Monday 24 December 2012

SHAFIE APDAL DILUDAH?



 


SAKSIKAN kepincangan KKLW yang menggunakan FELCRA sebagai Agensi Pelaksana Projek Luar Bandar di Sabah. Jalan Bakuku-Ulu Tomani menjadi MERCU TANDA kegagalan FELCRA dalam bidang kejuruteraan pembinaan jalanraya di Sabah. Walaupun projek ini hanya bernilai lebih RM 2 juta; tetapi impak politiknya amat serius dan kemungkinan menghakis keyakinan pengundi terhadap kerajaan Barisan Nasional. TAHNIAH! Shafie Apdal kerana layak dilabel sebagai 'Pengkhianat' kepada UMNO. 


63 comments:

  1. Felcra Berhad akan meningkatkan projek memajukan tanah terbiar di Sabah bagi membantu menangani masalah kemiskinan tegar terutama di kawasan luar bandar negeri itu, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Mohd Nasir Baba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tindakan yang bijak untuk membaiki lagi taraf kehidupan masyarakat.

      Delete
  2. Beliau berkata sehingga kini, Felcra telah memajukan tanah seluas 9,000 hektar di Sabah yang memberi manfaat kepada 2,015 peserta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga jumlah yang dimanfaatkan semakin banyak dan ekonomi di Sabah juga dapat diperbaiki lagi.

      Delete
  3. Katanya keluasan tanah yang diusahakan oleh Felcra di negeri ini adalah sedikit berbanding di negeri lain seperti di Pahang dan Sarawak seluas 60,000 hektar dan Perak (40,000 hektar).

    ReplyDelete
  4. Projek agropolitan terbaru yang akan dilaksanakan Felcra di Sabah adalah memajukan dua projek tanah terbiar seluas 150 hektar di Semporna, katanya.

    ReplyDelete
  5. Mohd Nasir berkata projek agropolitan menjadi tumpuan dalam memajukan tanah terbiar di negeri ini dengan tanaman sesuai seperti kelapa sawit dan getah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelapa sawit dan getah ada potensi yang baik di mata dunia.

      Delete
  6. Katanya projek agropolitan pertama dilaksanakan Felcra di Sabah membabitkan tanaman getah di Pulau Banggi, Kudat yang dimulakan sejak 2007 dan telah mula memberi faedah kepada penduduk setempat dalam menjana pendapatan dan kegiatan sosio-ekonomi masyarakat.

    ReplyDelete
  7. Lebih 2,500 peneroka Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) di Sabah menerima dividen berjumlah RM5 juta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jumlah dividen yang amat menggalakkan. Rakyat sendiri harus juga usaha untuk membaiki kehidupan masing-masing.

      Delete
  8. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata setiap daripada mereka akan menerima antara RM3,000 hingga RM60,000 bergantung kepada syer yang dimiliki.

    ReplyDelete
  9. "Daripada jumlah itu, seramai 25 peneroka di daerah Semporna menerima dividen berjumlah RM521,000 yang diyakini dapat meningkatkan taraf ekonomi terutamanya kepada masyarakat luar bandar khususnya daerah Semporna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usaha ini dapat membantu rakyat di luar bandar untuk membaiki taraf hidup.

      Delete
  10. "Kerajaan menyambut baik tindakan ini (pemberian dividen) selaras dengan hasrat kerajaan dalam memberikan kehidupan yang selesa kepada penduduk luar bandar," katanya kepada pemberita di Semporna malam tadi.

    ReplyDelete
  11. Beliau yang ditemui selepas menyampaikan dividen kepada peneroka Felcra daerah Semporna serta majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Bugaya, berkata sebanyak RM3.6 juta diperuntukkan Felcra bagi membayar dividen peneroka di Sarawak.

    ReplyDelete
  12. Kerajaan persekutuan katanya akan terus berusaha menyediakan infrastruktur asas yang baik kepada penduduk luar bandar selain menitik beratkan pembangunan ekonomi dan taraf hidup masyarakat kawasan berkenaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sistem infra di Sabah masih perlu diperbaiki lagi. Sistem ini menggalak pelaburan asing.

      Delete
  13. Lebih 70 peratus siling pembangunan berjumlah RM14.93 bilion yang diluluskan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan disalurkan kepada pembangunan infrastruktur asas luar bandar mulai tahun hadapan, kata menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

    ReplyDelete
  14. "Peruntukan itu bagi tempoh dua tahun pertama Rancangan Malaysia ke-10 yang bermula pada tahun hadapan," katanya.

