Monday 24 December 2012

HOSPITAL PAKAR LAHAD DATU VS KANDANG LEMBU?




Oleh : MUTALIB M.D

KENYATAAN saya kelmarin di Sabahkini.net bertajuk 'Hospital Lahad Datu, Klinik Pakar Menipu' telah menimbulkan kemarahan ramai pihak, sedangkan hakikatnya memang benar kerana selama ini warga Lahad Datu diabaikan dari aspek kesihatan seolah-olah 'lembu' yang dihantar ke Pusat Sembelihan UMNO!

Walaupun mempunyai hospital mega yang canggih, namun masyarakat Lahad Datu sering menggelarnya sebagai 'Kandang Lembu' kerana tidak mempunyai Doktor Pakar, melainkan 'Dr Haiwan/Lembu' sehingga membuatkan Hospital Besar Lahad Datu gagal berfungsi sebagai sebuah pusat rawatan untuk manusia yang membayar cukai dan boleh mengundi.

Saya tidak tahu apa kaedah rawatan atau pemeriksaan yang dijalankan di Hospital ini kerana tragedi yang menimpa adik saya, Siti Khadijah sesuatu yang amat memalukan dan tidak mungkin terjadi di Lahad Datu jika semua pihak menjalankan peranan masing-masing.

Jika sebelum ini rakan saya, Ng Tak Wai @ Myra Ng, hampir menemui ajal kerana dijangkiti Malaria yang gagal dikesan oleh Hospital Lahad Datu sehinggalah beliau tiba-tiba pengsan sebaik sahaja tiba di hadapan Damai Specialist Hospital, Kota Kinabalu; sedangkan sebelum ini beliau telah lama berulang alik ke Hospital Pakar Lahad Datu, tetapi gagal mengesan jangkitan malaria.

Kini saya benar-benar terpana, terkesima dan terharu kerana kecuaian Hospital Pakar Lahad Datu menimpa adik kesayangan saya sendiri yang tidak berdosa dan mungkin boleh disembuhkan segera jika kanser pembunuh yang dihidapinya berjaya dikesan lebih awal.

Agak malang kerana adik saya terpaksa menjadi bahan eksperimen Hospital Lahad Datu terutama sikap tidak profesional Doktor Sakit puan memeriksa pesakitnya termasuk adik saya sehingga penyakit kanser yang dihidapinya didiagnos sebagai 'bawaan mengandung' dan akan hilang sendiri.

Mengikut semakan saya, adik saya menjalani ujian Paps Smear setiap dua tahun sekali di Klinik Perancang Keluarga dan terakhir pada 2010. Walaupun pada tahun lalu janin yang dikandungnya mengalami keguguran, namun Hospital Lahad Datu yang mengambil sampel pada tubuh adik saya mengesahkan adik saya sihat setelah sampel daging yang diambil diperiksa di Clinipath, Makmal yang diberi tauliah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Hanya pada Oktober lalu adik saya mula mengalami sakit yang teramat sangat di bahagian punggung sehingga ke bahagian peha sehingga tidak dapat berjalan dan dalam masa yang sama sistem perkumuhannya kurang berfungsi.

Menurut Jururawat yang merawat saya, Doktor Sakit Puan di Hospital Pakar Lahad Datu menasihati saya agar banyak minum air dan susu tetapi enggan menemui atau memeriksa adik saya sebagaimana sepatutnya yang dilakukan oleh Doktor Pakar Sakit Puan dan menganggap kesakitan adik saya adalah simptom biasa bagi ibu mengandung atau baru lepas bersalin.

Pada 1 Disember 2012, adik saya yang sedang sarat mengandung mengalami pendarahan dan dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Pakar Lahad Datu; anehnya 'Doktor Haiwan' di hospital berkenaan hanya memeriksa sepintas lalu dan memaklumkan adik saya tidak perlu risau kerana hanya luka pada pangkal rahim.

Namun pada 11 Disember 2012, terlalu banyak darah keluar daripada kemaluan adik saya yang sedang menunggu masa kelahiran dan hanya selepas itu barulah adik saya dirujuk kepada Doktor Pakar (entah pakar apa) kerana pada 20 Disember 2012 barulah Hospital Pakar Lahad Datu berjaya mengesan dan mengesahkan adik saya menghidapi kanser pankreas?

