KUALA LUMPUR : Orang yang
bukan beragama Islam harus menghentikan tuntutan penggunaan nama “Allah”
sebagai rujukan kepada tuhan memandangkan perkataan Arab itu adalah fundamental
kepada kepercayaan Islam, dan eksklusif kepada orang Islam, kata bekas
pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Datuk Dr Ismail Ibrahim seperti dilaporkan
oleh sebuah akhbar berbahasa Melayu.
Ismail berkata dalam
perdebatan terbaru mengenai perkataan Arab untuk tuhan yang mencetuskan
pertikaman lidah antara PAS dan rakan sekularnya DAP, bakal menjadi topik
hangat menjelang pilihan raya akan datang.
“Enough is enough, cukuplah
dengan segala dasar yang lain, termasuk yang termaktub di dalam Perlembagaan
telah dituntut untuk disamaratakan, diberikan hak sama rata, sama rasa di
antara rakyat tanpa mengira sebarang latar belakang sosial, ekonomi dan agama,
maka hak dalam menghayati konsep ketuhanan dalam agama ini, janganlah
direbutkan, dicabar dan dimanipulasikan begitu rupa.
“Nama Allah, dari sudut
falsafah, dari segi takrif dan konsepnya tidak sama dengan 'Tuhan', 'God',
'Lord' dan sebagainya tidak sama dalam penggunaan agama lain,” katanya yang
dipetik dari Sinar Harian.
Ismail kemudian menerangkan
bahawa penggunaan nama “Allah” tidak seharusnya digunakan dalam Kitab Injil
dalam Bahasa Malaysia kerana faktor bahasa dan perbezaan budaya.
Beliau memberi contoh bahawa
orang Arab boleh gunakan perkataan “Wallahi” seberapa banyak yang mereka mahu
dalam perbualan biasa tetapi kata itu berbeza dengan orang Islam di Malaysia
dalam bahasa yang berbeza dan ini berbeza antara sumpah biasa dan terma Syariah
yang diterangkan dalam Quran.
"Maka demikianlah juga
dengan penggunaan nama Allah yang cuba dibandingkan dengan penggunaannya di
dalam bahasa lain, khususnya bahasa Arab, sesungguhnya perbandingan ini
haruslah difahami dari sudut linguisitik dan budaya bahasa itu sendiri antara
bahasa Melayu dan bahasa Arab,"
Tidak menamakan mana-mana
pihak, beliau meminta agar pihak yang cuba memperjuangkan nama
"Allah" untuk agama Kristian supaya menghentikannya. Kristian di
Malaysia berjumlah 9.2 peratus dari penduduk yang berjumlah 28.3 juta orang,
dengan kebanyakan di Malaysia Timur menggunakan Bahasa Melayu dan menggunakan
Allah sebagai rujukan untuk Tuhan mereka.
Beberapa tahun kebelakangan
ini, kedua belah pihak telah bercanggah pendapat berkenaan dengan perkataan
"Allah", dengan umat Islam berpendapat nama tersebut haruslah
ekslusif untuk mengatakan Islam ialah agama monoteistik dan Allah merujuk
kepada agama untuk orang Islam.
Dari segi undang-undang
penggunaan nama Allah kekal tidak dapat diselesaikan, dengan Gereja Katolik
masih dihalang dari menggunakan perkataan tersebut dalam akhbar mingguan mereka
walaupun mahkamah sudah membenarkannya pada 31 Disember 2009.
Ini kerana Menteri Dalam
Negeri memfailkan rayuan pada Januari 2010 untuk menentang keputusan Mahkamah
Tinggi, yang sejak hari itu tidak ada tarikh untuk sesi pendengaran.
Tahun lalu, penghantaran
kitab Injil Alkitab untuk Bumiputera beragama Kristian, dihalang dan dirampas
di pelabuhan, sebelum kerajaan ditekan untuk membenarkan buku tersebut
diedarkan.
No comments:
Post a Comment