Sunday, 23 December 2012

SHAFIE SOKONG SPRM TAPIS CALON PRU





           
NAIB Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan cadangan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menapis terlebih dahulu senarai calon pilihan raya umum ke-13 sebagai langkah wajar.
   
Langkah itu katanya, dapat mengelak masalah lebih besar dan menyusahkan rakyat jika calon tersebut bermasalah dan terbabit rasuah selepas pilihan raya berlangsung.
   
"Saya sokong penuh perkara ini kerana ia untuk kebaikan. Ini penting kerana kita tidak mahu nantu calon itu bermasalah dan terpaksa buat pilihan raya kecil pula selepas itu yang membabitkan perbelanjaan lain dan merumitkan rakyat," katanya kepada pemberita selepas melawat Projek Penempatan Semula Nelayan Tok Bali, di Pasir Puteh hari ini.
   
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Datuk Johan Jaafar yang dilapor media mencadangkan agar kerajaan mewajibkan parti politik mengemukakan senarai calon mereka kepada SPRM terlebih dahulu.
   
Mengulas lanjut, Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Wilayah Dan Luar Bandar, berkata perkara itu diamalkan BN selama ini bagi memastikan tidak ada masalah timbul apabila tiba hari penamaan calon.
   
Namun katanya adalah lebih baik jika parti dan calon yang bakal bertanding berbuat demikian secara sukarela.
   
Mengulas perkara berbeza, Mohd Shafie berkata kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa menentang Umno adalah untuk mencegah kemungkaran merupaka ketaksuban politik yang membawa kehancuran.
   
Sehubungan itu beliau menggesa rakyat, terutama umat Islam menimbang sebaik-baiknya kenyataan Menteri Besar Kelantan berkenaan.
   
Semalam Nik Abdul Aziz berkata beliau akan tetap bertanding dalam pilihan raya umum akan datang selagi bangsa Melayu masih menyokong Umno yang disifatkannya sebagai satu perbuatan mungkar.

Mengulas projek penempatan semula nelayan Tok Bali itu, Mohd Shafie berkata ia satu lagi bukti kerajaan pusat sama sekali tidak mengabaikan Kelantan walaupun tidak diperintah BN.
   
"Kerajaan BN sangat menjaga kepentingan rakyat. Yang mana layak dapat pembelaan kita akan bela," katanya.
   
Projek bernilai RM30.88 juta itu dibangunkan di atas tanah seluas lebih 38 hektar merangkumi pembinaan 300 unit kediaman, surau, tadika serta dewan serbaguna. Pembinaan fasa pertama akan bermula pertengahan Januari ini. (Bernama)

46 comments:

  1. Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, cadangan ini patut dipersetujui semua parti politik dan calon yang akan bertanding pada PRU13 nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menurutnya, selain tapisan SPRM, ia sepatutnya melibatkan juga soal salah laku moral yang lain.

      Delete
    2. Mungkin parti tidak mempunyai maklumat lengkap mengenai seseorang calon, terutamanya kes melibatkan rasuah, kes dalam siasatan dan pelbagai kes lain, termasuk bankrap.

      “Cadangan ini menjimatkan masa dan wang selain memastikan kredibiliti politik dan amalan demokrasi negara lebih telus dan dihormati, ia juga sepatutnya melibatkan soal salah laku moral lain,” katanya

      Delete
    3. Cadangan yang baik untuk memastikan calon yang benar berkeupayaan dan bersih dari unsur negatif.

      Delete
  2. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pula berkata, cadangan ini dipersetujui dan diamalkan kepimpinan Barisan Nasional (BN) bagi menjamin integriti calon yang akan bertanding.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menurutnya, calon-calon BN sebelum ini bukan sahaja ditapis SPRM malah oleh pihak polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Insolvensi dan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi memastikan calon tiada masalah.

