SANDAKAN : Tahap kebersihan
dan pembaikpulihan terhadap tandas awam di Bandar ini kurang mendapat perhatian
dari mana-mana pihak. Tandas ini berkedudukan di Pasar Sim-Sim yang juga berada
di kawasan DUN N.46 Tanjong. Papat.
AJK Pemuda SAPP Zon Sandakan
Shahrizan bin Jainal telah menerima aduan daripada pengguna tandas berkenaan
yang dilaporkan dan terus bergegas ke kawasan tersebut bagi memantau permasalahan yang timbul.
Shahrizan berkata, para
pengguna yang menggunakan tandas ini berasa kesal kerana tandas ini tidak
dititikberatkan dan tidak diselenggarakan dengan baik bukan saja dari segi
kebersihan tapi juga tersumbat. Ini bukan sahaja menyulitkan para pengguna
tetapi amat memalukan kepada negara kita dimana setiap kali pelancong asing
yang datang ke pasar ini,mereka juga akan menggunakan tandas tersebut.
Apabila ditanya kepada
penjaga tandas tersebut yang juga seorang wanita warga asing, ”Kenapa tandas
ini tidak diselenggarakan? ” Jawab beliau, masalah ini pernah dikemukakan
kepada Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), tetapi jawab mereka ini adalah
dibawah jagaan Jabatan KerjaRaya Sandakan (JKR). Tetapi apabila di tanya kepada
Jabatan KerjaRaya, jawab mereka, “Ini dikawal oleh MPS bukan JKR”. Masalah ini
telah berlarutan sudah sebulan lamanya, namun tiada juga tindakan yang di ambil
untuk setakat ini.
Shahrizan mempersoalkan,
dimanakah tanggungjawab pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah ini?
Adakah dengan Bayaran 30 sen yang dikenakan kepada pengguna hanya sekadar untuk
membayar gaji penjaga tandas atau untuk kerja penyelenggaraan?
Pihak yg bertanggungjawab mesti ambil tindakan serius perkara ini.pihak berkuasa harus pantau pekerja asing yg semakin ramai di skn.
ReplyDelete