Monday 24 December 2012

MPS TINDAS 700 PEKERJA BUMIPUTERA?





WAWANCARA...Mohktar sedang diwawancara Sabahkini.Net mengenai penindasan MPS terhadap 700 pekerja

Oleh : SHAIMON S JUMADI

KETUA Penaja UMNO Cawangan Taman Raja Wali, Sungei Sibuga, Mokhtar Mohammad membidas sekeras-kerasnya terhadap Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) berhubung dengan pengeluaran surat Tawaran Jawatan Pekerja Rendah Awam Gaji Hari Berkuatkuasa 01 Januari 2013 yang membabitkan seramai lebih 700 orang yang menjadi mangsa keadaan.

“Sejak dari kelmarin, saya telah banyak menerima aduan daripada pekerja MPS mengenai tindakan MPS yang langsung tidak berkompromi dengan para pekerja, walaupun ada yang sudah berkhidmat lebih 7 tahun; tetapi masih bergaji hari RM35.81 sen sehari termasuk elaun dan syarat-syarat tertentu yang dikenakan,” tegasnya.

Kata beliau, mengikut surat yang terima daripada beberapa pekerja MPS yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Sandakan, antara lain menyebut “Selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bil: 7/2012 bertarikh 5 Oktober 2012. Surat lantikan tuan yang terdahulu rujukan MPS:[  ] 500-13/0021150/0002 bertarikh 18 November 2009 adalah DIBATALKAN berkuatkuasa 1 Januari 2013."

Lanjutan surat itu, tambahnya lagi, atas keperluan perkhidmatan Majlis dengan ini menawarkan semula jawatan Pekerja Rendah Awam Gaji Hari kepada pekerja berkuatkuasa 01 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013 (tempoh 1 tahun) dengan bayaran RM35.81 sehari.

Kata Mokhtar, tindakan yang dilakukan oleh MPS terhadap seramai lebih 700 orang pekerjanya disifatkan sebagai tidak berperi kemanusiaan langsung kerana tidak memberikan pertimbangan untuk diberikan jawatan tetap kepada mereka yang sudah lama berkhidmat.

Mokhtar tidak menafikan apa yang telah diperkatakan oleh Ahli Parlimen Sandakan yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk V.K Liew dalam satu kenyataan medianya yang tersiar di Sabahkini.Net bertarikh 11 November 2012 bertajuk 'PBT Digesa Lebih Proaktif' antara kandungannya berbunyi:

"Pihak PBT khususnya MPS  yang merupakan salah satu akar tunjang dan pusat pentadbiran Kerajaan BN maka harus memainkan peranan penting ke arah memperkasakan urus pentadbiran yang lebih efisyen untuk  menyelesaikan masalah rakyat."

Timbalan Menteri itu juga kata Mokhtar, pernah berkata; "....gara-gara perbuatan pihak MPS yang selalu mengguris hati masyarakat ini juga sebagai penyumbang kekalahan besar kepada calon-calon BN/UMNO yang bertanding pada pilihanraya umum nanti (PRU 13)."

Mokhtar berkata lagi, ekoran tindakan MPS yang mengeluarkan surat tawaran baru kepada lebih 700 orang pekerja  yang dianggap tidak releven itu; telah mencetuskan kemarahan mereka dan ini akan menimbulkan rasa kebencian mereka terhadap kerajaan BN/UMNO.

Sebagai penyokong tegar UMNO kawasan Libaran, kata Mokhtar kepada Sabahkini.Net dalam satu wawancara yang diadakan di Sandakan City Club kelmarin, beliau mendesak agar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Hj Aman campurtangan mengenai perilaku MPS yang bukan sahaja satu penindasan yang tidak mempunyai rasa peri kemanusian; malah  benar-benar mencemarkan nama baik kerajaan BN, di samping bakal menjejaskan sokongan rakyat terhadap perjuangan BN/UMNO di daerah Sandakan.

Tambah Mokhtar lagi, mereka yang menjadi mangsa keadaan akan mengutus surat rayuan kepada Perdana Menteri dan Ketua Menteri agar campurtangan mengenai tindakan MPS itu.

"Jangan salahkan 700 orang pekerja MPS yang juga merupakan pengundi tegar BN/UMNO. Sekiranya perkara ini tidak dapat diselesaikan menjelang pilihanraya nanti; maka mereka akan berpaling tadah mengundi calon-calon pembangkang pada PRU 13 nanti," kata Mokhtar yang menjelaskan desakan ini bukan satu ugutan atau gertakan; cuma sebagai satu peringatan kepada para pemimpin BN/UMNO yang tidak mahu membela 700 pekerja bergaji hari tersebut.


