JOHOR BAHARU : Proses
pelucutan senjata anggota pejuang Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) akan
hanya dimulakan sebaik sahaja terbentuknya kerajaan Bangsamoro dan beroperasi di
Mindanao, selatan Filipina.
Pengerusi MILF, Murad
Ebrahim berkata pada ketika ini isu mengenai pelucutan senjata para pejuang
MILF masih lagi dalam perbincangan dengan kerajaan Filipina.
Murad mendedahkan perkara
ini kepada Bernama ketika ditemui semasa menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam
(WIEF) kelapan yang berakhir di sini baru-baru ini.
Beliau mengingatkan bahawa
pihak-pihak terbabit perlu mewujudkan keadaan yang betul di peringkat bawahan
terlebih dahulu, sebelum memulakan proses pelucutan senjata oleh
anggota-anggota pasukan pejuangnya.
Murad berkata, isu pelucutan
senjata tidak seharusnya menjadi tumpuan perhatian pihak pejuang MILF sahaja,
tetapi perlu juga melibatkan militia kerajaan yang dikenali sebagai Sukarelawan
Awam. (Bernama)
No comments:
Post a Comment