Monday 24 December 2012

JANGAN TANYA ELAUN JIKA GOTONG-ROYONG!







Oleh: SHAIMON S JUMADI

KETUA  Bahagian UMNO  Sandakan, Tan Sri Haji Ampong Haji Puyon (gambar), berkata ketika cabaran era globalisasi, selain sibuk dengan tugasan seharian, semua pihak perlu tampil untuk mengadakan aktiviti tersebut berikutan kesannya terhadap semangat kejiranan.

Maka dengan itu, penduduk setempat tanpa mengira usia mahupun latar belakang seseorang, hendaklah melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti bergotong royong  kerana ia satu usaha murni ke arah memperkukuhkan perpanduan  kaum

Beliau berkata, menerusi gotong-royong ianya mampu mewujudkan persefahaman dan semangat saling menghormati memandangkan penduduk dapat bertemu sambil berinteraksi serta bertanyakan khabar.

Katanya, usaha menyemarakkan amalan ini amat dialu-alukan kerana dalam konteks masyarakat berbilang kaum di Malaysia, bergotong-royong merupakan satu kemestian mengambil kira pepatah 'Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat'.

"Apabila kita selalu merujuk kepada pepatah berkenaan, maka meningkatkan lagi semangat setiap daripada kita untuk menjalinkan silaturrahim memandangkan asas pembentukan masyarakat yang bersatu adalah melalui semangat kejiranan.

"Semangat kejiranan wajar dipupuk kerana manfaatnya terhadap perpaduan sudah terbukti. Oleh sebab itu, saya selalu mengingatkan penduduk kampung mahu pun taman-taman perumahan supaya jangan bertanyakan elaun sekiranya ada gotong-royong.

"Bergotong-royong ini merupakan kerja sukarela ... janganlah bertanyakan soal elaun sebaliknya tampil bersama-sama penduduk setempat untuk bergotong-royong kerana manfaat yang kita peroleh ialah jalinan muhibbah antara satu sama lain," jelasnya.

Ampong berkata demikian ketika berucap menyempurnakan perasmian Majlis Khatam Al-Quran di Masjid Saidina Ali Abi Thalib, Taman Mesra, Batu 4, dekat sini, kelmarin.

Serentak itu, kata beliau lagi, kemakmuran yang dinikmati rakyat dalam negara ini adalah disebabkan amalan masyarakat majmuk mengutamakan perpaduan sesama sendiri.

Jelasnya, sejak ketika merdeka keharmonian tidak pernah pudar kerana setiap kaum tanpa mengira bangsa dan fahaman politik saling bekerjasama dalam apa jua aktiviti sekali gus menjadikan negara ini contoh terbaik di seluruh dunia.

Tambahnya, rakyat terutama di Parlimen Sandakan wajar bersyukur kerana hidup dalam sebuah negara yang harmoni apatah lagi kerajaan Barisan Nasional (BN) dibawah pimpinan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak amat menitikberatkan perpaduan kaum dalam konteks Gagasan 1Malaysia.

Mengenai majlis itu, Ampong memuji usaha dan inisiatif penduduk di Taman Mesra yang sentiasa berusaha bagi memastikan penduduknya terutama golongan kanak-kanak mendapat ilmu pengetahuan yang berguna khusus dalam bidang agama Islam.

Ini katanya, kandungan kitab suci al-Quran perlu dihayati sedalam-dalamnya kerana ia bukan hanya membentuk keperibadian seseorang malahan mengukuhkan umat Islam dalam apa pun aspek kehidupan.

"Saya bangga apabila penduduk yang khatam al-Quran bukan saja golongan dewasa bahkan kanak-kanak. Ini satu perkembangan yang sangat baik demi kemajuan bangsa, agama dan negara," ujarnya.

55 comments:

  1. Usaha yang murni sebegini memang perlu diberikan sokongan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semangat kejiranan harus diperkukuhkan lagi..

      Delete
    2. Sokongan golongan awam amt diperlukan.

      Delete
  2. Gotong-royong ianya mampu mewujudkan persefahaman dan semangat saling menghormati antara semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, persefahaman dan toleransi amat diperlukan supaya misi dapat diselesaikan dengan sempurna.

      Delete
  3. Semangat kejiranan wajar dipupuk kerana manfaatnya terhadap perpaduan sudah terbukti.

