Sunday 23 December 2012

RAKAN COP BERI IMPAK POSITIF






KENANGAN.... Supt Fadzil (satu dari kiri bersama pegawai-pegawai Kanan PDRM yang  turut menyertai program tersebut.

OLEH: SHAIMON S JUMADI

MASYARAKAT setempat disaran supaya  membantu kepada pihak polis dalam memberikan maklumat  mengenai adanya kegiatan jenayah sekeliling. Dengan adanya bantuan dan kerjasama rapat antara orang awam dengan pihak polis; sedikit sebanyak akan dapat membanteras kegiatan jenayah walaupun tidak secara mendadak.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Supt Fadzil Mohd Ali berkata kepada Sabahkini.Net semasa ditemubual ketika mengetuai program Hari PDRM Bersama Pelanggan IPD Sandakan yang diadakan di Blok 14, Taman Mesra petang kelmarin.

Katanya, dengan kecekapan dan kepantasan pihak polis dalam membanteras  jenayah ini jelas indeks kadar jenayah di daerah Sandakan sepanjang tahun 2012 ini agak menurun.

Fadzil berkata lagi, Rakan Cop diwujudkan adalah medium perantara untuk merapatkan jurang antara polis dan masyarakat ia mengambil konsep yang  mudah dan praktikal untuk merealisasikan ikatan hubungan kukuh dengan orang ramai melalui pendekatan yang lebih jelas, lebih mudah bersepadu dan tersusun.

Katanya lagi, Rakan Cop adalah bersifat “Community Oriented Policing” dan “Smart Partnership”. Melalui pendekatan menggalakkan orang ramai menggembleng tenaga untuk memerangi jenayah dan  apa jua masalah keselamatan.

Tambah Fadzil lagi, antara impak positif dan pelaksanaan  program Rakan Cop  yang pertama memberi kesan sivik kepada masyarakat setempat mengenai pelbagai sudut keselamatan
Dengana mengeratkan hubungan mesra antara polis dan masyarakat, maka akan meningkatkan lagi keyakinan rakyat kepada polis dan agar dapat memberi maklumat yang tepat untuk manfaat seluruh masyarakat.

Katanya, program sebegini mendapat sambutan agak menggalakan daripada masyarakat dan mereka tidak segan untuk tampil ke hadapan untuk melaporkan segala kelemahan-kelemahan PDRM dan juga yang berkaitan dengan jenayah.

No comments:

Post a Comment