Akibatnya adik saya dipindahkan ke Hospital Likas untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana Hospital Pakar Lahad Datu tidak mempunyai Pakar Kanser dan Pusat Rawatan Kanser.

Anehnya, setelah dipindahkan ke Hospital Likas barulah adik saya mendapat rawatan dan layanan sebenarnya daripada pihak Hospital dan bukannya rawatan 'Kandang Lembu' seperti yang dialaminya di Hospital Pakar Lahad Datu.

Menurut Doktor Pakar di Hospital Likas, kanser berkenaan sudah terlalu lama berada di dalam tubuh adik saya dan semakin merebak kerana tidak pernah dirawat; sedangkan hakikatnya adik saya sering menjalani pemeriksaan di Hospital Pakar Lahad Datu kerana kesemua enam orang anaknya (termasuk keguguran) dilahirkan di Hospital Pakar Lahad Datu.

Tambah membingungkan adik saya, anak bungsunya, Qudus, baru sahaja berhenti menyusu badan beberapa hari lalu setelah saya melarangnya kerana bimbang dijangkiti sel kanser yang menghasilkan susu; sebaliknya doktor dan juru rawat tidak pernah melarang?

Semalam, Doktor Pakar telah menyuntik ubat untuk mematangkan paru-paru janin yang berada di dalam kandungan adik saya kerana mereka mengesahkan akan melakukan Ceasarian untuk menyelamatkan janin yang berusia lapan bulan tersebut pada hari khamis ini (29 Disember 2012).


Hasil pemeriksaan rapi Doktor Pakar Hospital Likas, kanser yang dialami adik saya pada tahap 4B. Mungkin tidak ada yang percaya adik saya boleh menghidap kanser Tahap 4B kerana beliau amat menjaga pemakanan beliau; apatah lagi beliau sering menjalani pemeriksaan dan diperiksa Hospital Pakar Lahad Datu.

Selepas menjalani Ceasarian di Hospital Likas, adik saya terpaksa menjalani pembedahan membuang ketumbuhan termasuk usus dan tabung najis; menebuk perut, memasang hos dan mengganti tabung najis dengan plastik seumur hidup.

Amat malang sekali kerana masa hadapan adik saya mungkin gelap kerana kanser telah menyerang tabung najis dan kemaluan. Siapakah yang mahu bertanggung jawab?

Mengikut semakan saya, terdapat satu vaksin yang ditemui Dr Kenichiro Hasumi di Jepun iaitu Human Initiated Therapeutic Vaccine (HITV) yang terkenal bagi merawat kanser tahap lewat hampir semua jenis kanser kecuali leukemia; kini boleh diperolehi di negara ini, tetapi mungkin tidak lagi berkesan untuk merawat penyakit kanser adik saya.

Walaupun rawatan HITV agak mahal iaitu RM200,000 dan mengambil masa kira-kira tiga minggu dengan 10 hari daripadanya merupakan rawatan sebenar dan selepas rawatan itu, pesakit akan diperiksa dengan imbasan PET-CT secara berskala bagi memantau rosot kembali kanser; namun inilah pilihan terbaik pesakit untuk sembuh kembali daripada kehilangan segala-galanya.

Tahniah Datuk Rosnah Rashid Shirlin kerana telah memberi anugerah 'Pesakit Kanser' kepada adik saya!

65 comments:

  1. Lima hospital di negara ini dilengkapi kemudahan perubatan nuklear, yang dikenalpasti selamat dan berkesan dalam pemeriksaan dan rawatan pesakit, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Rashid Shirlin.

    ReplyDelete
  2. Katanya, hospital itu ialah Hospital Pulau Pinang (zon utara), Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Putrajaya (zon tengah), Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (zon selatan) dan Hospital Umum Sarawak (zon Sarawak).

    ReplyDelete
  3. Beliau berkata, Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas (zon Sabah) juga akan dilengkapi kemudahan teknologi perubatan nuklear dalam rawatan pesakit pada masa akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kelengkapan yang ada sentiasa mencukupi dan berfungsi dengan baik untuk memberi perkhidmatan.

      Delete
  4. "Teknologi perubatan nuklear selaras dengan piawaian dan ketetapan antarabangsa, telah dikenalpasti sebagai satu teknologi yang penting bagi tujuan pengurusan rawatan pesakit," katanya.

