ALOR SETAR : Negeri Sembilan
merancang untuk meminjam pemain dari pasukan Sabah dalam usaha memperkuatkan
pasukan itu untuk mempertahankan Piala Malaysia.
Jurulatihnya, Mohd Azrai
Khor Abdullah berkata pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS)
akan mengemukakan permohonan rasmi minggu ini bagi mendapatkan beberapa pemain
yang dikenal pasti.
Bagaimanapun beliau yang
ditemui di sini, enggan mendedahkan nama pemain terbabit sebelum dipersetujui
oleh Sabah kerana bimbang akan 'dicuri' negeri lain.
Katanya beliau juga akan
mengambil lima pemain dari skuad Sukan Malaysia (Sukma) negeri itu untuk
menjalani latihan bersama pemain senior yang akan bermula 22 Julai ini.
Mereka ialah Khairul Ridzwan
Othman, Muhamad Bukhairi Idris, Mohd Radzuan Abdullah, Fiqri Azwan Ghazali dan
Mohd Nizam Ruslan, katanya. (Bernama)
No comments:
Post a Comment