KOTA KINABALU : Mahkamah
Tinggi menangguhkan pada 5 Mac tahun depan untuk pendengaran permohonan
pengisytiharan bahawa Datuk John Ambrose adalah Presiden yang sah dan menurut
undang-undang KDM Malaysia.
Hakim Datuk Wong Dak Wah
menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan Peguam Negara yang
mewakili Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang memerlukan lebih masa untuk
memfailkan affidavit.
Ambrose yang turut
memfailkan semakan kehakiman pada 3 September 2012 memohon pengisytiharan
bahawa Datuk Peter Anthony bukan Presiden KDM Malaysia.
Beliau menamakan ROS dan
Peter Anthony sebagai responden pertama dan kedua.
Dalam pada itu, John juga
memohon satu perintah certiorari untuk membatalkan keputusan responden pertama
seperti yang dinyatakan dalam satu surat yang bertarikh 7 Ogos 2012.
Surat berkenaan menyatakan mesyuarat
tahunan luar biasa (EGM) dan mesyuarat agung tahunan (AGM) 2012 yang diadakan
teratur dan mematuhi peruntukan dalam Akta Pertubuhan, pengisytiharan bahawa
AGM 2012 atau mesyuarat itu adalah menyalahi undang-undang.
Selanjutnya beliau juga
memohon injunksi menghalang Peter daripada menjalankan apa-apa tugas atau
tindakan sebagai Presiden KDM, gantirugi dan kedua-dua responden, kos dan
apa-apa relief yang difikir perlu oleh mahkamah.
Dalam pernyataan
tuntutannya, John berkata responden pertama adalah bertanggung jawab bagi
pendaftaran dan pentadbiran pertubuhan yang didaftarkan mengikut Seksyen 8 Akta
Pertubuhan; manakala responden kedua adalah Naib Presiden dan Bendahari KDM.
(UB)
No comments:
Post a Comment