    ReplyDelete
  15. Mesyuarat itu diadakan dua kali setahun bagi memantapkan penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam perancangan serta pelaksanaan program dan projek pembangunan luar bandar supaya dapat dijalankan dengan berkesan demi manfaat golongan sasar.

    ReplyDelete
  16. Mohd Shafie berkata infrastruktur asas luar bandar merupakan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dengan tumpuan kepada Jalan Luar Bandar; Bekalan Air Luar Bandar; Bekalan Elektrik Luar Bandar; dan Program Bantuan Rumah.

    ReplyDelete
  17. Katanya tahun ini merupakan tahun pertama pelaksanaan NKRA di mana peruntukan bagi bidang itu tahun ini adalah sebanyak RM3.22 bilion.

    ReplyDelete
  18. "Setakat ini pelaksanaan projek NKRA menepati sasaran dan saya gembira atas pencapaian ini. Kalau ada kelewatan tidak akan menjejaskan prestasi keseluruhannya," katanya.

    ReplyDelete
  19. Mohd Shafie berkata sehingga akhir Oktober lepas, 591.7km Jalan Luar Bandar telah siap dibina dan 213.9km jalan sedang dalam pembinaan manakala sebanyak 9,431 buah rumah di bawah Program Bantuan Rumah telah siap dibina atau dibaik pulih.

    ReplyDelete
  20. Dalam tempoh sama, sebanyak 20,929 buah rumah telah disambungkan dengan bekalan air bersih atau terawat dan sebanyak 19,401 buah rumah telah mendapat bekalan elektrik, katanya.

    "Secara keseluruhan semua program menepati sasaran," katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Program ini harus diteruskan agar semua masyarakat khas kawasan luar bandar juga menikmati bekalan tersebut.

      Delete
  21. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) berjaya melepasi sasaran bagi rancangan pelaksanaan projek pembangunan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk menyediakan Infrastruktur Asas Luar Bandar di seluruh negara.

    ReplyDelete
  22. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) berjaya melepasi sasaran bagi rancangan pelaksanaan projek pembangunan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk menyediakan Infrastruktur Asas Luar Bandar di seluruh negara.

    ReplyDelete
  23. KKLW berjaya membina jalan sepanjang 727.33 kilometer (km) sehingga November lepas, meliputi 254.62 bagi negeri Sabah, 156.36 Sarawak dan 316.35 jalan di Semenanjung Malaysia.

    ReplyDelete
  24. Pembinaan jalan raya itu satu pencapaian memberangsangkan dan melepasi sasaran awal iaitu 663.91 km untuk mencapai sasaran menyiapkan 905.12 km jalan termasuk di seluruh negara dalam tempoh tahun 2011.

    ReplyDelete
  25. Menyentuh bekalan air luar bandar, katanya, kementerian berjaya menyediakan bekalan air kepada 46,285 buah rumah di seluruh negara.

    ReplyDelete
  26. daripada jumlah itu sebanyak 13,530 rumah untuk Sabah, 14,316 bagi negeri Sarawak dan 18,439 lagi rumah di Semenanjung Malaysia untuk mencapai sasaran keseluruhan 58,087 buah rumah pada tahun ini.

    ReplyDelete
  27. Lain-lain kemudahan infrastruktur luar bandar yang terdapat dalam NKRA kementerian seperti bekalan elektrik,dan membaik pulih rumah rosak yang sedang giat dilaksana untuk memastikan ia berjalan lancar bagi memastikan kemudahan berkenaan disediakan pada tahun ini.

    ReplyDelete
  28. kementerian meletakkan sasaran untuk menyediakan bekalan elektrik kepada 26,882 buah rumah di seluruh negara.

    ReplyDelete
  29. Kementerian sudah berjaya melengkapkan 21,023 buah rumah dengan kemudahan elektrik membabitkan 4,082 (Sabah), 12,054 (Sarawak) dan 4,887 rumah di Semenanjung Malaysia.

    ReplyDelete
  30. Manakala bagi pembinaan bantuan rumah pula kementerian menyasarkan untuk membinan sejumlah 9,146 buah rumah di negara ini tahun ini.

