Sunday 23 December 2012

HOSPITAL LAHAD DATU, KLINIK PAKAR 'MENIPU'?




HILUX.......Pesakit (adik saya-bertudung merah) terpaksa menaiki Hilux kerana ketiadaan Ambulan.
 

Oleh : MUTALIB M.D

SETELAH beroperasi selama 10 tahun, Hospital Lahad Datu yang diberi status Hospital Pakar setelah layak memiliki MS ISO 9001:2000; hanya gah pada nama tetapi sinonim dengan 'Hospital Pakar Menipu' setelah membazirkan wang pembayar cukai sejumlah lebih RM200 juta.

Bangunan yang dibina pada 1999 dan mula beroperasi pada April 2002, masih ketiadaan pelbagai pakar seperti Pakar Orhtopedik, Pakar Mata, Pakar X-Ray, Pakar Penyakit Kanser, Pakar ENT dan sebagainya menyebabkan Hospital Lahad Datu hanya setaraf dengan Klinik Desa Ulu Tomani, Tenom.

Hospital yang dikenali sebagai Anne Hospital sekitar 60'an; yang berkapasiti 268 katil, bukan sahaja mengalami krisis tenaga pakar yang serius; malah kebanyakan bangunan dan wad yang memiliki peralatan canggih seperti CT Scan masih dihuni 'Makhluk Halus' kerana belum diguna pakai sepenuhnya akibat ketiadaan pakar.

Walaupun Hospital Pakar ini ditadbir urus dengan baik oleh rakyat tempatan; terutama Dr Tan Hee Ting; namun apa yang mampu beliau lakukan jika Hospital ini ketiadaan doktor yang benar-benar pakar; malah terpaksa menggunakan khidmat doktor pakar yang diimport dari luar negara.

'Doktor Import' di Hospital Lahad Datu bukan sahaja mengalami masalah komunikasi kerana tidak fasih berbahasa Melayu atau Inggeris; malah tidak mempunyai 'know how' dan tidak tahu menggunakan peralatan canggih yang disediakan untuk hospital ini.




KASIHAN.....Kenapa adik saya harus menerima layanan sebegini rupa sedangkan Ambulan Hospital Lahad Datu tercanggih di Malaysia?

 




TERIMA KASIH....... Pesakit, suami (baju biru) dan pengiring (tengah) merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr Tan Hee Ting (tiada dalam gambar) dan Juru Rawat Pengiring, Suryani kerana prihatin membantu memudahkan urusan perpindahan pesakit.


Walaupun Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Rashid Shirlin berasal dari Sabah; namun kiblat beliau lebih menjurus ke Semenanjung dan Papar sehingga semua hospital di Sabah mengalami pelbagai masalah termasuk ketandusan doktor pakar dan prasarana.

Persoalannya, apakah semua Hospital Pakar di Sabah hanya layak mendapat khidmat 'Doktor Haiwan' dan bukannya Doktor Pakar untuk manusia yang selama ini tidak jemu memberi undi sekalipun terus ditipu dan menjadi mangsa tipu oleh Wakil Rakyat BN yang gemar melahirkan janji palsu di katil bersalin atau katil pesakit.

Contoh terbaru ialah insiden yang menimpa adik saya sendiri yang 'Disahkan' mengidap penyakit kanser setelah Hospital Lahad Datu menghantar sampel ketubuhan ke Klinikpath untuk pemeriksaan lanjut.

Namun oleh kerana tidak ada Doktor Pakar Kanser di Hospital Lahad Datu, maka adik saya terpaksa diterbangkan ke Hospital Likas di Kota Kinabalu untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Mungkin anda tidak percaya kerana di Hospital Lahad Datu yang serba canggih ini kekurangan Ambulan, sehingga adik saya terpaksa menaiki 'Hiluk' yang digunakan sebagai kenderaan memasuki ladang; untuk menghantar beliau ke Lapangan Terbang Lahad Datu.

