BEBAS.....Penjaja haram bebas berniaga pada Hari Krismas dan hari-hari biasa; manakala pembeli tidak segan silu walaupun diperhati dan dengan megah memakai baju berlogo UMNO membeli daripada PATI di khalayak ramai.
Oleh
: MUTALIB M.D
PERAYAAN
Hari Krismas seolah-olah tidak memberikan sebarang makna kepada warga Lahad
Datu kerana masing-masing sibuk dengan urusan; terutama Warga Penyu yang
berniaga di sekitar Pasar Ikan Lahad Datu; melainkan beberapa penganut agama
Kristian tempatan, tetapi sebahagian besarnya warga Indonesia dan Filipina yang
sibuk berbelanja di awal pagi.
Kemeriahan
Krismas tidak langsung dirasa di Lahad Datu kerana dipenuhi Warga Penyu yang
begitu sibuk menjual segala barangan terlarang, daripada rokok sehinggalah
kepada syabu tanpa sebarang larangan.
Paling
menarik, walaupun RCI Sabah sudah ditubuhkan, namun seolah-olah tidak
memberikan sebarang makna atau kesan kepada Warga Penyu; ada di antaranya masih
memegang IMM13, MyPR (IC Merah), MyKad Projek, MyKAS, MyKad Palsu dan
majoritinya tidak memegang sebarang dokumen.
Namun
mereka hidup dengan bebas di Sabah dan boleh berniaga kerana mendapat galakan dan
suaka politik daripada Yang Berhormat dan koloni mereka dalam Majlis Daerah
Lahad Datu serta Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK; tanpa segan silu kepada
pihak berkuasa.
RELA......Anggota Rela ini secara selamba berjalan di hadapan penjaja haram di Pasar Ikan Lahad Datu.
CANGKUNG.....Tanpa segan silu, Anggota Rela ini duduk mencangkung di hadapan PATI dan memilih pakaian di kaki lima Pasar Lahad Datu. Di sebelahnya penjual rokok.
HEBAT.....Mereka berlagak samseng di atas Hilux selepas keluar daripada gereja di Batu 1, Lahad Datu dengan berdiri tanpa mempedulikan keselamatan orang lain.
Suatu
kejadian yang agak menakjubkan, ketika menunggu ibu mertua saya membeli ikan
dan sayur di Pasar Ikan dan Pasar Besar Lahad Datu; mata saya terpaku melihat
seorang ahli RELA yang sambil lewa sahaja melintasi penjaja haram yang 'berkrismas'
di kaki lima, lalu duduk dan membelek pakaian kanak-kanak dan terus membelinya.
Ahli
Rela berkenaan kemudiannya bersama tiga anggota polis, seorang anggota Pertahanan
Awam beredar daripada bilik gunasama di hadapan Pasar Ikan Lahad Datu untuk menjalankan
rondaan biasa di Bandar Lahad Datu.
Penjaja
Haram berpesta sakan di Lahad Datu kerana Penguatkuasa Majlis Daerah Lahad Datu
bercuti Krismas; sehingga mereka tidak segan silu menjual barang dagangan
mereka termasuk buah-buahan, pakaian dan sayur-sayuran dari tangga pasar
sehinggalah ke dalam pasar.
Dengan
bangganya seorang lelaki memakai baju-T merah berlambang UMNO membeli langsat
daripada penjaja haram yang berniaga di hadapan Pasar Lahad Datu seolah-olah
tidak mempedulikan bahawa Era RCI sedang berada di kemuncaknya dan tidak merasa
bersalah membeli buah daripada PATI dan terus memakmurkan PATI.
Dalam
perjalanan pulang, saya melihat sekumpulan Warga Indonesia berbangsa Timor merayakan
Krismas dalam keadaan paling berbahaya dengan berdiri di atas pick-up yang
sedang laju dan hampir terpelanting ke atas jalan raya ketika pemendu membrek
kenderaan jika tidak berpaut antara satu sama lain.
Jika
pada hari ini 25 Disember 2012, Warga asing masih mendominasi Lahad Datu, maka
pada masa 10 tahun daripada sekarang Lahad Datu akan menjadi FIJI dan ketika
itu anak negeri sudah kehilangan tanah untuk berdiri; apatah lagi jika RCI
membolehkan mereka melakukan 'Reverse Take-Over'.
Selamat
Hari Krismas!
No comments:
Post a Comment