Oleh : NOMY NOZWIR
KUALA LUMPUR : Bekas Perdana
Menteri (PM), Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya (www.chedet.cc) mahu mereka
yang menuduh beliau sebagai seorang diktator agar membuktikannya.
Di penghujung zaman
pemerintahnya, Dr. Mahathir diberikan banyak gelaran untuk mengaitkannya dengan
pemerintahan kuku besi seperti ‘Mahazalim’, ‘Firaun’ dan ‘Diktator’.
Bekas Perdana Menteri itu
membandingkan dirinya dengan bekas Presiden Mesir yang telah digulingkan, Hosni
Mubarak, yang juga dikatakan sebagai seorang diktator yang mengamalkan
pemerintahan kuku besi.
Menurut Bekas Ahli Parlimen Kubang
Pasu itu, di zaman pemerintahannya, Hosni Mubarak membunuh ribuan ahli Muslim
Brotherhood serta memiliki harta kekayaan berjumlah US$70 billion (RM221
billion).
"Sewaktu berada di
Kaherah di zaman Mubarak untuk bermesyuarat, apabila Presiden Mubarak bermotor
dari istananya ke tempat persidangan, jalan yang dilalui olehnya dikosongkan
dan askar bersenjata lengkap berderet sepanjang jalan.
"Di atas bumbung
bangunan terdapat askar ‘sharp-shooter’ yang bersenjata untuk menembak sesiapa
yang disyaki cuba menyerang rombongan Presiden.
"Istana Presiden
dikelilingi tembok tinggi dan askar bersenjata berada di sekililing sepanjang
masa. Musuh Mubarak tidak dibenarkan untuk berpolitik, sering ditangkap,
dikurung tanpa dibicara dan dihilangkan," tambah Dr. Mahathir.
Menurut bekas PM itu,
Mubarak memegang jawatan selama 30 tahun tanpa ada pilihan raya, tiada
kebebasan bersuara dan akhbar di Mesir pada ketika itu.
"Selama 30 tahun
Mubarak menjadi presiden, pemilihan bagi jawatan ini tidak pernah ditandingi
oleh orang lain.
"Tidak ada kebebasan
bersuara atau akhbar bebas. Tidak ada pilihanraya untuk ahli dewan. Siapa
sahaja boleh dilantik oleh Mubarak untuk menjadi menteri. Mereka juga boleh
dibuang bila-bila sahaja," katanya di dalam blognya.
Beliau dalam penulisannya
turut menyebut nama diktator-diktator seperti Hitler, Mussolini, Ferdinand
Marcos, Nicolae Ceaucescu — pemimpin Romania yang dibunuh, serta Gadaffi dan
Saddam Hussein.
Dr Mahathir juga menyoal
pembaca blognya sama ada beliau pernah melakukan perkara-pekara seperti yang
dinyatakan tentang Hosni Mubarak dan diktator lain.
"Saya ingin tahu
daripada pelawat ke blog saya tentang apakah yang saya telah lakukan semasa
saya menjadi PM Malaysia yang boleh menjadi bukti bahawa saya adalah seorang
diktator." kata bekas Presiden UMNO itu lagi. (TMI)
No comments:
Post a Comment