Wednesday 5 December 2012

RAKYAT SABAH PERLU CARI SEORANG KHADAM?




                       
Saudara Pengarang,

PILIHANRAYA UMUM KE-13 semakin hampir dan sewajarnya rakyat jelata Sabah, mencari seorang 'Chief Khadam' iaitu Ketua Menteri Sabah daripada Gabungan Pakatan Rakyat mestilah memenuhi syarat-syarat sumpah rakyat Sabah.

Beliau haruslah bebas daripada terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perniagaan sebelum atau selepas, diangkat sebagai Ketua Menteri. Utamakan calon yang tidak pernah terlibat dalam perniagaan sebelum ini kerana mereka yang pandai berniaga agak berisiko untuk menyalah gunakan kuasa nanti;

Beliau hanya menerima pendapatan bulanan daripada gaji dan elaunnya sebagai Ketua Menteri, sesuai dengan jawatannya sebagai 'Khadam' kepada rakyat, tidak dibenarkan melibatkan diri dan keluarganya dalam apa-apa jawatan dalam kerajaan, termasuk dalam GLC kerajaan;

Beliau tidak menghadapi masalah moral, seperti kaki judi, kaki betina dan pernah menyalah guna kuasa;

Beliau tidak boleh menerima sebarang pangkat kebesaran beliau semasa menjadi Ketua Menteri seperti Ketua Menteri Pulau Pinang yang tiada mempunyai dapat apa-apa darjah kebesaran semasa menjadi Ketua Menteri;

Semasa menjadi Ketua Menteri, semua keputusan yang ada kepentinggan dengan dirinya;  seperti pemohonan tanah dari kawan rapatnya atau saudara maranya tidak boleh diteruskan, serta diharamkan melalui undang-undang khas;

Beliau mestilah seorang yang berintergarti serta berprinsip; jika disyaki atau didapati terlibat untuk menjaga kepentingan diri dan kawan atau saudara, beliau  patut meletakan jawatan serta merta; tidak perlu tunggu keputusan mahkamah seperti para pemimpin Jepun, yang akan terus meletakan jawatan jika ada kes didedahkan pada umum;

Beliau atau saudara mara atau kroni atau proksinya tidak boleh memohon walau seinci tanah Sabah semasa masih menjadi Ketua Menteri;

Beliau tidak boleh meluluskan sebarang projek kepada syarikat milik dirinya atau proksi atau kawannya semasa beliau masih menjadi Ketua Menteri;

Beliau dan anggota kabinetnya mesti mengistiharkan harta mereka sendiri serta keluarga setiap 6 bulan sekali dan mesti diisytiharkan di surat khabar utama Sabah, media internet (seperti kerajaan PR Pulau Pinang);

Beliau  seorang yang adil kepada semua bangsa dan rumpun Sabah, dari semua segi, seperti pelantikan jawatan politik, jawatan awam, biasiswa dan agehan peruntukan;

Beliau boleh diharap menyelesaikan masalah pati di Sabah, sekurang-kurangnya dalam masa dua tahun menjadi Ketua Menteri boleh mengusir atau menghantar balik sekurang-kurangnya  300,000 pati di Sabah ke negara asal mereka;
Beliau mesti seorang yang mempunyai wawasan untuk menyelamatkan belia-belia Sabah yang tiada pekerjaan, sehingga mereka berhijrah ke Semenanjung dan Singapura untuk mencari kerja;

Beliau  mestilah seorang yang boleh selesaikan masalah prasarana awam seperti jalanraya ke bandar Kota Kinabalu, termasuk masalah kesesakan lalu lintas di waktu puncak;

Beliau sentiasa mendengar keluhan rakyat, seperti rungutan berhubung permintaan Amanah Rakyat Sabah dikembalikan kepada rakyat Sabah setelah dimansuhkan secara curang oleh kerajaan PBS;

Inilah antara intipati sumpah permintaan rakyat Sabah untuk bakal Ketua Menteri Sabah akan datang yang wajib ditunaikan bakal Ketua Menteri Sabah.