    ReplyDelete
  5. Rosnah berkata, Malaysia, menerusi Kementerian Kesihatan dan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom, mendapat bantuan konsultasi daripada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), terutama bagi tujuan latihan di peringkat antarabangsa dan penyelidikan yang berkaitan.

    ReplyDelete
  6. Secara amnya, katanya, bilangan kes yang menggunakan teknologi perubatan nuklear telah meningkat daripada tahun ke tahun, dengan 10,712 kes pada tahun 2010 dan 11,296 kes pada 2011.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bilangan ini dijangka akan naik dari masa ke semasa.

      Delete
  7. "Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa pemeriksaan dan rawatan perubatan menggunakan teknologi perubatan nuklear amat membantu pegawai-pegawai perubatan dan pakar-pakar dalam membuat dignosa dan disusuli dengan kaedah terapi yang sewajarnya," katanya.

    ReplyDelete
  8. Beliau berkata, teknologi perubatan nuklear juga boleh diguna bagi tujuan pemeriksaan jantung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus lagi, pesakit jantung juga dapat diberi bantuan.

      Delete
    2. Pesakit jantung juga dimantaankan. Satu usaha yang baik juga.

      Delete
  9. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hassan Abd Rahman berkata banyak projek naik taraf kemudahan dan peralatan hospital sedang dijalankan di Sabah.
    Ini termasuk peruntukan RM3.5 juta untuk menaik taraf Hospital Lahad Datu termasuk Computerized Tomography (CT) Scan, kata beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemantauan projek naik taraf amat diperlukan, jangan pula projek digendala.

      Delete
  10. "Bilangan doktor juga telah bertambah, Hospital Tawau sudah mempunyai ramai pakar dan doktor baru juga ditempatkan di Hospital Keningau dan kita harap pada hujung tahun ini, usaha naiktaraf peralatan selesai," katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usaha memberi perkhidmatan perubatan yangg terbaik adalah dibanggakan.

      Delete
    2. Usaha naik taraf perkhidmatan dan kualiti perubatan amat diperlukan.

      Delete
  11. Lebih 100 anak Malaysia yang kini berkhidmat sebagai pakar perubatan di luar negara telah menyatakan minat mereka untuk pulang bekerja ke negara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika ini benar, ini adalah berita baik untuk bidang perubatan negara dengan adanya pakar perubatan yang baik.

      Delete
  12. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, maklum balas tersebut diterima kerajaan baru-baru ini hasil usaha Talent Corporation Malaysia Berhad (Talent Corp) yang mengadakan rundingan dengan golongan terlibat.

    ReplyDelete
  13. Lebih 100 pakar perubatan yang sedang berkhidmat di Australia, Taiwan, dan United Kingdom termasuk di Ireland telah menyatakan hasrat dan minat mereka untuk pulang memberi khidmat di Malaysia.

    ReplyDelete
  14. "Antara faktor yang dipertimbangkan oleh mereka adalah jawatan dan ganjaran lebih baik," katanya.

    ReplyDelete
  15. Tiong Lai berkata, Talent Corp dan wakil kementerian baru-baru ini telah mengadakan lawatan ke Taiwan dan Australia bagi menerangkan tawaran kerajaan dan berjaya meyakinkan mereka agar kembali berkhidmat di tanah air.

    ReplyDelete
  16. "Kita dapati ramai ingin balik dan sanggup mengetepikan gaji lumayan yang diterima di luar negara. Oleh itu urusan agar mereka balik akan dipermudahkan," katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. To early to say. Lets wait such group of people will return to serve the people of Malaysia.

      Delete
  17. Beliau memberitahu, kementerian mengalu-alukan keputusan tersebut yang akan dapat mengurangkan tempoh menunggu dalam kalangan pesakit mendapatkan rawatan doktor pakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usaha membaiki kelemahan amat diperlukan supaya rawatan dan servis yang lebih baik disalurkan.

      Delete
  18. Katanya, di seluruh negara kini, hanya 50 daripada 135 buah hospital kerajaan mempunyai pakar mencukupi, sementara selebihnya memerlukan doktor pakar pelawat.

    ReplyDelete
  19. Dalam perkembangan lain, Tiong Lai memberitahu, sebanyak 14 unit mesin CT Scan yang setiap satunya bernilai RM1.4 juta telah dibekalkan kepada hospital-hospital kerajaan di seluruh negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Such equipment should be maintain to enhance its function.