Jelasnya lagi, perbuatan MPS ini akan dijadikan propaganda dan senjata pihak parti-parti pembangkang untuk menghentam habis-habisan kerajaan BN/UMNO yang menjurus kepada meracuni buah fikiran rakyat jelata untuk membenci kerajaan BN/UMNO dan tidak mengundi mana-mana calon BN yang bertanding nanti.

64 comments:

  1. MPS perlu memastikan masalah ini dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  2. Penindasan yang dibuat oleh MPS ini sememangnya tidak patut berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak harus bertindas terhadap rakyat.

      Delete
    2. Harus mencari cara penyelesaian yang memenangi semua pihak.

      Delete
  3. MPS memang ada kuasa buat semua itu, tapi apa yang dilakukan ini telah menjejaskan 700 pekerja bumiputera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gaji minima ini mendatangkan impak yang tidak terjangka.

      Delete
  4. Apa yang MPS cuba lakukan sebenarnya? Ini akan membuat pekerja tidak senang dengan pengurusan sebegini.

    ReplyDelete
  5. Tindakan MPS juga juga bukan sana memburukan nama MPS sendiri malah benar-benar mencemarkan nama baik kerajaan BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak harus bertindak mengikut perasaan.

      Delete
    2. Adakah cara ini dikirakan terbaik untuk menyelesaikan isu?

      Delete
  6. Pegawai daerah di Sabah perlu membudayakan ciri kepimpinan dan kebijaksanaan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman

    ReplyDelete
  7. Katanya, nilai tersebut penting bagi menggambarkan imej dan kewibawaan perkhidmatan awam dan kerajaan pada keseluruhannya dalam melaksanakan program melibatkan rakyat di peringkat akar umbi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua perubahan harus dilaksanakan secara berperingkat. Jangan membiarkan rakyat menjadi mangsanya.

      Delete
  8. "Tuan-tuan dan puan-puan perlu lebih proaktif dan inovatif dalam melaksana, memantau dan menilai pelaksanaan segala program dan dasar-dasar kerajaan dari semasa ke semasa."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar, harus memaktau dan menilai program yang dilaksanakan.

      Delete
  9. "Program turun padang hendaklah diperbanyakkan dan dibudayakan bagi melihat perkembangan pelaksanaan projek-projek," katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus turun padang dan memantau perkembangan projek yang dilaksanakan agar tiada penyelewengan atau projek yang tidak dapat disiapkan dalam tempoh.

      Delete
    2. Cuma budaya turun padang ini yang boleh memahami keadaan rakyat secara mendalam.

      Delete
  10. Musa juga berkata peranan pegawai daerah bukan sahaja penting sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat, tetapi juga menjadi tumpuan dalam menyelesaikan pelbagai masalah setempat seperti bencana alam, pembahagian atau pendudukan tanah, keselamatan, gejala sosial, penyediaan kemudahan asas dan perkara berkaitan hak asasi anak negeri.

    ReplyDelete
  11. Khairy Jamaluddin meyifatkan UMNO telah melaksanakan tanggungjawab dan tugas dengan baik dalam memimpin negara bersama rakan-rakan komponen menerusi Barisan Nasional BN).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikap kerjasama dan persefahaman harus sentiasa diamalkan.

      Delete
    2. Unsur persefahaman amat diperlukan untuk memperjuangkan misi parti bersama.

      Delete
  12. Menurut beliau atas dasar itu UMNO dilihat sebagai sebuah parti yang unik merupakan formula serta ramuan dalam mentadbir negara untuk kepentingan rakyat secara menyeluruh.

    ReplyDelete
  13. "Jelas terbukti UMNO telah menjalankan tanggungjawab dan tugas memimpin negara kita dengan adil dan saksama terhadap seluruh rakyat Malaysia tidak kira agama, kaum, bangsa dan latar belakang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keep going so that its benefit more the people.

      Delete
  14. "Dan ini amat unik sekali sebab walaupun UMNO diasaskan untuk orang Melayu dan bumiputera tetapi kita telah buktikan dengan kerjasama parti-parti komponen menerusi BN kita tidak meminggirkan mana-mana kaum yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua kaum harus diberi perhatian dan bantuan yang berpatutan.

      Delete
    2. Perhatian tidak harus menumpu kepada satu-satu kaum sahaja. Harus mengambil berat masalah dan perkembangan untuk semua kaum.

      Delete
  15. "Malah kita telah membuktikan kepimpinan melayu adalah satu kepimpinan yang disanjung tinggi yang dapat beri perlindungan kepada setiap rakyat Malaysia dan dapat member peluang kepada adil kepada semua kaum yang ada di negara ini.

