Saudara Pengarang,
DEWAN Pemuda PAS Negeri
Sabah terlebih dahulu ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kenyataan
balas daripada Aksyah Bin Nasrah, Timbalan Pengarah (Operasi) Suruhanjaya
Pilihanraya (SPR) Negeri Sabah berhubung dakwaan keterlibatan secara langsung
dalam politik UMNO dengan memegang jawatan Ketua Penerangan Pemuda UMNO
Bahagian Kinabatangan.
Sungguhpun beliau sudah
menjawab kenyataan dengan memberikan gambaran bahawa beliau sudah lama meletak
jawatan dalam Pemuda UMNO sebelum terlibat sebagai pegawai di SPR Sabah, namun
itu bukanlah satu jaminan kukuh bahawa beliau tidak terlibat sepenuhnya.
Persoalannya:
1. Adakah benar Aksyah Bin
Nasrah sudah meletak jawatan dalam UMNO?
2. Dengan memegang jawatan
penting dalam Pemuda UMNO, adakah Aksyah Bin Nasrah benar-benar ‘bersih’ dan
tidak 'berat sebelah' terhadap parti yang diwakilinya?
Hasil siasatan kami,
mendapati Aksyah Bin Nasrah mempunyai peranan penting dalam memenangkan UMNO
dalam Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu serta beberapa Pilihanraya Kecil (PRK)
samada secara langsung mahupun tidak atau di belakang tabir.
Oleh kerana itu, pihak Dewan
Pemuda PAS Negeri Sabah khuatir sekiranya Aksyah Bin Nasrah masih memegang
jawatan SPR, pelbagai kemungkinan yang tidak mustahil bakal berlaku dan
sekaligus mencacatkan integriti SPR di kaca mata rakyat Malaysia.
Perlu diketahui secara lebih
jelas bahawa, keberadaan Saudara Aksyah Bin Nasrah dalam kepimpinan SPR
terutama di peringkat negeri akan terus menghakis kepercayaan rakyat terhadap
kepentingan serta keadilan mengurus demokrasi Malaysia dan kepatuhan terhadap
sistem kepercayaan orang ramai khususnya rakyat Malaysia berkaitan kewibawaan,
ketelusan dan kelangsungan dalam pengurusan pilihanraya yang dikaitkan dengan
SPR.
Justeru, Dewan Pemuda PAS
Negeri Sabah mendesak agar Aksyah Bin Nasrah mesti meletak jawatan daripada
memegang sebarang jawatan yang berkaitan SPR secara terhormat bagi menjaminketelusan
dan meningkatkan integriti badan pilihanraya negara yang semakin suram sejak
akhir-akhir ini.
Salam Hormat,
LAHIRUL LATIGU
Ketua Pemuda Dewan Pemuda
PAS Negeri Sabah
No comments:
Post a Comment