ROMPAK......LAPAN
lelaki warga Indonesia didakwa atas tuduhan merompak secara berkumpulan didakwa
di Mahkamah Majistret Kota Tinggi, semalam.
KOTA TINGGI : Lapan lanun
warga Indonesia yang berjaya diberkas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
(Maritim Malaysia) selepas gagal merompak sebuah kapal tangki di Tanjung Stapa,
Pengerang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Mereka ialah Dane, 23;
Hasbullah, 35; Ricky, 37; Trim, 36; Jais, 46; Arjadi, 32; Amie, 37; dan Zul,
34.
Majistret Norshahid Abdul
Malik tidak merekodkan sebarang pengakuan daripada tertuduh sebaliknya
menetapkan 28 Disember bagi sebutan semula kes di hadapan Hakim Mahkamah
Sesyen.
Mengikut kertas pertuduhan,
kesemua tertuduh didakwa melakukan rompakan berkumpulan dengan menggunakan
senjata berbahaya ke atas krew kapal MT Merlion 2 yang berlabuh di perairan
Tanjung Stapa, di sini.
Mereka didakwa melakukan
perbuatan itu bersama dua lagi yang masih bebas pada pukul 2.30 pagi, 11
Disember lalu.
Tertuduh yang berumur antara
21 dan 53 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 395 dibaca bersama Seksyen 397
Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan
sebatan jika sabit kesalahan.
Pendakwaan ke atas kesemua
tertuduh yang tidak diwakili peguam itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa
Raya dari Maritim Malaysia, Juanita Mohd. Said.
Utusan Malaysia pada 12
Disember lalu melaporkan kejayaan Maritim Malaysia menggagalkan cubaan lanun
warga Indonesia dipercayai bersenjatakan parang dan pistol untuk merompak kapal
MT Merlion 2 yang berdaftar di Saint Kitts and Nevis, ketika kapal itu sedang
berlabuh.
Ketika insiden terdapat 12
krew kapal yang terdiri daripada 11 warga Myanmar dan seorang rakyat Singapura
yang kemudian bertindak menyalurkan maklumat.
Berikutan itu, tiga buah bot
Maritim Malaysia bergegas ke lokasi dan sejurus tiba, bot dinaiki kumpulan
lanun tersebut melarikan diri dengan meninggalkan lapan suspek di atas kapal MT
Merlion 2. (UM)
No comments:
Post a Comment