POTONG.....Azizah
bersama-sama John (dua kiri) Isnin (tiga kanan) dan Saridah (empat kanan)
menyaksikan Raymond memotong kek hari jadinya pada majlis rumah terbuka Hari
Natal di rumah kediamannya di Kg Bundu Kuala Penyu.
Oleh : ABU BAKAR ESAH
KUALA PENYU: Negara ini
mempunyai penduduk yang amat beruntung kerana dapat hidup dalam keadaan harmoni
walaupun terdiri dari pelbagai bangsa dan suku kaum dan kepercayaan agama.
Menteri Pembangunan
Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun berkata ianya
lebih bermakna apabila dikalangan rakyat dapat menerima dan menghayati bersama
budaya antara kaum khususnya melalui sambutan perayaan.
“Rakyat di negara ini bukan
setakat menghormati dan menerima budaya sesuatu kaum malah yang lebih indah
apabila kita telah dapat bersama-sama meraikan setiap perayaan yang dimilki
oleh pelbagai kaum yang menjadi penduduk negara ini,” katanya.
Beliau berkata kelebihan itu
telah menjadi kekuatan yang perlu dipertahankan demi memastikan kesejahteraan
hidup di negara ini terus terjamin.
“Sebagai rakyat negara ini
kita sangat beruntung. Semoga kita dapat terus hidup dalam keadaan harmoni.
Inilah kekuatan kita, kelebihan ini perlu kita pertahankan sampai bila-bila,”
katanya.
Beliau berkata demikian
ketika berucap merasmikan majlis Rumah Terbuka Hari Natal dan sambutan hari
jadi ke-55 Tahun Ketua Daerah Kuala Penyu, OKK Raymond Insi, Kg Bundu di sini,
kelmarin.
Hadir sama, Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu, John Teo Mau Sing, Pemangku Ketua Umno
Bahagian Beaufort, Isnin Aliasnih. Naim Ketua Umno Bahagian Beaufort, Datuk
Kimjus Duim dan Ketua Pergerakan Puteri Umno Beaufort, Saridah Mohd Dun.
Sementara itu terdahulu
dalam ucapannya John berkata meraikan setiap perayaan secara bersama dapat
melahirkan suasana yang indah dan lanskap kehidupan sejahtera itu perlu
diteruskan.
Isnin pula berkata, segala
keindahanan yang kita nikmati selama ini tidak terdapat di negara lain. Justeru
beliau mengajak semua penduduk menghargai erti perpaduan dengan menjaganya
dengan baik.
No comments:
Post a Comment