Entah kenapa Hospital Lahad Datu enggan menanggung kos perpindahan adik saya dari Hospital Lahad Datu ke Hospital Likas; sedangkan mereka yang mencadangkan pemindahan adik saya untuk mendapatkan rawatan lanjut; sehinggalah Pengarah Hospital Lahad Datu, Dr Tan Hee Ting campur tangan.

Tidak cukup dengan itu, adik saya yang sedang mengandung lapan bulan dan tidak boleh berjalan kerana komplikasi kanser; terpaksa bersusah payah menaiki tangga kapal terbang ATR yang terlalu sempit kerana  hanya itulah satu-satunya jenis kapal terbang yang boleh mendarat di Lapangan Terbang Lahad Terbang Lahad Datu yang semakin antik.



ANTIK......Walaupun kapal terbang ATR masih baru, namun lapangan terbang Lahad Datu sudah layak dikategorikan sebagai antik.


Mungkin semua Wakil Rakyat Lahad Datu termasuk Ahli Parlimennya, Haji Salleh Kalbi dan ADUNnya, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur terlalu sibuk berpolitik sehingga mereke lupa tugas mereka untuk memastikan Hospital Pakar Lahad Datu benar-benar Pakar dan terus membiarkan hospital ini terpinggir dari segala-galanya.

Lembaga Pelawat Hospital yang dilantik di kalangan ahli politik, teruma komponen BN hanya menjadikan jawatan mereka sebagai 'Koleksi' dan sentiasa merasa bangga walaupun ibu bersalin dan pesakit terpaksa bersetinggan di luar bilik wad kerana semua katil penuh.

Mungkin tiba masanya Lahad Datu mempunyai Medical Centre sendiri seperti SMC di Damai atau dinaiktaraf seperti Hospital Likas yang serba canggih; walau selama ini hanya menjadi 'Syurga PATI' yang mendapat rawatan dalam keadaan serba mewah.

72 comments:

  1. Mungkin itulah yang terbaik untuk Lahad Datu mendapat kemudahan yang terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelengkapan dan perkhidmatan harus sentiasa dalam keadaan yang memuaskan.

      Delete
    2. Peruntukan haerus diberi untuk naik taraf.

      Delete
  2. Untuk pengetahuan semua, doktor pakar di Negara kita kurang. Maka sebab itulah banyak doktro pakar diambil daripada luar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doktor pakar tempatan kebanyakan berkhidmat di lur negara selepas tamat pelajaran.

      Delete
  3. Samada menghantar pakar ke hospital LD dalam kadar segera atau mengswastakan Klinik Pakar yang tidak berfungsi dengan sempurna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus mengambil langkah yang bijak sekiranya ada kes pesakit yang kecemasan.

      Delete
    2. Tambahan doktor pakar adalah diperlukan.

      Delete
  4. Masalah ketiadaan doktor pakar di Hospital Lahad Datu menyebabkan hak rakyat untuk mendapat perkhidmatan kesihatan terbaik telah dinafikan oleh Kementerian Kesihatan dan ianya bercanggah dengan Konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isu kekurangan doktor pakar harus ditanggani dengan baik agar pesakit tidak diabaikan dan mengancam nyawa.

      Delete
    2. Jabatan Kesihatan harus mengambil langkah yang serius.

      Delete
  5. Kerajaan Barisan Nasional, kata Salleh amat prihatin terhadap kebajikan rakyat, namun ketidak cekapan Jabatan Perubatan Sabah menangani keperluan Hospital Lahad Datu menyebabkan rakyat mencemuh Wakil Rakyat dan Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  6. ...terpaksa menaiki 'Hiluk' yang digunakan sebagai kenderaan memasuki ladang; untuk menghantar beliau ke Lapangan Terbang Lahad Datu.

    Tidak adalah sekurang-kurangnya dihantar daripada pergi sendiri.

    ReplyDelete
  7. Entah kenapa Hospital Lahad Datu enggan menanggung kos perpindahan adik saya dari Hospital Lahad Datu ke Hospital Likas..

