menakut-nakutkan menggunakan isu-isu seperti kaum dan agama.
Beliau tidak bersetuju
demonstrasi atau perhimpunan yang sering dianjurkan oleh PR menjelang pilihan
raya akan menakutkan pelabur pasaran saham.
“Demonstrasi dan huru-hara
adalah berbeza. Huru-hara menakutkan pelabur, demonstrasi secara aman tidak,”
terang beliau.
Melihat kepada prestasi PR
di empat negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, Lim tidak
merasakan akan ada masalah jika PR mengambil alih Putrajaya.
“Kerajaan yang lebih bersih
akan memberikan kesan positif kepada pasaran saham,” katanya.
Dalam pada itu, Lim
menegaskan kerajaan perlu mengambil langkah drastik mengatasi peningkatan
pengeluaran wang haram daripada laporan Global Financial Integrity (GFI)
berbanding membuat spekulasi mengatakan pasaran saham akan jatuh jika berlaku
perubahan kuasa.
“Daripada membuat spekulasi
mengatakan pasaran saham akan jatuh jika berlaku perubahan kuasa lebih baik
mereka atasi pengeluaran wang haram,” katanya.
Laporan terkini Global
Financial Integrity (GFI) menunjukkan Malaysia berada di tangga kedua paling
buruk dalam pengeluaran wang haram pada 2010, dan satu-satunya negara mengalami
tercorot menyaksikan peningkatan sekali ganda antara 2009 dan 2010.
Jumlah wang haram meningkat
111 peratus daripada US$30.4 bilion (RM93.17 bilion) pada 2009 kepada US$64.38
bilion pada 2010.
Ketua Ahli Ekonomi RAM
Holdings Bhd, Dr Yeah Kim Leng juga bersetuju dengan Lim apabila memberitahu
pasaran saham akan kembali dalam keadaan sedia kala walaupun berlaku peralihan
kuasa di Putrajaya selepas PRU Ke-13.
“Ia bergantung kepada kepada
pentadbiran baru yang memerintah, ia yang akan menentukan hala tuju pasaran
saham sama ada lebih baik ataupun tidak,” terang beliau kepada The Malaysian
Insider.
Selain dari memberi amaran
mengenai ketidaktentuan, Penyelidikan Nomura juga meramalkan kedudukan prestasi
Malaysia tahun depan sebagai “kekurangan berat badan”; status yang diberikan
kepada pasaran yang dijangka tidak baik, bersama-sama dengan negara-negara lain
di Asia Tenggara kecuali Singapura.
“Kami berfikir bahawa kebimbangan
mengenai keputusan pilihan raya akan menyebabkan pasaran mundur kebelakang,”
kata penganalisis Penyelidikan Nomura untuk strategi Asia, Michael Kurtz.
“Malaysia adalah salah satu
pasaran ... dimana bentuk kerajaan, orientasi reformasi, dan niat fiscal
kerajaan memberi kesan besar dalam prestasi ekonomi. “
Menurut Nomura, melengahkan
pilihan raya secara berterusan dan persepsi ketidakstabilan politik menyebabkan
pasaran saham Malaysia tidak terjual dan volatiliti melampau dalam harga
ekuiti. (TMI)
No comments:
Post a Comment