      Delete
  20. Katanya, jumlah mesin tersebut akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan termasuk enam lagi pada tahun hadapan.

    ReplyDelete
  21. Hanya pada Oktober lalu adik saya mula mengalami sakit yang teramat sangat di bahagian punggung sehingga ke bahagian peha sehingga tidak dapat berjalan dan dalam masa yang sama sistem perkumuhannya kurang berfungsi.

    Keadaan ini amat mengecewakan.

    ReplyDelete
  22. Mereka yang graduate di luar negara harus berkhidmat untuk negara.

    ReplyDelete
  23. Kementerian Kesihatan akan memperuntukkan sejumlah RM4 bilion dalam usaha meningkatkan kemudahan dan keberkesanan perkhidmatan kesihatan di Sabah pada tahun ini

    ReplyDelete
  24. Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, peruntukan besar tersebut melibatkan beberapa projek menaik taraf klinik kesihatan dan menambah bilangan doktor di negeri ini.

    ReplyDelete
  25. kementerian akan menaik taraf 41 buah klinik kesihatan di seluruh negeri dengan kos melebihi RM20 juta, selain meningkatkan bilangan doktor yang ditugaskan di klinik tersebut daripada 25 peratus kepada sekurang-kurangnya 50 peratus.

    ReplyDelete
  26. Selain itu, sebanyak 10 lagi Klinik 1Malaysia akan diwujudkan di negeri ini pada tahun ini. Ia jelas menunjukkan komitmen tinggi kerajaan untuk membela nasib rakyat Sabah dalam aspek kesihatan.

    ReplyDelete
  27. kerajaan juga akan mempertingkatkan lagi tahap kemudahan hemodialisis kepada rakyat Sabah menerusi beberapa penempatan baru perkhidmatan tersebut di Hospital Kudat, Kunak dan Kuala Penyu.

    ReplyDelete
  28. selain menempatkan kemudahan hemodialisis di tiga buah hospital tersebut, kementerian juga akan membesarkan lagi unit itu di Hospital Tawau.

    ReplyDelete
  29. kementerian juga akan memperluaskan perkhidmatan doktor udara di Sabah dan sebut harga bagi tender tersebut sedang dinilai oleh Kementerian Kewangan. Ia dijangka selesai dalam masa terdekat.

    ReplyDelete
  30. KERAJAAN TIDAK PERNAH ABAIKAN INSTITUSI KESIHATAN DI NEGERI INI.. PENAMBAHBAIKKAN SENTIASA BERJALAN

    Pusat Perubatan Nuklear dan Radioterapi Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah dijangka beroperasi akhir tahun ini.

    BILA KERAJAAN AMBIL TENAGA PAKAR DARI LUAR, RAKYAT JUGA YANG BANTAH.. BILA KEKURANGAN TENAGA PAKAR, RAKYAT JUGA YANG BISING

    ReplyDelete
  31. KERAJAAN TIDAK PERNAH ABAIKAN INSTITUSI KESIHATAN DI NEGERI INI.. PENAMBAHBAIKKAN SENTIASA BERJALAN

    Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata pembinaan bangunan pusat yang berharga sekitar RM264 juta kini berjalan lancar dan setakat 31 Dis lepas, projek itu hampir siap 87 peratus.

    BILA KERAJAAN AMBIL TENAGA PAKAR DARI LUAR, RAKYAT JUGA YANG BANTAH.. BILA KEKURANGAN TENAGA PAKAR, RAKYAT JUGA YANG BISING

    ReplyDelete
  32. KERAJAAN TIDAK PERNAH ABAIKAN INSTITUSI KESIHATAN DI NEGERI INI.. PENAMBAHBAIKKAN SENTIASA BERJALAN

    Dengan siapnya pusat yang dibangunkan bersebelahan Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah (Hospital Likas) itu, pesakit barah di negeri ini tidak perlu ke Kuala Lumpur atau Kuching untuk mendapatkan rawatan, katanya.

    BILA KERAJAAN AMBIL TENAGA PAKAR DARI LUAR, RAKYAT JUGA YANG BANTAH.. BILA KEKURANGAN TENAGA PAKAR, RAKYAT JUGA YANG BISING

    ReplyDelete
  33. KERAJAAN TIDAK PERNAH ABAIKAN INSTITUSI KESIHATAN DI NEGERI INI.. PENAMBAHBAIKKAN SENTIASA BERJALAN

    KOTA KINABALU 2nd Feb 2012: Sabah kini memiliki Pusat Rawatan Jantung di Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) Luyang, yang dilengkapi pelbagai peralatan canggih setaraf dengan Institut Jantung Negara (IJN).