Antara calon-calon yang boleh difikirkan layak menduduki kerusi Ketua Menteri Kerajaan Pakatan Rakyat Sabah ialah Haji Ansari Abdullah, Thamrin Haji Jaini, Jimmy Wong, Edward Mujie, Haji Hamzah Abdullah dan sebagainya.

Bagi menjayakan misi keramat ini, rakyat Sabah wajib keluar mengundi lebih awal bagi mengelak Pilihanraya dimonopoli pengundi hantu yang diupah pihak tertentu untuk mengubah keputusan PRU-13.

Salam Hormat,

MOHD DANIAL ADULLAH

28 comments:

  1. Edward Mujie pun termasuk dalam senarai? dia ngam jadi Menteri parit saja tu.. dia kan suka bergambar di parit dan longkang. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggulah bila Pembangkang menang. mungkin boleh dipertimbangkan jadi menteri:)

      Delete
  2. Jimmy Wong lagi? habis sijil anak negeri nnti dia palsukan.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapakah senarai yang benar berkeupayaan?>

      Delete
    2. Biar pembangkang tentukan sendiri la.

      Delete
    3. Itu sebab pembangkang tidak boleh di percayai.

      Delete
  3. hakikatnya pemimpin PR di Sabah semua tak layak jadi KM, semua tak boleh pakai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut janji Anwar, Lajim yang akan jadi KM.

      Delete
    2. Kalau Lajim jadfi KM, bukan tambah maju Sabah,lain kejadian dia.

      Delete
  4. Sabah have already got a great CM.

    ReplyDelete
  5. Beliau dan anggota kabinetnya mesti mengistiharkan harta mereka sendiri serta keluarga setiap 6 bulan sekali dan mesti diisytiharkan di surat khabar utama Sabah, media internet (seperti kerajaan PR Pulau Pinang);

    Baguslah jika pemimpin sanggup mengistiharkan hartanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tindakan ini juga baik untuk bersihkan namka dari senarai rasuah.

      Delete
    2. Rasanya pengisytiharan harta bagi setiap pemimpin sudah dicadangkan dulu tapi masih belum ada juga yang mengatakan ia diterima memandangkan ada kesan negatif yang akan dihadapi.

      Delete
  6. Bagi menjayakan misi keramat ini, rakyat Sabah wajib keluar mengundi lebih awal bagi mengelak Pilihanraya dimonopoli pengundi hantu yang diupah pihak tertentu untuk mengubah keputusan PRU-13.

    Isu pengundi hantu harus ditanggani, banyak diantaranya adalah tidak layak langsung untuk mengundi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapakah yang memberi kelayakan untuk mereka mengundi?

      Delete
    2. Senarai pengundi perlu dibersihkan sebelum PRU.

      Delete
  7. Lets see whether the people will give chance to PR to replace BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak perlulah kita meramal.tunggu saja PRU-13 nanti.

      Delete
  8. Adakah calon PR benar berkelayakan?

    ReplyDelete
  9. I thought Musa is the better choices?

    ReplyDelete
  10. Ketua Menteri Kerajaan Pakatan Rakyat Sabah ialah Haji Ansari Abdullah, Thamrin Haji Jaini, Jimmy Wong, Edward Mujie, Haji Hamzah Abdullah dan sebagainya.


    Apakah komen senarai colon ini?

    ReplyDelete
  11. The MCA has alleged that the PKR-led Selangor government had wasted RM1 billion of public funds in the Talam deal.

    ReplyDelete
  12. In July, MCA’s Datuk Chua Tee Yong revealed that Khalid’s administration had bought over Talam Corp’s RM676 million assets to clear the firm’s outstanding debts of RM392 million to three state subsidiaries.

    ReplyDelete
    Replies
    1. He further claimed that the RM392 million in the supplementary budget approved by the state assembly in November 2010 to MBI was used by the state government for the alleged bailout.

      Delete
  13. The white paper does not answer these questions effectively.

    ReplyDelete
  14. Most importantly, the main premise of MCA’s allegations against the deal are still true – that the Selangor state government paid much more than the prevailing market price when it bought land from Talam as part of the “bailout”.

    ReplyDelete