Sunday, 4 December 2011

KENAPA TIDAK GUNA PELABUHAN ASB?



Saudara Pengarang.

MENGAPA setiap pagi hingga ke petang, banyak treler yang menuju ke pelabuhan bandar mengangkut paip besar atau alat generator kegunaan minyak dan gas di Labuan, sedangkan Asian Supply Base (ASB) sudah ada Pelabuhan sendiri dan juga ada Pejabat Kastam khas untuk berurusan dengan semua syarikat yang hendak masuk atau keluar barang untuk carigali minyak.

Sepatutnya, semua paip, generator, jaket ‘Oil Rig’ atau bahan kimia kegunaan minyak dan gas harus dimuat naik atau turun ke ‘tug boat’ atau kapal di dalam Pelabuhan Asian Supply Base dan bukannya di pelabuhan di bandar.

Kami harap Kerajaan Sabah dan Pengerusi ASB harus siasat mengapa tidak guna pelabuhan di dalam ASB yang sedia ada. Kelihatan hanya dua syarikat yang mengangkut barang atau alat minyak dan gas; seolah-olah kedua syarikat pengangkutan tersebut adalah rakan kongsi pihak atasan ASB di Labuan.

Kami difahamkan hanya berapa saja kontrator atau agen pengangkutan yang asyik mendapat projek dalam ASB Labuan.

Kami bukan sakit hati atau dengki dengan sesiapa di ASB, tetapi geram dengan tindakan mereka kerana kereta di Labuan sudah banyak dan setiap pagi atau petang treler pun ikut sibuk masuk ke bandar sehingga jalanraya pun sesak dan berbahaya kepada penguna jalanraya yang lain.

Kami hairan kenapa syarikat berkenaan tidak menggunakan pelabuhan besar dan lengkap di ASB, sebaliknya bersesak-sesak di pelabuhan dalam bandar.

Untuk makluman kerajaan negeri Sabah, terutama Ketua Menteri, jika semua syarikat pengangkutan menggunakan pelabuhan ASB, semua syarikat berkenaan terus makan ‘pisang goreng’ kerana tug boat yang berlabuh di pelabuhan ASB terpaksa guna treler atau ‘Crane’ ASB.

Oleh itu, mereka guna pelabuhan di bandar agar syarikat pengangkutan milik rakan kongsi/kroni mereka diberi kontrak mengangkut paip dan peralatan carigali minyak dan gas; sekaligus menyalahguna kuasa untuk kepentingan diri mereka sendiri.

Kita sentiasa melihat hanya treler berwarna biru dan treler berwarna hijau sahaja yang mendapat semua kontrak mengangkut barang dan peralatan minyak dan gas. Kerajaan wajib menyiasat siapa pihak atasan di ASB yang ada ‘Share’ dengan kedua syarikat tersebut dan beberapa kontraktor lain.

JPJ mungkin tidak nampak treler atau lori lebih muatan kerana ketika diadakan sekatan jalan tiada treler beroperasi atau semua treler menjadi halimunan (tidak kelihatan); mungkin sudah dimaklumkan awal seperti kes pengangkutan baja di Lahad Datu.

Kita tidak ingin berulang tragedi yang berlaku awal tahun ini apabila seorang warga tua terlanggar sebuah treler dan dimasukkan ke ICU selama 6 bulan sebelum meningal dunia bulan lepas.

Tambahan pula, treler yang mengangkut paip besar atau jaket minyak dan gas dari pelabuhan bandar merosakan jalanraya Labuan. Cuba lihat round about di Jabatan Kastam yang sudah rosak teruk.

Oleh itu, kami harap Kerajaan akan mengarah semua tug boat atau kapal mengangkut bahan kimia, paip atau alat untuk kegunaan minyak dan gas wajib menggunakan pelabuhan ASB supaya ASB mendapat hasil daripada operasi minyak dan gas yang kini bocor ke luar!

Salam Hormat.

BEKAS PEKERJA ASB.

No comments:

Post a Comment