    BILA KERAJAAN AMBIL TENAGA PAKAR DARI LUAR, RAKYAT JUGA YANG BANTAH.. BILA KEKURANGAN TENAGA PAKAR, RAKYAT JUGA YANG BISING

    ReplyDelete
  34. KERAJAAN TIDAK PERNAH ABAIKAN INSTITUSI KESIHATAN DI NEGERI INI.. PENAMBAHBAIKKAN SENTIASA BERJALAN

    Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pusat itu yang bernilai lebih kurang RM50 juta telahpun mula beroperasi April tahun lalu.

    Katanya, ia juga menjadi kebanggan rakyat Sabah kerana sebelum ini kebanyakan kes yang melibatkan penyakit jantung dihantar keIJN Kuala Lumpur atau pusat-pusat rawatan jantung yang lain di Sememanjung Malaysia atau Sarawak.


    BILA KERAJAAN AMBIL TENAGA PAKAR DARI LUAR, RAKYAT JUGA YANG BANTAH.. BILA KEKURANGAN TENAGA PAKAR, RAKYAT JUGA YANG BISING

    ReplyDelete
  35. KERAJAAN TIDAK PERNAH ABAIKAN INSTITUSI KESIHATAN DI NEGERI INI.. PENAMBAHBAIKKAN SENTIASA BERJALAN

    Dengan adanya pusat rawatan ini, ia bukan sahaja dapat mengurangkan kos pesakit untuk mendapatkan rawatan atau pembedahan jantung tetapi memudahkan pesakit mendapatkan rawatan, mengurangkan bebanan keluarga, pesakit serta mengurangkan kesesakan di Hospital Queen I.

    BILA KERAJAAN AMBIL TENAGA PAKAR DARI LUAR, RAKYAT JUGA YANG BANTAH.. BILA KEKURANGAN TENAGA PAKAR, RAKYAT JUGA YANG BISING

    ReplyDelete
  36. KERAJAAN TIDAK PERNAH ABAIKAN INSTITUSI KESIHATAN DI NEGERI INI.. PENAMBAHBAIKKAN SENTIASA BERJALAN

    “Pusat ini dapat membantu kita menjimatkan kos pesakit sebanyakRM4.2 juta setahun termasuk perbelanjaan tiket penerbangan dan kos-kos lain,” katanya.

    BILA KERAJAAN AMBIL TENAGA PAKAR DARI LUAR, RAKYAT JUGA YANG BANTAH.. BILA KEKURANGAN TENAGA PAKAR, RAKYAT JUGA YANG BISING

    ReplyDelete
  37. KERAJAAN TIDAK PERNAH ABAIKAN INSTITUSI KESIHATAN DI NEGERI INI.. PENAMBAHBAIKKAN SENTIASA BERJALAN

    “Dulu tiada pusat perkhidmatan seperti ini jadi semua kes pesakit jantung terutamanya yang memerlukan pembedahan dirujuk ke IJN.

    “Kini kita mempunyai lima orang doktor pakar termasuk pakar kardiologi dan pakar bedah untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pesakit jantung di negeri ini,” katanya.


    BILA KERAJAAN AMBIL TENAGA PAKAR DARI LUAR, RAKYAT JUGA YANG BANTAH.. BILA KEKURANGAN TENAGA PAKAR, RAKYAT JUGA YANG BISING

    ReplyDelete
  38. KERAJAAN TIDAK PERNAH ABAIKAN INSTITUSI KESIHATAN DI NEGERI INI.. PENAMBAHBAIKKAN SENTIASA BERJALAN

    Mengenai rayuan para pemimpin negeri agar lebih banyak doktor pakar dihantar untuk bertugas ke hospital daerah lain termasuk di Tawau, beliau berkata kementerian komited untuk menempatkan doktor-doktor pakar di Sabah dan Sarawak.

    BILA KERAJAAN AMBIL TENAGA PAKAR DARI LUAR, RAKYAT JUGA YANG BANTAH.. BILA KEKURANGAN TENAGA PAKAR, RAKYAT JUGA YANG BISING

    ReplyDelete
  39. KERAJAAN TIDAK PERNAH ABAIKAN INSTITUSI KESIHATAN DI NEGERI INI.. PENAMBAHBAIKKAN SENTIASA BERJALAN

    Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) mencadangkan supaya kerajaan Pusat membina sebuah universiti perubatan di Sabah.