      Delete
  3. Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Datuk Johan Jaafar berkata, cadangan ini membabitkan semua parti politik dan individu bertanding calon Bebas, termasuk Ahli Parlimen yang dicalonkan semula atau pertama kali bertanding.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cadangan ini perlu dikaji dan tidak mungkin dilaksanakan di PRU13 ini.

      Delete
  4. “Senarai calon adalah satu proses yang berterusan.(Walau bagaimanapun) Sampai saat kita umumkan, sudah tentu proses ini boleh berubah… maknanya, walaupun kita ada senarai, kalau ada input dan maklumat terkini, (ia boleh diubah). Selagi belum diumumkan, nama itu boleh dipindah,” kata Najib.

    ReplyDelete
  5. Senarai calon BN akan melalui proses tapisan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dimuktamadkan.

    ” …di mana kita merujuk nama-nama calon ini kepada SPRM, dan jika mereka mempunyai fail yang masih boleh dipertikaikan, maka mereka tak mungkin lulus tapisan SPRM,” katanya.

    ReplyDelete
  6. setiap calon kena ditapis, pastikan calon terbaik dipilih.

    ReplyDelete
  7. calon baik akan mendapat sokongan rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat bijak menilai calon manakah yang benar berkemampuan memperjuangkan masa depan yang cerah dan stabil untuk rakyat.

      Delete
  8. Nik Aziz sememangnya pernah mengeluarkan kenyataan akan bertanding lagi pada PRU 13. Malah kenyataan itu disambut baik pengikut khawarij dengan gembira. Ini membuktikan betapa Nik Aziz sememangnya belum puas dalam arena politik.

    ReplyDelete
  9. Tetapi cuba kita berfikir sejenak. Dalam satu masa lepas, Nik Aziz pernah menyatakan bahawa sekiranya Tun M berundur, maka Nik Aziz akan melepaskan segala jawatannya dan akan bersara.

    ReplyDelete
  10. Namun sampai ke hari ini setelah hampir 10 tahun Tun M bersara, Nik Aziz masih gah berkata mahu bertanding lagi. Nilainya di sini inilah namanya cakap tak serupa bikin!

    ReplyDelete
  11. Sedar tak sedar Nik Aziz sudah menjadi MB Kelantan selama 22 tahun. Malah keadaannya dilihat amat uzur sekali pada ketika ini. Dalam tempoh setahun ini sahaja cuba kira sudah berapa banyak kali Nik Aziz berulang ke hospital? Dalam keuzuran itu pun Nik Aziz mahu bertanding lagi?

    ReplyDelete
  12. Dalam satu sidang Dewan Rakyat pada tahun lepas, seorang ahli Parlimen DAP pernah mencadangkan agar calon-calon yang bertanding pada pilihanraya perlulah sihat tubuh badan. Namun cadangan itu ditolak oleh wakil kerajaan dan pembangkang.

    ReplyDelete
  13. Tetapi sekiranya cadangan itu dilaksanakan, berapa ramai wakil rakyat pembangkang terpaksa melepaskan jawatan? Dan yang pastinya Nik Aziz pastinya tergolong dalam kumpulan tersebut.

    ReplyDelete
  14. Cara politik Nik Aziz kini membayangkan seolah-olah Nik Aziz akan membawa arena politiknya ke alam kubur. Malah yang paling menghairankan mengapa ahli PAS terlalu takut untuk bersuara untuk menyuruh Nik Aziz berundur? Adakah ahli PAS terlalu takut kehilangan pahala dan syurga seperti yang dijanjikan Nik Aziz?

    ReplyDelete
  15. DI NEW SOUTH WALES, Australia, agensi antirasuahnya dikenali sebagai Independent Commission Against Corruption, manakala di Hong Kong, ia dikenali sebagai Independent Commission On Anti-Corruption (ICAC).

    ReplyDelete
  16. Sementara di negara kita, agensi pencegahan rasuah dikenali sebagai Anti-Corruption Agency (ACA) atau dalam Bahasa Melayunya, Badan Pencegah Rasuah (BPR), sekarang SPRM.