    Memang kita patut memupuk semangat sebegini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semangat ini harus dipupuk sejak kecil lagi.

      Delete
  4. Maka lakukan usaha sebegini dengan hati yang ikhlas untuk mengekalkan perhubungan antara kejiranan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hubungan kejiranan amat penting agar keharmonian dapat dieratkan.

      Delete
  5. Jangan mudah kita terpedaya dengan pihak yang cuba memecah belahkan keharmonian bersama yang telah dikecapi bersama ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unsur yang merosakkan keharmonian negara harus dielakkan.

      Delete
  6. Semangat bergotong royong ni masih dapat dilihat di kampung2 terutama pada waktu ada keramaian tapi di bandar memang sukar sudah untuk melihat penduduknya bergotong royong.

    ReplyDelete
  7. Jangan ingat elaun saja. yang sangat penting sekarang ialah semangat bekerjasama dan muafakat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerja gotong royong tidak harus dikaitkan dengan mata duit.

      Delete
  8. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

    ReplyDelete
  9. Amalkan semangat bergotong royong. jangan pupuk sifat individualistik.

    ReplyDelete
  10. Jika rakyat tidak memberi sokongan, siapakah yagn boleh diharapkan?

    ReplyDelete
  11. Aktiviti gotong royong selalu dinampak di kawasan luar bandar sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kawasan bandar jarang ada aktiviti seperti ini.

      Delete
  12. Keharmonian harus dipeliharakan.

    ReplyDelete
  13. Kerja gotong royong dijalankan secara sukarela, pihak yang meminta elaun harus sedar diri juga.

    ReplyDelete
  14. bergotong royong, tapi minta elaun, nampak tak ikhlas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak bergotong royong, tidak harus kira sangat dengan upah atau elaun.

      Delete
  15. gotong royong dpt mengeratkan perpaduan.

    ReplyDelete
  16. tanpa elaun pun, aktiviti gotong-royong tetap mendatangkan faedah kepada masyarakat.. malah nilainya lebih tinggi dari elaun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manfaat pertama aktiviti gotong-royong adalah kawasan persekitaran bersih dan cantik. Sememangnya inilah tujuan utama kita bergotong-royong di kawasan perumahan.

      Delete
    2. Anjakan paradigma akan terjadi pada persekitaran yang kotor kepada cantik dan bersih apabila masyrakatnya saling bersatu bagai aur dengan tebing sebelum,ketika dan selepas aktivit gotong-royong. percayalah,segala penat lelah dan pengorbanan tidak kiralah dari segi masa,wang dan tenaga akan hilang sebaik sahaja melihat persekitaran yang cantik.

      Delete
    3. sebagai pelapis generasi masa depan,kita perlu menjadi tulang belakang kepada aktiviti gotong-royong kerana ia membawa pelbagai faedah kepada kita. Andaian bahawa aktiviti gotong-royong adalah aktiviti masyarakat desa sahaja perlu dikikis kerana hakikatnya ia membawa seribu satu faedah. Bergotong-royong bersama,masyarakat berjaya.

      Delete
  17. TPM pun dah cakap yang Pakatan Rapuh ini sudah gagal memerintah bukan saja di Selangor malah boleh dikatakan di setiap negeri jajahan mereka.

    ReplyDelete
  18. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kelemahan yang wujud pada pakatan itu adalah amat jelas jika dibandingkan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah memperkenalkan pelbagai perubahan untuk rakyat termasuk program transformasi kerajaan (GTP) dan Model Ekonomi Baru (MEB).

    ReplyDelete
  19. kerajaan BN juga telah berjaya memulihkan ekonomi negara dan ini terbukti apabila pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini diunjurkan sebanyak lima peratus.

    ReplyDelete
  20. BN telah banyak laksanakan pembangunan dalam tempoh dua tahun selepas pilihan raya umum lalu.

    ReplyDelete
  21. Walaupun Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) belum sampai setahun pentadbirannya, kita boleh lihat banyak perancangan jelas berasaskan gagasan 1Malaysia.

    ReplyDelete
  22. Dalam tempoh dua tahun pakatan pembangkang tidak membuat apa-apa manakala Perdana Menteri belum sampai setahun tetapi sudah banyak perubahan yang dibuat

    ReplyDelete
  23. Sepanjang dua tahun memerintah Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, tiada kesepakatan di kalangan parti yang menganggotai pakatan itu sehingga menyebabkan berlakunya kepincangan yang meruncing dalam pentadbiran di ketiga-tiga negeri berkenaan.