    BILA KERAJAAN AMBIL TENAGA PAKAR DARI LUAR, RAKYAT JUGA YANG BANTAH.. BILA KEKURANGAN TENAGA PAKAR, RAKYAT JUGA YANG BISING

    ReplyDelete
  40. KERAJAAN TIDAK PERNAH ABAIKAN INSTITUSI KESIHATAN DI NEGERI INI.. PENAMBAHBAIKKAN SENTIASA BERJALAN

    Ketika membuat gesaan itu, ketuanya, Datuk Jamilah Sulaiman berkata, universiti itu diyakini akan dapat melahirkan doktor, pegawai perubatan dan jururawat terlatih.

    BILA KERAJAAN AMBIL TENAGA PAKAR DARI LUAR, RAKYAT JUGA YANG BANTAH.. BILA KEKURANGAN TENAGA PAKAR, RAKYAT JUGA YANG BISING

    ReplyDelete
  41. KERAJAAN TIDAK PERNAH ABAIKAN INSTITUSI KESIHATAN DI NEGERI INI.. PENAMBAHBAIKKAN SENTIASA BERJALAN

    “Para pelajar kelahiran universiti itu mesti disyaratkan untuk berkhidmat di Sabah sekurang-kurangnya 10 tahun sebelum mereka dibebaskan bekerja di tempat lain,”

    BILA KERAJAAN AMBIL TENAGA PAKAR DARI LUAR, RAKYAT JUGA YANG BANTAH.. BILA KEKURANGAN TENAGA PAKAR, RAKYAT JUGA YANG BISING

    ReplyDelete
  42. KERAJAAN TIDAK PERNAH ABAIKAN INSTITUSI KESIHATAN DI NEGERI INI.. PENAMBAHBAIKKAN SENTIASA BERJALAN

    Jamilah berkata, kekurangan doktor pakar di hospital kerajaan di setiap daerah di Sabah merupakan masalah yang berlarutan sejak sekian lama.

    BILA KERAJAAN AMBIL TENAGA PAKAR DARI LUAR, RAKYAT JUGA YANG BANTAH.. BILA KEKURANGAN TENAGA PAKAR, RAKYAT JUGA YANG BISING

    ReplyDelete
  43. KERAJAAN TIDAK PERNAH ABAIKAN INSTITUSI KESIHATAN DI NEGERI INI.. PENAMBAHBAIKKAN SENTIASA BERJALAN

    Jumlah pesakit di kalangan rakyat Malaysia kian meningkat tahun demi tahun. Bukan sahaja keluhan pesakit yang terpaksa menunggu lama di hospital dan klinik kerajaan bahkan ia turut berlaku di hospital swasta. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengakui perkara ini berlaku berikutan masalah kekurangan doktor pakar.

    BILA KERAJAAN AMBIL TENAGA PAKAR DARI LUAR, RAKYAT JUGA YANG BANTAH.. BILA KEKURANGAN TENAGA PAKAR, RAKYAT JUGA YANG BISING

    ReplyDelete
  44. KERAJAAN TIDAK PERNAH ABAIKAN INSTITUSI KESIHATAN DI NEGERI INI.. PENAMBAHBAIKKAN SENTIASA BERJALAN

    Masalah kekurangan kepakaran adalah dilema utama kita. Hampir setiap klinik pakar hospital mengalami masalah ini dan usaha menambah jumlah pakar sedia ada adalah satu cabaran besar.

    BILA KERAJAAN AMBIL TENAGA PAKAR DARI LUAR, RAKYAT JUGA YANG BANTAH.. BILA KEKURANGAN TENAGA PAKAR, RAKYAT JUGA YANG BISING

    ReplyDelete
  45. KERAJAAN TIDAK PERNAH ABAIKAN INSTITUSI KESIHATAN DI NEGERI INI.. PENAMBAHBAIKKAN SENTIASA BERJALAN

    Pesakit yang datang ke klinik pakar sekarang perlu membuat temu janji terlebih dulu mengikut giliran yang membabitkan jumlah pesakit yang ramai. Sudah pasti ia memberi kesan daripada segi tempoh masa memberikan rawatan.

