Saudara Pengarang,
MULAI 1 Jan 2013, semua
pemilik kenderaan di Labuan yang dikehendaki membuat deklarasi kenderaan masing-masing
melalui borang Kastam K1 setahun sekali sebelum keluar dari Labuan.
Sistem ini telah
dilaksanakan semula oleh KDRM dengan alasan ada pemilik kenderaan tidak membawa
balik kenderaan mereka setelah habis tempoh 90 hari (dalam setahun). Jika tiada
deklarasi dan bon; maka Jabatan Kastam tidak dapat menghadapkan pemilik
kenderaan ke mahkamah.
Kami mewakili Unit Pencari
Kebenaran Rakyat ingin bertanya kepada KDRM;
Pertama : Kastam telah
melantik agen perkapalan S & V Services untuk mengisytiharkan semua
kenderaan yang hendak keluar dari Labuan dengan bayaran sebanyak RM100 untuk
sebuah kereta.
Kami hendak bertanya KDRM,
kenapa rakyat perlu berurusan dengan agen yang dilantik oleh KDRM? Adakah
pegawai atasan kastam mempunyai agenda tersendiri seperti bekas Ketua Pengarah?
Bukankah semua pemilik
kenderaan sebelum keluar dari pulau bebas cukai ada mengisi borang perakuan yang
disediakan oleh KDRM Labuan sebelum dimasukkan ke dalam komputer KDRM.
Bukankah semua pemilik
kenderaan perlu fotokopi kad kenderaan bersama Kad pengenalan dan tandatangan
borang Maklumat Kenderaan dan Pemilik sebelum kastam mengeluarkan Kad e VIS
(E21A)?
Adakah Sistem komputer KDRM
Labuan masih lagi dalam tahun 80-an? Bukankah dengan satu klik, sudah tahu kenderaan mana yang tidak balik ke
Labuan selepas habis tempoh?
Kami tidak berniat untuk memfitnah
KDRM, tetapi maklumat yang kita terima daripada orang awam dan atas risikan Unit
Pencari Kebenaran, kenyataan yang kami paparkan di artikal ini adalah benar.
Kedua ; Kereta yang tidak
balik ke Labuan selepas habis tempoh; kebanyakannya kereta mewah dan pemiliknya
semua kebanyakan kawan rapat atau ada
hubungan dengan pegawai KDRM.
Kami juga mendapat maklumat
ada sebuah kereta mewah dimiliki oleh seorang penyeludup terbesar di Kota
Kinabalu yang tidak membayar cukai dan sudah bertahun kenderaan tersebut berada
di Sabah.
Namun tiada tindakan dari
cawangan pencegah kerana difahamkan semua pegawai di Kota Kinabalu sampai ibu
pejabat di Putrajaya dalam 'pay roll' KING Penyeludupan Sabah ini.
Sebenarnya, penyelewengan di
KDRM berhubung kes kenderaan Labuan yang dibawa keluar tetapi tidak balik ke
Labuan kerana pemilik kenderaan hanya perlu membayar RM250 hingga RM350 kepada
pegawai KDRM untuk cop Kad e-VIS untuk 2 hari setiap 3 bulan.
Kenderaan tersebut sudah
berada di Sabah 90 hari atau lebih. Kenderaan berkenaan tidak perlu dihantar
balik ke Labuan kerana mereka hanya perlu serahkan kad -eVIS kepada Ejen
Perkapalan.
Daripada maklumat yang kami terima
ialah agen yang kini dilantik oleh KDRM untuk berurusan dengan KDRM untuk di
cop 3 atau 5 hari bagi setiap 3 bulan. Inilah cara pegawai KDRM cari makan
pegawai KDRM dan akhirnya rakyat yang disusahkan.
Adakah logik RM100 untuk deklarasi
sebuah kereta dengan pihak KDRM? Bukankah agen sekarang semua guna sistem
komputer yang sudah link dengan kastam? Bukankah caj yang dikenakan agen lebih
mahal dari tambang feri untuk mengangkut kenderaan ke Labuan. Tambang tiket
sebuah kereta untuk pulang balik ke Sabah hanya seratus sahaja. Dalam Budget
2013, Kerajaan beri subsidi 50% untuk tambang feri bagi mengurangkan beban
penduduk di Labuan.
Persoalan di sini ialah
salah siapa? Rakyat atau Pegawai Kastam? Siapa yang merosakkan sistem kerajaan
yang sedia ada?
Cuba pembaca Sabahkini.net
tengok di Sabah dan Sarawak tentang rokok dan minuman keras yang dijual di
kedai kopi dan pusat hiburan. Bukan semuanya 80% tidak bayar cukai. Ibu pejabat
kastam ambil Labuan sebagai Kambing Hitam dan sebenarnya semua rokok dan
minuman keras masuk terus ke Pelabuhan Sepanggar Bay dan Gudang Berlesen di Sandakan,
Tawau dan Kota Kinabalu.
Di Sarawak pula, rokok dan
minuman keras masuk di pelabuhan Sibu, Bintulu dan Kuching dan kemudian ditarik
keluar dengan mengisytiharkan sebagai barang tidak bercukai. Di Semenanjung pun
sama juga masuk 'Bonded Warehouse' dan guna 'tax stamp' palsu yang dijual
sekeping RM0.30 sen kepada sindiket penyeludup.
Kontena yang bersusun susun
di pelabuhan dan gudang berlesen di Sabah dan Sarawak untuk ditarik keluar,
tidak termasuk seperti Imported Jubin, Barangan Elektrik, Sayap Ayam (Tiada AP)
Yang hebat sekali ialah
menjual minyak diesel subsidi oleh bot pembekal di perairan Labuan. Pernahkah
pihak berkuasa seperti kastam tangkap?
Ketiga ; macam mana dengan
kes Bekas Ketua Pengarah Kastam, Dato' Seri Khalid? Sekarang Timbalan Ketua
Pengarah KDRM pun orang Sarawak dan patutlah aktiviti kroni penyeludpan mereka
di Sarawak dan Sabah berjalan dengan lancar menggunakan pelabuahan dan gudang
berlesen.
Untuk makluman SPRM. Sila pantau
di semua pelabuhan dan lokasi gudang berlesen tersebut di atas kerana kastam yang
bersubahat dengan sindiket penyeludupan dan juga sindiket mengunakan 'tax stamp
palsu' kastam di KL.
Nanti kami akan salurkan
maklumat 'A' terus ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya. Kepada semua Pengarah
& Pegawai Pihak berkuasa jabatan kerajaan Malaysia. Insaflah kerana baki
pahala anda tidak mencukupi untuk anda ke syurga. Sila tambah nilai amalan anda
sebelum tarikh hayat anda luput.
Marilah kita bersama-sama
membongkarkan kegiatan salah gunakuasa dan rasuah di jabatan KDRM kepada
SPRM.kita akan bongkarkan satu demi satu dari bekas Ketua Pengarah hingga
terkini di artikal kami akan datang.
Salam Hormat.
UNIT PENCARI KEBENARAN
RAKYAT.
No comments:
Post a Comment