PAMER.......Dokumen
yang dipamerkan di Jabatan Tanah dan Ukur bagi tempoh bantahan mengenai
permohonan tanah seluas 200 ekar itu.
Oleh: KREW SABAHKINI.NET
RIBUAN penduduk di daerah
kecil Menumbok membantah pengambilan tanah seluas 200 ekar di daerah ini oleh
sebuah syarikat dari Semenanjung Malaysia, Sejuta Jalin Sdn Bhd. bagi tujuan
aktiviti penternakan udang.
Tanah itu sepatutnya tidak
dibuka peluang untuk orang luar memandangkan penduduk di sini sendiri tidak
berpeluang memohon tanah seluas itu.
Permohonan tanah itu ketika
dipamerkan di Pejabat Tanah dan Ukur daerah Kuala Penyu bagi tujuan bantahan
sebelum ia diproses ke peringkat seterusnya.
Seorang penduduk jati daerah
berkenaan, Ag Besar Rashid melalui laman sosial facebook mengajak penduduk
membuat bantahan terbuka sebagai langkah terakhir untuk menghalang kawasan
tanah tersebut terlepas kepada pihak luar.
Katanya, penduduk berhak
menyatakan bantahan mereka bagi membolehkan pihak berkuasa yang berkenaan
mengambil tindakan yang sewajarnya.
Berdasarkan reaksi dalam FB,
rata-rata penduduk meluahkan rasa tidak senang hati kerana orang lain cuba
mengambil kesempatan tanah yang ada di daerah Menumbok.
"Kita harus
mengemukakan bantahan kepada pihak berkenaan sebelum tempoh bantahan berakhir
pada Januari depan," kata Ag. Besar, seorang guru yang lantang
menentangkan birokrasi dalam jabatan kerajaan.
Penduduk lain yang turut
merasa marah dengan penglibatan syarikat dari Semenanjung mendapatkan tanah itu,
meminta kerajaan tidak menutup mata dengan pengambilan tanah di daerah ini.
"Ini tindakan merugikan
rakyat, kita sendiri tidak ada peluang memohon tanah seluas, kenapa syarikat
dari luar dengan mudah diberi peluang seperti ini," katanya.
Beliau berkata para pemimpin
terutama wakil rakyat Kuala Penyu perlu tampil mengetuai rakyat melakukan
bantahan keras terhadap masalah ini.
"Kita tidak mahu wakil
rakyat berpeluk tubuh saja sedang beliau sendiri tahu pengambilan tanah ini.
Mana dia, tolonglah angkat telefon dan datang bantu rakyat menyelesaikan
masalah," tegas penduduk itu.
Beliau juga mahu supaya
siasatan menyeluruh dilakukan mengapa syarikat yang beralamat di Selangor itu
dibenarkan memohon tanah tersebut.
"Adakah sesiapa
terlibat termasuk kakitangan Jabatan Tanah dan Ukur harus disiasat secara
menyeluruh, adakah mereka menjadi dalang," jelasnya.
No comments:
Post a Comment