    BILA KERAJAAN AMBIL TENAGA PAKAR DARI LUAR, RAKYAT JUGA YANG BANTAH.. BILA KEKURANGAN TENAGA PAKAR, RAKYAT JUGA YANG BISING

    ReplyDelete
  46. KERAJAAN TIDAK PERNAH ABAIKAN INSTITUSI KESIHATAN DI NEGERI INI.. PENAMBAHBAIKKAN SENTIASA BERJALAN

    Di seluruh negara, kita hanya ada lebih kurang 2,500 doktor pakar. "Yang boleh saya katakan, jumlah ini terlalu kecil berbanding jumlah pesakit yang bertambah saban hari. Pun begitu, ia masih terkawal." kata Tiong Lai.

    BILA KERAJAAN AMBIL TENAGA PAKAR DARI LUAR, RAKYAT JUGA YANG BANTAH.. BILA KEKURANGAN TENAGA PAKAR, RAKYAT JUGA YANG BISING

    ReplyDelete
  47. KERAJAAN TIDAK PERNAH ABAIKAN INSTITUSI KESIHATAN DI NEGERI INI.. PENAMBAHBAIKKAN SENTIASA BERJALAN

    Pada masa ini, kementerian cuba menyasarkan untuk melahirkan 800 pakar setiap tahun bagi menampung keperluan ini. Bukan setakat doktor pakar, malah usaha dipertingkatkan untuk menambah jumlah doktor sedia ada kerana ia juga tidak memadai dengan keperluan negara setakat ini.

    BILA KERAJAAN AMBIL TENAGA PAKAR DARI LUAR, RAKYAT JUGA YANG BANTAH.. BILA KEKURANGAN TENAGA PAKAR, RAKYAT JUGA YANG BISING

    ReplyDelete
  48. KERAJAAN TIDAK PERNAH ABAIKAN INSTITUSI KESIHATAN DI NEGERI INI.. PENAMBAHBAIKKAN SENTIASA BERJALAN

    Keupayaan latihan di tujuh universiti awam dan lima kolej perubatan swasta perlu dipertingkatkan bagi melatih lebih ramai doktor, doktor gigi dan ahli farmasi.

    BILA KERAJAAN AMBIL TENAGA PAKAR DARI LUAR, RAKYAT JUGA YANG BANTAH.. BILA KEKURANGAN TENAGA PAKAR, RAKYAT JUGA YANG BISING

    ReplyDelete
  49. KERAJAAN TIDAK PERNAH ABAIKAN INSTITUSI KESIHATAN DI NEGERI INI.. PENAMBAHBAIKKAN SENTIASA BERJALAN

    Integrated Healthcare Holdings Bhd (IHH), sayap penjagaan kesihatan Khazanah Nasional Berhad kini berada dalam kedudukan terbaik untuk menarik semula kemasukan doktor dan pakar perubatan (rakyat Malaysia dan lain-lain) yang bekerja di luar negara, untuk berhijrah kembali ke tanah air.

    BILA KERAJAAN AMBIL TENAGA PAKAR DARI LUAR, RAKYAT JUGA YANG BANTAH.. BILA KEKURANGAN TENAGA PAKAR, RAKYAT JUGA YANG BISING

    ReplyDelete
  50. KERAJAAN TIDAK PERNAH ABAIKAN INSTITUSI KESIHATAN DI NEGERI INI.. PENAMBAHBAIKKAN SENTIASA BERJALAN

    Dengan kembalinya kumpulan pakar ini ke Malaysia, mereka boleh bertindak menjadi pelatih untuk melatih kumpulan doktor muda Malaysia, seterusnya membantu meningkatkan lagi aktiviti pembangunan modal insan tempatan ini pada tahap kelas dunia.

    BILA KERAJAAN AMBIL TENAGA PAKAR DARI LUAR, RAKYAT JUGA YANG BANTAH.. BILA KEKURANGAN TENAGA PAKAR, RAKYAT JUGA YANG BISING

    ReplyDelete
  51. Ministry of Health Malaysia is deeply committed to improving the quality of health services in the State.


    ReplyDelete
  52. Deputy Minister of Health, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, said various measures are being implemented to achieve the goal of providing better service to the people of Sabah.


    ReplyDelete
  53. She added that among the steps to improve the quality of health services would be the deployment of family health specialists in health clinics.

    ReplyDelete