    Apapun sebutan, nama atau singkatan akronimnya, fungsi dan matlamatnya adalah sama – untuk membanteras dan memerangi rasuah, sambil menegakkan integriti.

    ReplyDelete
  17. Bagi memantapkannya, kerajaan telah membangunkan Pelan Integriti Nasional (PIN) serta menubuhkan Institut Integriti Malaysia (IIM) bertujuan mendidik dan menggalakkan rakyat Malaysia menegakkan integriti dan memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka.

    ReplyDelete
  18. Terbaru, kerajaan mengumumkan mengenai penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di mana rang undang-undang mengenainya bakal dibentangkan di Parlimen – dengan matlamat utama menjurus ke arah pembentukan sebuah badan pencegahan rasuah yang lebih berwibawa dan berkesan.

    ReplyDelete
  19. Selain menggantikan Akta Pencegahan Rasuah 1997, SPRM juga akan membawa kepada pembentukan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) dan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR).

    ReplyDelete
  20. Penubuhan SPRM adalah berdasarkan model agensi antirasuah di Australia dan Hong Kong yang diiktiraf sebagai antara yang terbaik di dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ke? Satu pengiktirafan yang menggalakkan.

      Delete
  21. Ketika mengumumkan penubuhan SPRM itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa suruhanjaya itu akan tertakluk kepada pemantauan luar melalui sistem semak dan imbang yang komprehensif.

    ReplyDelete
  22. Segala usaha telah diambil untuk memastikan SPRM yang bakal diwujudkan benar-benar berkesan dan mampu memenuhi kehendak serta aspirasi rakyat

    ReplyDelete
  23. SAPP is not part of Pakatan and neither has SAPP ever sat in on any of Pakatan seat negotiation meetings.

    ReplyDelete
  24. How would he (Chong) know and make an announcement for PKR-Pakatan? He is giving a price for a car that doesn’t belong to him

    ReplyDelete
  25. SAPP’s intentions are obvious and evil. On the one hand SAPP is slandering Pakatan

    ReplyDelete
  26. citing Pakatan is a Malaya party while on the other hand, it keeps fishing for opposition votes by claiming they are working with Pakatan.

    ReplyDelete
  27. This has caused much confusion as to where SAPP actually stands. Even STAR and PKR has openly asked SAPP to make a clear stand on whether SAPP is joining PR or not!

    ReplyDelete
  28. Observing the movements of SAPP throughout the years has helped us come to one conclusion.

    ReplyDelete
  29. SAPP’s uncertain position as a ‘spoiler’ is so apparent. We hope that if SAPP is really sincere in wanting to work together for the sake of the people of Sabah and Malaysia

    ReplyDelete
  30. then SAPP must join Pakatan Rakyat now! Then we can immediately sit down on seats negotiation seriously once and for all. DAP door is always open waiting for SAPP to come knocking.

    ReplyDelete
  31. Why does SAPP has to ‘hentam’ (criticize) DAP for wanting to contest in the four Sandakan seats?

    ReplyDelete
  32. Hasn’t SAPP already shown their arrogance in their continuous call to contest 40 seats?

    ReplyDelete
  33. “DAP has three principles to ensure a straight fight against BN, and DAP reiterates its stand that for a 1-to-1 fight against BN

    ReplyDelete
  34. it must work on the basis of the principles that no party must be larger than the other component parties to ensure a form of check and balance because power corrupts politicians

    ReplyDelete
  35. and this is also against the spirit of social democracy;

    ReplyDelete
  36. hoSw its sincerity to Malaysians by joining Pakatan Rakyat Sabah secretariat because there is no point of only talking about working with PR as this will only be perceived as attempts to confuse voters, especially Pakatan voters

    ReplyDelete
  37. Sabah Umno will leave it to the discretion of party leadership to decide on the candidates for the 13th general election, said Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.


    ReplyDelete