    Kos perpindahan perlulah ditanggung sendiri. Lagi pun berkorbanlah sikit untuk adik-beradik. Ini cadangan yang baik untuk memastikan adik cepat sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah kos ini harus ditanggung oleh pihak hospital?

      Delete
  8. Harap masalah di Hospital Lahad Datu akan dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  9. Perkara ini perlu penjelasan daripada pihak2 yang berkenaan seperti KKM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penjelasan diperlukan dan tindakan wajar untuk menanggani isu juga diperlukan.

      Delete
  10. Kekurangan doktor pakar memang antara masalah yang perlu segera diatasi. sebaiknya ramai graduan tempatan dalam bidang perubatan barulah tidak perlu diimport.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan pula memberi sebab kerana gagal memberi perkhidmatan yang wajar kepada pesakit.

      Delete
  11. semoga perkhidmatan hospital ini akan dapat diperbaiki dari masa ke semasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma sikap membaiki status yang boleh lebih maju.

      Delete
  12. Kualiti perkhidmatan harus sentiasa dipertingkatkan.

    ReplyDelete
  13. Jabatan Kesihatan harus mencari cara unutk membaiki lagi kelemahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sentiasa memantau dsan membaiki kelemahan agar rakyat juag berkeyakinan dengan servisnya.

      Delete
  14. May be a great idea to privatize the Hospital in LD.

    ReplyDelete
  15. Jangan pula mengambil risiko yang mengancam nyawa pesakit. Langkah mencegah harus diambil.

    ReplyDelete
  16. Pakar-pakar doctor yang berkhidmat di luar negara harus mempertimbangkan untukbalik dan berkhidmat untuk rakyat sendiri di Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan berjanji ada beratusan doktor akan balik dan berkhidmat di negara.

      Delete
  17. Ahli Lembaga Pelawat Hospital boleh membantu dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan sesebuah hospital agar orang ramai dapat menikmati kemudahan yang lebih baik dengan memainkan peranan secara proaktif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kualiti kelengakapan dan mesin harus sentiasa dalam keadaan yang terbaik.

      Delete
  18. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Ismail Taib berkata, mereka bukan setakat menerima aduan, tetapi juga melontarkan pandangan dalam memastikan perkhidmatan perubatan sentiasa dalam keadaan baik.

    ReplyDelete
  19. Mereka juga menjadi penyumbang idea kepada pihak hospital dalam memastikan peningkatan mutu terhadap perkhidmatan perubatan dapat diteruskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idea yang baik boleh dikemukakan untuk membaiki lagi perkhidmatan dan perubatan.

      Delete
  20. setiap masalah yang dihadapi oleh sesebuah hospital sewajarnya dibawa berbincang secara bersama dan bukannya diadukan kepada pihak tidak bertanggungjawab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bincanglah dengan hati yang tenang dan terbuka semam menghadapi masalah.

      Delete
  21. Setiap masalah pastinya mempunyai jalan penyelesaian dan kita seharusnya bertukar-tukar pendapat serta mencari idea dan buah fikiran bagi membantu perkhidmatan yang dijalankan lebih cekap dan berkesan.

    ReplyDelete
  22. Ini kerana masyarakat setempat sentiasa meletakkan harapan yang tinggi terhadap mutu yang disediakan dan kita semua memainkan peranan penting.

    ReplyDelete
  23. Pada masa yang sama, kita berharap sumbangan itu nanti dapat membantu serba sedikit masalah yang dihadapi dalam memastikan transformasi perkhidmatan kesihatan yang lebih cekap dan efisien serta mesra pelanggan.

    ReplyDelete
  24. Pihak hospital juga harus bertanggung jawab untuk naik taraf agar semua pesakit mendapat rawatan yang wajarnya.

    ReplyDelete
  25. Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) mencadangkan supaya kerajaan Pusat membina sebuah universiti perubatan di Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketika membuat gesaan itu, ketuanya, Datuk Jamilah Sulaiman berkata, universiti itu diyakini akan dapat melahirkan doktor, pegawai perubatan dan jururawat terlatih.