    ReplyDelete
  31. sehingga 30 November lepas kementeriannya berjaya membina sebanyak 9,885 buah rumah, melepasi sasaran awal 7,120 buah rumah. Jumlah berkenaan, katanya, melibatkan 4,282 di Semenanjung Malaysia, 2,865 di Sarawak dan 2,738 rumah di Sabah.

    ReplyDelete
  32. pelaksanaan projek NKRA yang dijalankan di seluruh negara kini berjalan lancar hasil kerjasama kementerian dengan kerajaan negeri.

    ReplyDelete
  33. Walaupun berdepan dengan masalah teknikal dan bekalan barangan melibatkan kontrak pasir dan batu kerikil, tetapi kerajaan negeri memberi kerjasama dan sokongan padu untuk kelancaran projek yang memberi manfaat rakyat.

    ReplyDelete
  34. sistem perancangan rapi disediakan pihak kementerian untuk meneruskan projek tersebut pada tahun depan. Pengalaman yang dilalui pada 2010 dan 2011 akan digunakan untuk meningkatkan pencapaian pada tahun 2012 nanti.

    ReplyDelete
  35. Mana-mana kampung dan kawasan yang tertinggal bagi projek ini kita akan masukkan untuk perancangan akan datang nanti.

    ReplyDelete
  36. Program pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam termasuk projek-projek jalanraya untuk memberi kemudahan asas kepada kawasan-kawasan yang dikenalpasti boleh merangsang pertumbuhan sosio-ekonomi di samping memperluaskan lagi aksesibiliti ke kawasan-kawasan terpencil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembangunan infrastruktur dan perhubungan disediakan sebanyak RM763.7 juta. Daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM742.95 juta adalah untuk jalanraya dan jambatan, RM13.5 juta untuk pelabuhan dan dermaga dan RM7.25 juta untuk perkhidmatan keretapi.

      Delete
  37. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yakin sasaran 95 peratus liputan infrastruktur terutama jalan raya di seluruh Sabah dan Sarawak, menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah Program Transformasi Kera­jaan (GTP) 2.0, akan tercapai menjelang tahun 2015. Beliau berkata dalam tem­poh tiga tahun pelaksanaan GTP 1.0, kerajaan melak­sanakan projek infrastruktur di sepanjang jalan di Seme­nanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

    ReplyDelete
  38. “Kalau kita lihat apa yang kita rangka di bawah NKRA dan yang kita capai berdasar­kan fakta yang ada, jumlah jalan sudah mencecah seh­ingga 1,700 lebih kilometer di seluruh negara.

    “Sasaran awal kita (GTP 1) cuma 1,500km sahaja. Ini pun sudah mengatasi sasaran yang kita jangkakan dalam tempoh tiga tahun di bawah NKRA (di bawah GTP 1),” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri

    ReplyDelete
  39. Mohd Shafie berkata demi­kian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jaba­tan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala baru-baru ini bahawa NKRA luar bandar meletak sasaran 95 pera­tus liputan infrastruktur di seluruh Sabah yang antara lain membabitkan keperluan menyediakan jalan raya, air dan elektrik bagi golongan sasar.

    Mohd Shafie juga yakin kementeriannya akan diberi peruntukan yang mencukupi bagi menjayakan misi GTP 2.0 terutama yang membabitkan pembangunan luar bandar.

    ReplyDelete
  40. “Saya sudah bangkitkan dalam kabinet bahawa ka­wasan luar bandar di negara ini terutama di Sabah dan Sarawak masih lagi memer­lukan bantuan daripada segi kewangan bagi memastikan kita dapat menghubungkan semua kampung.

    “Dengan adanya perhubungan (jalan raya) yang baik, ia bukan sahaja membolehkan penduduknya dapat manfaat tetapi juga hasil keluaran, tangkapan dan pertanian mereka dapat dipasarkan, sekali gus meningkatkan pendapatan mereka,” katanya.

    ReplyDelete
  41. “Saya penuh yakin berdasarkan keperluan yang kita kemukakan kalau itu dapat dipersetujui, ia dapat menjayakan agenda untuk memastikan semua kampung di negara ini dapat dihubungi melalui jalan raya,” katanya.

    ReplyDelete
  42. Setakat ini, hampir 96 peratus kawasan di Semenanjung Malaysia mempunyai kemudahan jalan raya manakala di Sabah dan Sarawak, peratusannya kini melebihi 70 peratus, katanya sambil menambah sekitar 60 peratus kawasan di Sabah dan Sarawak sudah menikmati kemudahan bekalan air dan elektrik.

