BEKAS Presiden Gerakan, Tun
Dr Lim Keng Yaik meninggal dunia hari ini pada usia 73 umur. Beliau meninggal
dunia pada jam 4.45 petang kelmarin di kediamannya di Petaling Jaya.
Dr Lim menerajui Gerakan
selama hampir tiga dekad sejak tahun 1980 sebelum berundur pada tahun 2007.
Beliau pernah berkhidmat
sebagai Menteri Tenaga, Air Dan Komunikasi sebelum bersara pada tahun yang
sama.
Dr Lim dilahirkan di Perak
dan berkelulusan dari Queens University Belfast, United Kingdom dengan Sarjana
Muda Perubatan dan Pembedahan pada tahun 1964.
Beliau menyertai politik
pada tahun 1968 dan menjadi pengerusi MCA Perak pada tahun 1971, tetapi
kemudiannya menyertai Gerakan pada tahun 1974.
Beliau memenangi kerusi
parlimen Beruas selama 18 tahun sejak tahun 1986 tetapi tidak bertanding dalam
pilihan raya umum 2008.
Sementara itu, Bernama
melaporkan, Dr Lim meninggalkan seorang isteri Toh Puan Wong Yoon Chuan dan
tiga anak.
Selepas berita kematian Keng
Yaik tersebar, warga media memenuhi kawasan luar kediaman mendiang sejak jam
6.30 petang bagi mendapatkan maklumat lanjut daripada anggota keluarganya.
Anaknya, yang juga Ketua
Pemuda Gerakan, Datuk Lim Si Pin ketika ditemui pemberita bagaimanapun enggan
ditemu ramah. Si Pin, yang ditemani setiausahanya, Dominic Lau, turut meminta
pemberita upaya beredar.
"Kami akan maklumkan
tentang berita ini kepada anda esok," kata Dominic.
Keng Yaik dipilih presiden
Gerakan pada 1980 dan menerajui parti itu hingga 2007 sebelum meletakkan
jawatan, dan diganti oleh Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Sementara itu, Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini
mengucapkan takziah kepada keluarga Dr Lim.
Najib berkata mendiang Dr
Lim merupakan seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada negara.
"Jasa dan sumbangan
beliau kepada kerajaan dan parti akan sentiasa dikenang," katanya menerusi
khidmat pesanan ringkas kepada media hari ini.
Dalam mesej tweeter, Najib
berkata Dr Lim menjalankan tugas yang cemerlang sebagai menteri dan pemimpin
Gerakan.
"Negara meratapi
pemergian Tun Dr Lim Keng Yaik. Beliau berkhidmat dengan cemerlang sebagai
menteri dan pemimpin Gerakan. Saya akan merasai kehilangan beliau,"
katanya.
Sementara itu, Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kematian Dr Lim sebagai
satu kehilangan besar kepada negara.
"Saya berasa amat
dukacita apabila mendapat berita tentang kematian Tun Dr Lim Keng Yaik. Saya
ucapkan takziah kepada keluarga mendiang. Ini satu kehilangan besar kepada
negara," katanya menerusi mesej tweeter malam ini. (mkini)
No comments:
Post a Comment