      Delete
    2. “Para pelajar kelahiran universiti itu mesti disyaratkan untuk berkhidmat di Sabah sekurang-kurangnya 10 tahun sebelum mereka dibebaskan bekerja di tempat lain,”

      Delete
    3. Jamilah berkata, kekurangan doktor pakar di hospital kerajaan di setiap daerah di Sabah merupakan masalah yang berlarutan sejak sekian lama.

      Delete
  26. Jumlah pesakit di kalangan rakyat Malaysia kian meningkat tahun demi tahun. Bukan sahaja keluhan pesakit yang terpaksa menunggu lama di hospital dan klinik kerajaan bahkan ia turut berlaku di hospital swasta. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengakui perkara ini berlaku berikutan masalah kekurangan doktor pakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah kekurangan kepakaran adalah dilema utama kita. Hampir setiap klinik pakar hospital mengalami masalah ini dan usaha menambah jumlah pakar sedia ada adalah satu cabaran besar.

      Delete
  27. Masalah kekurangan kepakaran adalah dilema utama kita. Hampir setiap klinik pakar hospital mengalami masalah ini dan usaha menambah jumlah pakar sedia ada adalah satu cabaran besar.

    ReplyDelete
  28. Pesakit yang datang ke klinik pakar sekarang perlu membuat temu janji terlebih dulu mengikut giliran yang membabitkan jumlah pesakit yang ramai. Sudah pasti ia memberi kesan daripada segi tempoh masa memberikan rawatan.

    ReplyDelete
  29. Di seluruh negara, kita hanya ada lebih kurang 2,500 doktor pakar. "Yang boleh saya katakan, jumlah ini terlalu kecil berbanding jumlah pesakit yang bertambah saban hari. Pun begitu, ia masih terkawal." kata Tiong Lai.

    ReplyDelete
  30. Pada masa ini, kementerian cuba menyasarkan untuk melahirkan 800 pakar setiap tahun bagi menampung keperluan ini. Bukan setakat doktor pakar, malah usaha dipertingkatkan untuk menambah jumlah doktor sedia ada kerana ia juga tidak memadai dengan keperluan negara setakat ini.

    ReplyDelete
  31. Untuk itu, kementerian akan berusaha melahirkan 4,500 doktor setiap tahun. Apa pun langkah perlu diambil dalam memastikan bekalan sumber manusia yang mencukupi untuk menyokong pengembangan dan penyampaian perkhidmatan kesihatan.

    ReplyDelete
  32. Keupayaan latihan di tujuh universiti awam dan lima kolej perubatan swasta perlu dipertingkatkan bagi melatih lebih ramai doktor, doktor gigi dan ahli farmasi.

    ReplyDelete
  33. Integrated Healthcare Holdings Bhd (IHH), sayap penjagaan kesihatan Khazanah Nasional Berhad kini berada dalam kedudukan terbaik untuk menarik semula kemasukan doktor dan pakar perubatan (rakyat Malaysia dan lain-lain) yang bekerja di luar negara, untuk berhijrah kembali ke tanah air.

    ReplyDelete
  34. Dengan kembalinya kumpulan pakar ini ke Malaysia, mereka boleh bertindak menjadi pelatih untuk melatih kumpulan doktor muda Malaysia, seterusnya membantu meningkatkan lagi aktiviti pembangunan modal insan tempatan ini pada tahap kelas dunia.

    ReplyDelete
  35. Langkah transformasi yang diambil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam melaksanakan Model Baru Ekonomi (MBE), khususnya dalam bidang penjagaan kesihatan, kini mula memperlihatkan hasilnya, iaitu mentransformasikan Malaysia antara penggiat utama dalam sektor penjagaan kesihatan dunia.

    ReplyDelete
  36. Kerap kali kerajaan menyatakan hasrat untuk berundur daripada terbabit dalam perniagaan dan sebaliknya membenarkan sektor swasta mengambil peranan sebenarnya dalam perniagaan dan pembangunan ekonomi.

