Saudara Pengarang.
SAYA Abdul Latif Bin Datu
Bajan memohon jasa baik Sabahkini.net untuk mengutarakan akan janji Datuk V.K
Liew selaku Ahli Parlimen P.186 Sandakan yang belum ditunaikan.
Datuk V.K Liew pada tahun
lalu telah datang menemui saya di kediaman saya No. Rumah 76, Jambatan 5, Kg.
Berhala Darat, Jalan Sim-Sim, Sandakan dan turut menguar-uarkan di Sabahkini.net
akan janjinya ingin menyumbang sepasang kaki palsu sebagai kemudahan pergerakan
saya.
Penderitaan saya yang juga
bekas Komando Angkatan Tentera Malaysia di zaman darurat dahulu turut
diterbitkan di dalam rancangan Khabar Salam 1 Malaysia RTM 1 bagi Parlimen
P.186 Sandakan.
Namun janji Datuk V.K. Liew adalah ibarat fatamorgana
(Mirage), menjadi santapan halwa telinga sahaja. Sehingga ke hari ini bantuan
sepasang kaki palsu ini belum saya terima.
Masa ini saya telah hampir
sebulan terlantar di hospital kerana kencing manis. Sebagai seorang insan yang
pernah berkhidmat mempertahankan kedaulatan Negara tercinta, janji manis ini
amat mendukacitakan dan melukakan perasaan saya.
Jangan berjanji jika tidak
dapat kotakan janji tersebut dan sudah hampir setahun bantuan ini belum dapat
ditunaikan. Adakah perlu kaki palsu ini ditempah dari luar Negara hingga
mengambil masa setahun untuk menunaikan janji tersebut?
Saya menimbulkan perkara ini
agar konsep ‘JANJI DITEPATI’ sebagaimana yang dilaungkan oleh YAB Perdana
Menteri Malaysia sepatutnya turut diamalkan oleh Datuk V.K. Liew selaku Ahli
Parlimen BN di Sandakan dan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.
Salam hormat,
DATU ABDUL LATIF BIN DATU
BAJAN
Insan malang, Kampung
Sim-Sim, Berhala Darat, Sandakan.
(NOTA:
Surat terbuka ini adalah tulisan dan kiriman Abdul Latif Bajan dan tiada kena
mengena dengan Sabahkini.Net yang hanya
membantu menyiarkan sahaja)
benarkah beliau ini seorang VETERAN ATM??????SABAHKINI sepatutnya siasat dahulu adakah benar beliau ini seorang VETERAN ATM...tahukah SABAHKINI beliau ini telah AWOL....dalam kata lain LARI DARI TUGAS...sekarang muncul dan kata kan ATM tidak membela nasibnya...kikikikiki...lawakkkk....
ReplyDeleteSaudara Mazri sebelum awak buat komen sepatutnya awak baca dulu isi kandungan surat ini dengan tepat sbb surat ini ditujukan bukan kepada pihak ATM dan beliau bukan minta bela nasib dgn ATM tapi surat ini ditujukan kepada wakil rakyat di kawasan beliau yg telah berjanji utk memberi bantuan tapi tdk ditepati...lagipun beliau mmg bekas tentera...yg awak suka2 gelak pasal masalah org napa...
ReplyDelete