Monday 31 December 2012

FERI LABUAN, SEPARUH TAMBANG MULAI 1 JANUARI







LABUAN: Rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan feri dan bot laju termasuk kenderaan komersial dari Labuan ke Menumbok, Sipatang, Limbang dan Lawas di Sarawak dan sebaliknya hanya perlu membayar tambang separuh daripada harga yang ditawarkan sebelum ini berkuatkuasa 1 Januari 2013.

Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Bahagian Perhubungan Awam, Perbadanan Labuan separuh lagi harga tambang akan dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada pengusaha feri, bot laju dan kenderaan komersial berdasarkan senarai nama yang disahkan oleh pegawai kerajaan yang dilantik di destinasi yang berkaitan.

Pengusaha feri, bot laju dan kenderaan komersial boleh membuat tuntutan di kaunter Terminal Feri Antarabangsa Labuan yang akan dilaksanakan oleh anak syarikat Perbadanan Labuan, LDH (Labuan) Sdn. Bhd) bermula daripada tarikh itu.

Menurut kenyataan itu, Pemberian subsidi tambang ini adalah lanjutan pembentangan bajet 2013 yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri. Pemberian subsidi tambang ini adalah meliputi destinasi perjalanan seperti berikut

Bagaimanapun, bagi kenderaan komersial, kerajaan telah menetapkan hanya mereka yang berdaftar dengan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) layak untuk membuat tuntutan subsidi tambang 50% yang menggunakan perkhidmatan feri kenderaan dari Menumbok ke Labuan atau sebaliknya.

Kenyataan itu turut menjelaskan, pemberian subsidi tambang diskaun sebanyak 50 peratus itu adalah bertujuan mengurangkan kos perjalanan pengangkutan laut yang ditanggung oleh rakyat Malaysia ke destinasi yang menghubungkan Labuan dengan Tanah Besar Sabah dan Sarawak.

Manakala pemberian subsidi tambang bagi kenderaan komersial bertujuan untuk mengurangkan harga barangan dan bahan binaan yang di bawa masuk ke Wilayah Persekutuan Labuan melalui tanah besar Sabah termasuk juga dari Sarawak.


17 comments:

  1. Bagus la macam tu, tambang separuh untuk semua penumpang

    ReplyDelete
  2. Ini menunjukan kerajaan prihatin terhadap rakyat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin lepas ni penyelesaian untuk jangka panjang dapat diambil oleh kerajaan tentang isu harga barang.

      Delete
  3. Usaha kerajaan itu perlu dihargai

    ReplyDelete
  4. Diharap tiada pihak salah guna subsidi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..sebab bila ada subsidi mesti ada saja isu negatif yang keluar lepas tu.

      Delete
  5. Pasti para penumpang berpuas hati dengan berita tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suda tentu terutamanya yang sering berulang alik ke Labuan.

      Delete
  6. kenderaan komersial ja ada diskaun? kenderaan persendirian tiadala kn mksdnya?

    ReplyDelete
  7. bgslah jika tambang dikurangkan separruh.

    ReplyDelete
  8. tapi lebih baik jika jambatan menghubungkan labuan dibina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bajet yang lebih besar perlu disediakan jika ingin mewujudkan satu jambatan yang menghubungkan labuan.

      Delete
  9. pemberian diskaun 50% ini adalah langkah terbaik setakat ini bagai menyelesaikan beban rakyat yang berulang alik ke Labuan Menumbok..

    ReplyDelete
  10. walaupun ada segelintir pihak yang tidak berpuas hati, bagi saya lebih baik langkah ini dilaksanakan daripada tidak ada langsung..

    ReplyDelete
  11. ada pihak yang meminta supaya diskaun 50% itu ditukar kepada subsidi barangan yang kononnya mahal di Labuan.. tapi bukankah diskaun ini juga turut dinikmati oleh feri mengangkut barang?? sepatutnya harga barangan di Labuan juga akan turun memandangkan tambang feri telah diturunkan separuh..

    ReplyDelete
  12. jika harga barangan di Labuan masih mahal, salahkan saja peniaga.. para peniaga tidak sepatutnya mengekalkan harga barangan ketika tambang feri telah diturunkan..

    ReplyDelete