    ReplyDelete
  16. "Saya rasa itulah formula yang digunapakai dengan jayanya oleh pemimpin UMNO selama 66 tahun dan orang Melayu sudah semestinya dan saya rasa majoriti menyokong UMNO sebab kita tidak lari daripada perjuangan untuk agama, bangsa dan mempertahankan tanah air untuk semua," katanya

    ReplyDelete
  17. "UMNO Pembela Rakyat 66 tahun bermaksud kalau kita tengok dan imbas kembali sejarah negara waktu UMNO ditubuhkan negara kita belum lagi merdeka, ramai kalangan orang Melayu dan mereka yang duduk di tanah Melayu pada waktu itu hidup dalam belenggu kemiskinan dan tiada keperluan asas dan tidak ada kemajuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMNO harus membaiki kelemahan. Ada banyak palesit dalam parti.

      Delete
    2. Yang kaya terus kaya, yang miskin masih rakyat sendiri.

      Delete
  18. "Tetapi kalau kita tengok hari ini kita dah basmi miskin tegar, kadar kemskinan jauh telah turun bukan hanya orang Melayu Bumiputera seluruh rakyat. Segala pembangunan dan kemajuan ekonomi yang kita lihat hari ini adalah usaha daripada UMNO dan rakan-rakan kita dalam BN. Sebab itu kita berani cakap UMNO pembela rakyat.

    ReplyDelete
  19. "Kita bukannya parti yang kekal berkuasa berpuluhan tahun semata-mata atas kekuatan kuasa kita sahaja macam kuku besi. Kita menang pilihan raya tiap lima tahun dan setiap kali dapat mandat kita akan perkenalkan dasar baru untuk membela rakyat. Sebab itu kita tetap relevan dan kita berani menggunakan slogan pembela rakyat sebab kita dah tengok secara hakiki perubahan itu telah menjadi kenyataan," katanya.

    ReplyDelete
  20. Khairy seterusnya berharap agar rakyat melihat UMNO secara menyeluruh dan sejarah parti bersama rakan-rakan komponen BN lain yang telah banyak berjasa kepada rakyat di negara ini.

    ReplyDelete
  21. "kita pembela kepadarakyat 66 tahun dan bukan sahaja sejarah tetapi idea dan kemampuan kita untuk memimpin hari ini dan masa akan datang. Kita bukannya parti yang tidak ada pelan tetapi UMNO dan BN kita yang mendokong aspirasi dan juga dasar kerajaan hari ini yang dibawa Datuk Seri Najib Razak iaitu transformasi politik, ekonomi dan kerajaan yang akan mewujudkan sebuah negara berpendapatn tinggi menjelang 2020.

    ReplyDelete
  22. "Pelan kita dah cantik, misi dan ada visi dah ada......Cuma kita harap rakyat akan nilai antara mereka yang pandai buat janji tetapi tidak dapat ditunaikan yang sebenarnya janji mereka terlalu manis. UMNO dan BN ada track record 66 tahun pembela rakyat yang akan pastikan kita jaga Malaysia dengan baik," katanya.

    ReplyDelete
  23. Rakyat tahu siapakah yang benar boleh membawa perkembangan dan memberi terbaik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  24. MPS harus bertindak bijak terhadap rakyat. Semua masalah dapat ditanggani dengan hati yang tenang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lets address the roots cause for better solution.

      Delete
    2. pekerja2 MPS juga perlu bertindak bijak dan profesional.. jika ada ruang untuk berbincang, bawa saja berbincang.. jika benar MPS telah melakukan kesalahan, ambil saja tindakan undang2..

      Delete
  25. Semoga kerajaan dapat membela nasib 700 pekerja tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib pekerja2 tersebut harus dibela.

      Delete
    2. kalau ikutkan, bukan 700 pekerja itu saja yang memerlukan pembelaan, malah seluruh rakyat sabah juga perlukan pembelaan.. mungkin ada kewajarannya juga jika seluruh rakyat sabah membuat aduan di sabahkini dengan menuduh kerajaan kononnya menindas mereka ekoran tidak semua 3 juta penduduk sabah ini diserap masuk ke jabatan2 kerajaan..

      Delete
  26. penindasan terhadap pekerja harus dihentikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika benar ianya satu penindasan dan MPS telah melakukan kesalahan, sepatutnya pekerja2 yang rasa "tertindas" ini mengambil tindakan undang2..

      Delete
  27. tanpa pekerja, sesebuah organisasi takkan berjalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanpa organisasi, maka ramailah penganggur di sabah..

      Delete
  28. baca balik surat perjanjian antara pekerja dengan MPS.. jika ada sebarang percanggahan antara isikandung surat dengan tindakan MPS, ambil saja tindakan undang2.. tidak perlu mewar2kan dimedia menuduh pihak itu ini salah sedangkan mereka juga tidak tahu dimana silapnya..