    ReplyDelete
  24. kejayaan kerajaan BN memperkenalkan segala perubahan selepas pilihan raya umum lalu berpunca daripada sikap tidak terikut dengan polemik politik yang cuba ditimbulkan pakatan pembangkang

    ReplyDelete
  25. Berikut adalah janji-janji Pakatan Rakyat Selangor semasa pilihanraya ke-12 dahulu:

    1. Janji potongan cukai pintu sebanyak 20 peratus untuk premis kediaman dan 10 peratus untuk premis perniagaan.
    2. Elaun tadika RM50 seorang setiap bulan
    3. Elaun anak pusat asuhan kanak-kanak sebanyak RM75 seorang setiap bulan.
    4. Elaun khas ibu-ibu yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.
    5. Elaun khas ibu tunggal.
    6. Bantuan kewangan untuk anak muda berkahwin.
    7. Bantuan geran untuk perniagaan.
    8. Sewa percuma sekurang-kurangnya tiga bulan pertama di premis perniagaan milik kerajaan negeri.
    9. Rawatan percuma untuk warga Selangor berusia 60 tahun ke atas.
    10. Bantuan masuk universiti.

    ReplyDelete
  26. Namun apa yang kita disajikan adalah:

    1. KY Jelly dan spender Levis percuma untuk Saiful Buhari.
    2. Sesi bergambar percuma bersama EXCO Selangor Elizabeth Wong.
    3. Duit zakat nak dibedal.
    4. MB berhutang dan sehingga sekarang belum bayar lagi.
    5. Arak bukan beer – bak kata Ronnie Liu.
    6. Premis urut semakin bertambah.
    7. Seks satu sedekah dan bukan rasuah.
    8. Projek babi mega dan kuil besar.
    9. ADUN boleh langgar orang sebab tidak mampu upah driver
    10. Kek RM 5 ribu percuma untuk orang yang boleh jamin syurga.

    ReplyDelete
  27. Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said public confidence in the Barisan Nasional (BN) leadership at the federal and state levels is growing because the coalition fulfills its pledges according to its capability.

    ReplyDelete
  28. He said the people realised that the BN was not a government that liked to play politics that was populist in nature nor made promises that were unrealistic.

    ReplyDelete
  29. He said the promises were proven through the various aid given to the people such as the 1Malaysia People’s Aid (BR1M), the existence of the 1Malaysia People’s Shop (KR1M) and the 1Malaysia People’s Menu, the granting of subsidies in the various sectors such as petrol subsidy.

    ReplyDelete
  30. BN are capable of doing what has been promised, thus will implement them as the government.


    ReplyDelete
  31. In addition, Najib also hinted that he would announce a ‘windfall’ for the settler community soon as well as several other incentives for the people.

    ReplyDelete
  32. “The quantum I will not disclose yet, when the time comes I will make the announcement. Let there be a little suspense,” he said.



    ReplyDelete
  33. “The quantum I will not disclose yet, when the time comes I will make the announcement. Let there be a little suspense,” he said.



    ReplyDelete
  34. However, he said there were quarters that tried to deny the efforts of the government in helping the people.

    ReplyDelete
  35. However, he said there were quarters that tried to deny the efforts of the government in helping the people.

    ReplyDelete
  36. He said the BN government constantly strived for the prosperity of the people and ‘did not know how to spin’.

    ReplyDelete
  37. “That is their (opposition’s) politics, always spinning, everything (that we do) is wrong. What we are doing for the people, they want to destroy,” he said.


    ReplyDelete
  38. “That is their (opposition’s) politics, always spinning, everything (that we do) is wrong. What we are doing for the people, they want to destroy,” he said.


    ReplyDelete
  39. He said that under the BN government since the country’s independence, a son of a fisherman had succeeded to become a menteri besar to lead a state.

    ReplyDelete
  40. Najib also expressed his commitment to continue to work hard as the prime minister for the sake of the people.

    ReplyDelete
  41. “I have told my wife that my days are getting longer and my nights shorter. But it is alright for the sake of the people,” he added.

    ReplyDelete