    ReplyDelete
  37. Perniagaan kesihatan memerlukan modal besar dan teknologi baru canggih jadi ia tidak mungkin bertapak tanpa pembabitan awal oleh kerajaan. Ini yang dimainkan oleh Khazanah.

    ReplyDelete
  38. Namun apabila tiba masanya, ia mesti menarik diri. Ini bererti, kerajaan perlu beransur-ansur berundur, memberikan ruang kepada sektor swasta ambil peranan sebagai pengawal selia bagi memastikan semuanya lancar tanpa terlalu banyak campur tangan.

    ReplyDelete
  39. Ramai sedia maklum syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mempunyai nilai pasaran sehingga 30-40 peratus di Bursa Malaysia. Peratusan tinggi ini membawa masalah kecairan atau mudah tunai dalam pasaran.

    ReplyDelete
  40. Berdasarkan cadangan dalam Model Baru Ekonomi, telah dikenal pasti 33 GLC dengan 21 GLC bagi tujuan pelupusan sepenuhnya; lima pelupusan separa dan tujuh penyenaraian penuh di bursa.

    ReplyDelete
  41. Bagi memperlihatkan kesungguhan, Perdana Menteri sendiri mempengerusikan mesyuarat yang sering diadakan untuk memantau serta menyemak perkembangannya. Setakat ini, 13 syarikat sudah dilupuskan, 11 daripadanya selesai pada 2011.

    ReplyDelete
  42. Assistant State Resource Development and Information Technology Minister Datuk Jainab Ahmad said the new clinics are located in Kampung Likas, Tanjung Aru, Kepayan and Telipok here and in southwestern Sipitang.

    ReplyDelete
  43. “More 1Malaysia clinics will be built this year in areas such as Beaufort, Kinabatangan, Kota Belud, Lahad Datu, Pitas, Sandakan and Tenom.”

    ReplyDelete
  44. The clinics, as part of the Cost of Living NKRA initiatives, are not only situated in rural locations as the residents in the urban areas also require access to affordable healthcare.

    ReplyDelete
  45. “Many are in the low-income group and they need help because of the higher cost of living.

    ReplyDelete
  46. Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan membelanjakan kira-kira RM4 juta setahun untuk Perkhidmatan Doktor Udara di Sabah.

    ReplyDelete
  47. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, berkata jumlah itu adalah bagi menyewa dua buah helikopter yang akan masuk ke 40 kampung di seluruh negeri ini.

    “Perkhidmatan ini akan ke kampung yang tidak dapat dilawati melalui jalan darat atau air. Doktor udara hanya ada di Sabah dan Sarawak.

    “Pasukan dengan doktor, jururawat dan doktor gigi ini akan masuk ke kampung-kampung setiap bulan untuk memberi perkhidmatan,”

    ReplyDelete
  48. kementerian sentiasa peka terhadap keperluan masyarakat negeri ini dengan menyediakan program dan kemudahan kesihatan yang sama seperti di Semenanjung.

    ReplyDelete
  49. Sabah ketika ini mempunyai tujuh Klinik 1Malaysia dengan tambahan 13 buah menjelang hujung tahun menjadikan jumlahnya 20 daripada 150 di seluruh negara.

    ReplyDelete
  50. kementerian tidak membezakan program di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak sebaliknya memberi pengecualian tertentu untuk negeri ini bagi menyesuaikannya dengan bentuk muka bumi Sabah.

    ReplyDelete
  51. kementerian juga akan menaiktaraf kemudahan bot bagi Klinik Bergerak 1Malaysia di Sungai Kinabatangan kepada bot yang lebih baik.

    ReplyDelete
  52. Salam. Jangan terlalu salahkan kerajaan. Kerajaan sentiasa inginkan yg terbaik utk rakyat. Kekurangan bajet serta kekurangan anggota menyebabkan operasi menjadi serba kekurangan. Kita sbgai rakyat kena memahami keadaan negara kita.

    ReplyDelete