    ReplyDelete
  29. kenapa pengadu tidak berbincang dahulu dengan pihak MPS sebelum membuat kenyataan di media sabahkini?? mau dapat publisiti juga ka?

    ReplyDelete
  30. kalau MPS buang pekerja sekalipun, itu hak MPS.. untuk meningkatkan dan memperbaiki pengurusan dan pentadbiran MPS, tindakan2 drastik seperti ini perlu dilaksanakan..

    ReplyDelete
  31. sekali sekala perlu juga pekerja2 MPS ini bertanyakan kepada diri sendiri tentang apa sumbangan yang telah mereka buat kepada MPS dan penduduk di daerah sandakan..

    ReplyDelete
  32. Dunia perniagaan Melayu/bumiputera sangat berbeza dengan orang Cina

    ReplyDelete
  33. Kita perlu mengakui dalam dunia perniagaan Melayu/bumiputera memang jarang dan sukar usahawan Melayu/bumiputera akan tolong sesama usahawan Melayu/bumiputera.

    ReplyDelete
  34. Keadaan ini jauh berbeza dengan dunia perniagaan orang Cina yang akan saling bantu membantu sesama mereka.

    ReplyDelete
  35. Dalam konteks Melayu/bumiputera tolong Melayu/bumiputera, pengalaman menegaskan bahawa cuma kakitangan awam kerajaan yang mengamalkan perkara tersebut. Ini pun disebabkan polisi kerajaan.

    ReplyDelete
  36. Cuba kita renungkan persoalan-persoalan ini. Adakah pengilang-pengilang Melayu/bumiputera mengeluarkan barangan yang boleh dijual di kedai Melayu/bumiputera atau dijual peniaga atau pembekal Melayu/bumiputera? Jawapannya tidak, majoriti mereka membuka kilang untuk tender/kontrak kerajaan melainkan perniagaan makanan dan minuman sahaja.

    ReplyDelete
  37. Adakah pengilang-pengilang Melayu/bumiputera membeli barangan keperluan kilang daripada usahawan Melayu/bumiputera atau pembekal Melayu/bumiputera?. Jawapannya juga tidak, keseluruhannya mereka mendapatkan daripada peniaga Cina dengan alasan sudah biasa dan harga lebih murah.

    ReplyDelete
  38. Selain itu, adakah juga kontraktor-kontraktor binaan Melayu/bumiputera yang dapat kontrak kerajaan bernilai jutaan ringgit mendapatkan bekalan mereka daripada pembekal Melayu/bumiputera? Jawapannya juga tidak, hanya kontraktor-kontraktor Melayu/bumiputera yang dapat projek sahaja, menjadi kaya dan mendapat manfaat ialah ratusan malah ribuan pembekal Cina.

    ReplyDelete
  39. Contoh lain, mengapa orang Melayu/bumiputera lebih suka menghantar kereta mereka ke bengkel orang Cina dengan alasan sudah biasa dan lebih yakin perkhidmatan di bengkel orang Cina. Orang Melayu/bumiputera juga lebih suka minum di kopitiam kepunyaan orang Cina yang diragui status halal makanan disediakan.

    ReplyDelete
  40. Dalam dunia perniagaan Melayu/bumiputera sebenarnya tidak ada sikap ‘bagai aur dengan tebing’. Justeru, sikap dan mentaliti usahawan Melayu/bumiputera perlu berubah secara total terhadap slogan ‘Melayu/bumiputera tolong Melayu/bumiputera’ dan hasrat kerajaan untuk mencapai sasaran 30 peratus usahawan melayu/Bumiputera.

    ReplyDelete
  41. Sebenarnya, kunci kejayaan dan kekuatan bangsa Cina dalam bidang ekonomi terletak pada kewujudan apa yang dipanggil ‘jaringan pohon buluh’ dalam kalangan usahawan mereka. Malah jaringan ini diamalkan dalam dewan dan persatuan perniagaan bangsa Cina dalam kalangan usahawan mereka. Dalam kata lain orang Cina mempunyai tahap perpaduan dan kerjasama erat dalam kalangan usahawan mereka hingga dapat menguasai bidang ekonomi di Malaysia, malah di serata pelosok tempat di dunia ini.

    ReplyDelete
  42. Walaupun kerajaan melalui agensi-agensinya sentiasa memberi sokongan dan membantu usahawan Melayu/bumiputera, ia tidak akan berjaya sekiranya mereka tidak mengubah sikap ‘ Melayu/bumiputera tolong Melayu/bumiputera’ dan mengamalkan ‘jaringan pohon buluh’ seperti diamalkan kalangan usahawan Cina selama ini di negara kita.

    ReplyDelete