Monday, 23 July 2012

BRITISH IKTIRAF PERANAN BUGIS




LANCAR.....Yee Moh Chai (dua, kanan) memberi salam tahniah kepada Penulis Ken Goodlet (dua, kiri) selepas majlis Pelancaran Buku bertajuk 'Tawau The Making of A Tropical Community' di Wisma Bandaraya dekat Kota Kinabalu. Turut sama Penerbit buku Datuk C.L Chan (kanan) dan tetamu khas Datuk Chin Su Phin (kiri). 

By :  ISMAILY BUNGSU

SEJAK dahulu apa yang saya katakan hal BUGIS tetap sama dan tidak berubah sebab sejarahnya sudah begitu kala ramai tidak memahami sejarah dan tidak berusaha mengkaji sejarah dan kesannya jadi tidak menentu dan timbul sikap hina menghina.

Bugis tetap orang Sabah sejak sekian lama di Sabah, apa lagi 20 Perkara sudah menjelaskan keadaan sebenarnya. Lalu kenapa dipertikaikan?

Saya seperti dulu tetap bertegas bahawa yang dimaksudnya PATI ialah Bugis yang baru sahaja datang kelmarin dan pengertian ini bukan saja Bugis, tetapi termasuklah bangsa Brunei, Pakistan, Sulok, China dan pelbagai bangsa. Ini harus dimengertikan di kala PM sendiri, sukunya Bugis dan Tun Mustapha Suluk.

Barangkali perlu saya jelaskan di sini untuk menjernihkan keadaan. Cuba baca tesis sarjana KJ Goodlet dari University of Sydney “The Origin Anda Early Development of The Tawau Community 1890-1942” tahun 1977.

Kedua kena rujuk juga laporan yang dicatatkan dalam The British North Borneo Herald (The BNB Herald) di Arkib Negeri Sabah. Rajin-rajinlah ke Arkib Negeri Sabah untuk mengetahui lebih lanjut.

Goodlet menyatakan orang Bugis mula bertapak di Tawau seawal tahun 1882 apabila seorang pedagang Bugis yang bernama PUADO yang bermaksud Tuan Adat/Hakim. Beliau memang berasal dari Wilayah Bone, Sulawesi Selatan dan melarikan diri ke Kalimatan akibat kesan pemberontakan di wilayah asalnya.




 
GAMBAR.....Yee Moh Chai (kiri) bersama Penulis Ken Goodlet (dua, kanan) menunjukkan gambar-gambar bersejarah yang terkandung di dalam buku "Tawau The Making of A Tropical Community" selepas majlis Pelancaran buku tersebut.


Ketibaan PUADO ketika itu di Tawau bersama sekitar 25 orang terdiri Bugis, Suluk, Tidung dan Bajau dan kemudian mengusahakan tanah di kawasan Tawau Lama. Penyelidik mendapati dengan jelas kedatangan Puado di Tawau sebelum kehadiran British kerana pusat pentadbiran British di Sandakan.

Bagi menyokong kenyataan ini, menurut buku The British North Borneo Herald bertarikh 1 November 1892 yang AR Dunlop bertugas sebagai Penolong Residen British dan melantik PUADO sebagai 'Penghulu' dan ini disahkan oleh HE The Gavernor British dan memang ada buktinya bertarikh lantikan pada 1 November 1892. Nah, ini bukti pengiktirafan British terhadap Bugis.

Nah, ini sekadar catatan ringkas saya dan bolehlah diguna untuk perbincangan selanjutnya demi menjernihkan keadaan dan mari kita bicara secara FAKTA  dan tidak bercakap sesuka hati kerana boleh membakar 'api kemarahan' di kalangan kita.

15 comments:

  1. Bugis yang diiktiraf ialah mereka yang datang sebelum kemerdekaan dan telah mendapat kewarganegaraan secara sah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju, mereka yang diiktiraf hanya yang datang sebelum kemerdekaan.

      Delete
    2. Setuju....sy memang setuju, jika yg datang sebelum kemerdekaan Sabah, tapi adakah kita dpt mengawal mereka yg baru datang?

      Dari Lotud keturunan Temenggung

      Delete
  2. jika mereka mmg sebelum merdeka mg tinggal di Sabah mmg diiktiraf, jgn saja mereka yang baru datang.

    ReplyDelete
  3. mereka yang datang sebelum kemerdekaan itu ok. tapi yang jadi masalah ialah mereka yang datang ke sini secara tidak sah.

    ReplyDelete
  4. Sejarah ini yang perlu kita ketahui.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semakin dekat PRU13, semakin penting sejarah Sabah. Rakyat Sabah semakin rasa ingin tahu sejarah Sabah.

      Delete
  5. Bugis ini rasanya bangsa yang besar juga bukan saja di Malaysia tapi di Indonesia juga. Jadi tidak hairan juga jika mereka bertapak awal di Sabah.

    ReplyDelete
  6. Adakah bugis akan diiktirafkan sebagai bumiputera Sabah?

    ReplyDelete
  7. Moyang kami pun memang kahwin sama orang bugis..kumpulan kami sudah lama mengkaji sejarah dan memang tau perkara ini..m....

    ReplyDelete
  8. Hanya mereka ini..sehingga kini belum di iktiraf sebagai bumiputera sabah tetapi semasa pemerentahan umno dan di malaysia mereka adalah bumiputera....

    ReplyDelete
  9. Bugis dri dulu sudah terkenal perantau,suka berlayar sebab tu seseparuh orang menganggap bangsa bugis nie lanun. Bugus juga terkenal kerana suka kenegeri orang untuk berdagang.jangan kan sabah di thailand dan eropa juga sudah dri dula ada bugis/makassar. Kalu yang menetap di negeri orang itu di sebabkan ada kemungkinan dia tinggalkan tanah bugis sebab tak suka dengan cara pemerintahan kesultanan bugis atau di usir dari tana bugis.

    ReplyDelete
  10. Bugis dri dulu sudah terkenal perantau,suka berlayar sebab tu seseparuh orang menganggap bangsa bugis nie lanun. Bugus juga terkenal kerana suka kenegeri orang untuk berdagang.jangan kan sabah di thailand dan eropa juga sudah dri dula ada bugis/makassar. Kalu yang menetap di negeri orang itu di sebabkan ada kemungkinan dia tinggalkan tanah bugis sebab tak suka dengan cara pemerintahan kesultanan bugis atau di usir dari tana bugis.

    ReplyDelete
  11. Alhamdullilah terkenal juga Moyangku PUADO dengan sejarahnya..

    ReplyDelete
  12. kalau yg baru datang tanpa apa2 dokumen sah mgkin mmg patutla dikata PATI..sama juga dgn bangsa lain..tapi kalau yang sudah lama menetap disabah..sudah warganegara sudah mengundi maknanya tidak patut dikatakan pendatang asing..HIDUP BUGIS..

    ReplyDelete