    ReplyDelete
  43. KERAJAAN Sabah menyasarkan untuk menurap jalan raya sejauh 7,000 kilometer, yang dijangka menelan belanja RM10 bilion, menjelang tahun 2020.

    Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri, Datuk John Anthony berkata ini selaras dengan wawasan kerajaan yang mahu melihat status jalan raya di negeri ini menyamai piagam nasional, yang kini dinikmati rakyat di Semenanjung, iaitu 80 peratus jalan berturap manakala selebihnya jalan berbatu kelikir.

    ReplyDelete
  44. "Inilah perancangan utama kita untuk membangunkan infrastruktur jalan raya di Sabah untuk kemudahan rakyat. Pada masa ini, sekitar 35 peratus jalan raya di Sabah berturap manakala 65 peratus masih jalan kelikir," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian persidangan pegawai-pegawai kanan JKR

    ReplyDelete
  45. John berkata di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) (2010-2012), Sabah diperuntukkan sebanyak RM2 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan intrastruktur jalan raya dengan sasaran jalan berturap sejauh 750km.

    Beliau berkata mengikut perancangan, sekurang-kurangnya lima jalan raya berturap akan dibina di setiap daerah di Sabah sepajang tempoh itu.

    ReplyDelete
  46. Anwar Mudah Lupa tetapi kita tak lupa, bukan saja kereta jaguar yang dia ada, kereta S320 Mercedes baru, Daimler dan banyak lagi kereta mewah yang dia ada, sampai hari ini aku pelik mana si Anwar ni cekau duit dan boleh hidup mewah begitu!

    ReplyDelete
  47. Tapi jenis Anwar AL JUBURI WALIWATI ni style dia memang macam tu, dia buat apa saja, dia akan salahkan orang lain, contoh macam ni la: Dia meliwat tapi dia kata orang saja nak kenakan dia, dia kata pemimpin UMNO kaya raya tapi dia sendiri lagi kaya dari orang yang dia tuduh!

    ReplyDelete
  48. Dia akan salahkan semua orang supaya dirinya kelihatn suci dan tidak bersalah, dia tumpukan perhatian orangramai terhadap orang lain sampai orang terlupa nak tengok apa yang ANWAR CIFUT BABI ni dok buat, perasan tak? Itulah Anwar dan dia kini sedang melatih 'apprentice' dia iaitu si kitol yang telah kehilangan Raja Mendeliarnya untuk menjadi sebegitu!

    ReplyDelete
  49. CAKAP-CAKAP dikalangan penyokong Umno dan malah ada sesetengah pemimpin Bn atau pembangkang bahawa kononnya ada pergeseran antara Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Musa Aman, terjawab semalam, apabila Menteri Wilayah dan Pembangunan Luar Bandar itu mengistiharkan, bahawa beliau secara konsisten menyokong kepimpinan Musa dan seterusnya menyokong Ketua Menteri Sabah itu supaya terus menerajui Sabah

    ReplyDelete
  50. Malah Shafie menekankan, bahawa tidak akan ada kuasa tertentu yang boleh memecahkan hubungan antara beliau dengan Musa.

    ReplyDelete
  51. Menteri KKLW itu menggesa rakyat negeri ini, agar berdiri dibelakang Musa terutama dalam menghadapi PRU-13 akan datang.

    ReplyDelete
  52. Lima lagi teras NKRA ialah meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, mengurangkan kadar jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan serta menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.

    ReplyDelete
  53. Di bawah NKRA luar bandar, terdapat empat sub-NKRA yang diberi fokus iaitu Jalan Perhubungan, Bekalan Air Luar Bandar, Bekalan Elektrik Luar Bandar dan Program Bantuan Rumah.

    ReplyDelete
  54. Mohd Shafie menganggap, secara perbandingan dengan yang lain, NKRA Luar Bandar merupakan yang paling mencabar dengan peruntukan terbesar menghampiri RM17 bilion dan pelaksanaannya akan mengambil masa yang panjang.

    ReplyDelete
  55. Katanya jika diukur dari segi kuantiti dan jangka masa, setiap satu daripada empat sub NKRA bakal menuntut usaha, masa dan kewangan yang berlipat ganda serta komitmen lebih tinggi daripada petugas KKLW.

    ReplyDelete