Oleh : JAHABAR SADIQ (TMI)
KUALA LUMPUR : Pentadbiran
Najib dijangka mengadakan pilihan raya mengejut pada September sebelum Hari
Malaysia, jika rancangan untuk membubarkan parlimen bulan hadapan menjadi
kenyataan, kata sumber dalaman dan penganalisis.
The Malaysian Insider
difahamkan, penasihat dan pembantu perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak
telah memberitahu beberapa orang tentang rancangan untuk mengadakan pilihan
raya diantara Hari Raya Aidilfitri pada 19 Ogos dan hari pembentangan bajet
pada 28 September. Hari Malaysia adalah pada 16 September.
“Pilihan raya mengejut
adalah sebelum 16 September supaya memberi masa yang cukup untuk membentangkan
bajet 2013 pada 28 September jika BN masih menguasai Putrajaya,” kata sumber
kepada The Malaysian Insider.
Akan tetapi beliau juga
menambah bahawa Hari Pembentangan Bajet Malaysia secara tradisinya diadakan
pada hari Jumaat dan pada akhir bulan Oktoberdipercepatkan oleh kerana
Aidilfitri – perayaan selepas Ramadhan berakhir bagi orang Islam. Lebih 60
peratus daripada rakyat Malaysia beragama Islam dan Islam adalah agama rasmi
negara ini.
Sumber lain memberitahu,
bulan September juga membenarkan orang Islam untuk menunaikan ibadah Haji yang
jatuh pada 26 Oktober – isu Haji menjadi perbalahan di kalangan beberapa parti
politik yang mengatakan ia akan melucutkan kuota sebanyak 20,000 umat Islam di
Malaysia yang berhak untuk mengundi.
“Kami dengar pilihan raya
mengejut pada bulan September dan ini dijadikan faktor dalam analisis kami,”
kata penganalisis pasaran saham Singapura kepada The Malaysian Insider sambil
memberi perhatian kepada perjumpaan antara Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
(SPR) bersama wakil parti-parti politik minggu lalu.
Najib sangat berhati-hati
dalam mengumumkan tarikh pilihan raya walaupun beliau menyatakan keyakinannya
memenangi kerajaan pusat dan semua negeri. BN menguasai Putrajaya dan Sembilan
negeri manakala pembangkang, Pakatan Rakyat (PR) menguasai Kedah, Kelantan,
Pulau Pinang dan Selagor.
Perak yang dimenangi PR
kembali ke BN pada Fabuari 2009 apabila tiga Adun keluar PR menjadikan BN
majoriti di negeri tersebut. Di Pekan semalam, Najib berkata BN masih belum
selesai senarai calon untuk pilihan raya akan datang.
Akhbar The Star melaporkan
najib berkata, “Senarai ini akan muktamad apabila tiba masanya.
“Selain itu adalah
spekulasi.” Katanya apabila ditanya tentan kebenaran dakwaan beliau mengugurkan
separuh daripada senarai nama yang dihantar.
Laporan tersebut menyatakan
terdapat calon yang digugurkan oleh kerana beberapa sebab seperti disiasat oleh
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis. Ada juga yang
digugurkan untuk beri laluan kepada orang muda.
"Kita masih menyemak
helaian nama, memeriksa dan menyemak lagi, " kata Presiden Umno itu kepada
pemberita.
Walaupun Najib memberikan
komen sedemikian, sumber dari BN mengatakan mereka sudahpun mengambil
barang-barang kempen seperti t-shirt dan poster dari kilang di beberapa
pelabuhan untuk diedarkan ke semua negeri dan bahagian. Sesetengah barang
diimpot dari China dan Indonesia.
Ahli strategi BN menggunakan
Najib sebagai asas kempen mereka dengan sepanduk, billboard dan bunting
memaparkan mukanya digantung dalam bangunan dan jalan-jalan utama di ibu kota
dan bahagian-bahagian lain negara ini. Komuter KTMB juga mempunyai mukanya
terpampang pada keretapi sementara parti dan gabungan laman web mempunyai foto
Najib yang dipamerkan.
“Najib
sangat popular."
“Survey terakhir yang
dilakukan oleh Merdeka Centre menunjukkan beliau mendapat 65 peratus rating
popular dan beliau melangkaui semua demografi,” kata ahli strategi BN kepada
The Malaysian Insider.
Ketika BN memanggil pilihan
raya pada tahun 2008 PM pada ketika itu adalah Tun Abdullah Badawi, populariti
Abdullah adalah sebanyak 71 peratus tetapi BN hilang penguasaan majoriti 2/3 di
parlimen dan empat buah negeri.
Najib yang mencari mandat
pertama di pilihanraya sejak beberapa bulan ini telah menjelajah satu negara
menerusi programnya “Jelajah Janji Ditepati” dan beliau dijangka akan melawat
Kelantan dan Terengganu tidak lama lagi. Sama ada secara ironi ataupun
kebetulan, Janji Ditepati turut merupakan tema Hari Kebangsaan yang bakal
disambut pada Ogos 31 tahun ini.
Presiden PAS Datuk Seri
Abdul Hadi Awang turut telah menjangkakan pilihanraya selepas Aidilfitri,
katanya BN berkemungkinan akan mengambil peluang kerana ramai pengundi tidak
sempat pulang ke daerah mengundi mereka, selepas perayaan besar umat Islam itu.
Kebiasaanya, semasa Aidilfitri ramai yang pulang ke kampung halaman untuk
bersama keluarga.
“Kami jangka BN akan
menggunakan peluang Aidilfitri sebaikmya kerana pengundi akan berfikir serius
untuk kembali kepada kampung halaman mereka untuk mengundi hanya selepas mereka
pulang dari cuti, " katanya kepada organ pihak Islamis Harakahdaily di
Rabat, Maghribi.
Hampir 13 juta pengundi
layak untuk membuang undi mereka jika pilihan raya umum dipanggil melibatkan
semua 222 kerusi persekutuan dan 505 kerusi di 12 negeri.
Walau bagaimanapun, empat
negeri PR memerintah negeri masih belum membuat keputusan - sama ada akan
mengadakan pilihan raya pada hari yang sama seperti pilihan raya umum mandat
mereka hanya tamat seterusnya April. Sarawak sudah menjalankan pilihan raya
negeri tahun lepas.
Ramalan demi ramalan dibuat oleh ahli politik dan penganalisis politik. Tarikh sebenar biar tunggu pengumuman daripada Najib.
ReplyDeletePM saja yang tahu semua tu, tunggu saja la.
Deletesebelum ini byk ramalan tentang PRU, belum ada pn tepat.. tapi jika ia dilaksanakan bulan September rasanya tidak, kerana pada waktu itu sibuk dgn sambutan hari raya.
ReplyDeleteTidak tahu lagi benar atau tidak september akan berlangsung piliharaya. Kita tunggu saja pengumuman dari PM nanti mengenai perkara ini.
ReplyDeletePRU?? Pasti ramai sangat yang menantikan saat ini terutama sekali pastilah Pembangkang. Mereka yang tidak sabar PRU ini dilangsungkan cepat.
ReplyDeleteBanyak ramalan, setiap ramalan yang dibuat belum tentu lagi. Jadi, bersiap sedia saja la.
ReplyDelete